Tuesday, March 31, 2009

MOCK TRIAL - suatu pengajaran.

PENGAJARAN - sgt byk;

1. jangan terlalu berlagak hebat,kerana tak semestinya kita hebat.

2. jangan pandang rendah kat orang lain,coz tak semestinya orang tu mcm yg kita pk.

3. jangan terlalu berlagak,coz nnti akan makan diri sendiri.

4. jangan berlagak dan perasan kita boleh mengenakan orang lain.coz nnti mungkin kita yg akan terkena.

5. jangan anggap diri kita betul dan sentiasa betul,sebab mungkin kita jer yg rse kite betul.

6. jangan terlalu yakin dan berbangga dengan pendapat kita,krn pendapat kita tu tak semestinya betul (tak salah utk confident,tp biarlah bertempat).

7. jangan terlalu suka ketawakan orang lain.sbb nnti akhirnya kita yang akan diketawakan.

8. jangan memperbodohkan diri sendiri depan orang lain.memalukan jer.

9. jangan memperbodohkan dan memalukan diri sendiri depan penonton dan hakim (terutamanya hakim).kita tak boleh ingat semua orang yg ade kat situ.tp semua org yg ade kat situ akan ingt kita seorang.

10. jangan terlalu berlagak,nk tunjuk hebat,nk malukan orang,nk kenakan orang,taknak kerjasama dll.sebab suatu hari nanti sikap kita tu akan memakan diri,dan smua tu akan terkena kat kita sendiri.

11. biar tak pandai,tapi jangan tunjuk kita tak pandai.biar pandai,tapi jangan memandai.(ayat shafiq)

12. jangan nak tunjuk pandai sehingga memalukan diri sendiri.

13. jangan mnyusahkan orang lain dengan sikap kita,& jangan drag orang lain ke dalam masalah yang kita timbulkan.

14. belajarlah untuk terima pendapat orang lain.

15. belajarlah untuk mengormati orang lain.kerana hanya dengan cara itu sahaja orang lain akan hormatkan kita.

16. belajarlah untuk mengawal emosi, kawal adab sopan dan kawal diri dalam mahkamah (termasuk dalam daily life).

17. belajarlah untuk sentiasa bersikap rendah diri.

18. jangan terlalu mengangkat diri kita terlalu tinggi.sebab suatu hari nnti mungkin kita perlukan pertolongan orang yang duduk lg rendah dari kita (judge sendiri ade cakap pasal ni).

19. lawyer kne guna brain,jgn guna hati.(nasihat Mr. Kevin sememangnya sgt2 berguna)

20. lawyer tak boleh ade perasaan mse kendalikan kes.

21. mock hanyalah untuk proses pembelajaran.menang kalah tak penting (judge ade gak cakap psl ni).yang penting,markah (bwt mse ni la).kalo menang tp markah rendah,takde maknanye.

22. mock SANGAT2 perlukan KERJASAMA.sebab mock melibatkan kedua-dua belah pihak.bukannya nk syok sorang2, or syok satu group je.

23. takpayah nak gaduh sebab mock.its not a real case anyway.sangat2 bodoh kalo gaduh sbb mock.

24. mock bukannya cara atau medan untuk menghentam atau mengenakan pihak lain or satu medan untuk tunjuk hebat.

25. tunggu jd lawyer yg betul2 hebat dan betul2 berpengalaman baru boleh berlagak hebat.

26. org yg baik kat depan kita tak semestinya baik jgak kat belakang.kita tak tau apa yang ada dalam fikiran orang lain.

27. oleh itu,berhati-hatilah, dan cuba lah mengenali yang mane satu kawan, dan yang mane satu musuh dalam selimut.

ishh,,,byk lagi la pengajaran yg aku dapat.cuma aku tak tau camane nk luahkan dalam kata2 yg sopan.harap2 smua rakan-rakan ku yang bijaksana dapat mengambil iktibar dari pengajaran ini.

btw,congrats to all of us.tq to all of us, & utk semua org yg memberikan pertolongan.jasamu dikenang. :)



PENGHARGAAN

Lo Mei Na, Wan Nurhazira bt Wan Salam, Low Jiah Yee, Farahana Hussin, Lim Kian Leong, dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta pertolongan baik dari segi material,fizikal atau mental dalam menjayakan mock ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.tak lupa juga kepada pihak opponent.jutaan terima kasih juga kepada Tuan Imran Hadzalie bin Abdul Hamid atas segala tunjuk ajar,nasihat dan komen2 yang sangat membina dan sangat2 berharga itu.


.

No comments: