Friday, November 4, 2011

Wednesday-Movie-Day : Ra.One

Hello lovelies.


Sejak seminggu dua ni broadband memang problem, slow giler. Huarghhh..!!! Rasa macam nak hentak2, nak ketuk2 je modem nih ngan hammer. Aku bayar berpuluh2 ringgit sebulan, ini yang aku dapat???? 


Tapi aku tak tau la sama ada broadband tu yang slow ke atau laptop aku yang problem. Sebab laptop aku nih memang dah nazak sangat. Bulan lepas dah pegi survey laptop, tapi sekadar survey jerlah. Nak beli? Nanti la dulu...


Ok, back to our main entri. 


Dah 2 hari aku nak taip entri ni. Tapi sebab connection broadband macam ni, memang tak lah kan. Semalam taip separuh jer. Buat tension haku jer..!! Huh. 


Ok, ok dah. Enough. 


Dua hari lepas pegi ber-Wednesday-movie-day ngan Encik Tunang. Actually tak plan pun nak pegi tengok wayang. Masa tu nak pegi hantar dia kat Larkin, dia nak naik bas balik Selangor. Tetiba jer dia cakap nak tengok Ra.One. Eeeeee....suka tau buat keputusan last minute. Bencik! 


Encik Tunang cakap tetiba jer dia teringat pasal movie ni, coz haritu dia tengok iklan, dah dekat nak ditayangkan. So, sekarang maybe dah start la kot dia cakap. 


Memang betul la pun. Movie ni ditayangkan on Deepavali, i.e. 27.10.2011. So, aku check la waktu tayangan thru online. Ingat nak terus booking online jer. Tapi tak dapat seat yang kitorang nak, coz kat situ seat banyak dah penuh. Masa tu dalam pukul 12.40pm. Disebabkan nak kejar masa, so masa tayangan yang paling cepat is 2.00pm.


Huarghh...kelam kabut la aku bersiap. Aku ni dah la bersiap terhegeh2.






Ni on the way pegi City Square.
Errr...nape mata aku tiba2 jadik sepet pulakk~





Nasib baik la sempat sampai kat City Square beberapa minit sebelum pukul 2.00pm. Orang yang tengah beratur beli tiket pun tak ramai. Maybe sebab masih office hour. Aku jer yang bercuti. Heheee~ ;)


& guess what, seat yang kitorang beli tu kalo tengok thru online, tak dapat book. Eh memang tipu lah booking online nih.




Trailer. 



Movie ni mengisahkan Shekhar yang mencipta game untuk anak dia, Prateek. Hubungan Shekhar ngan anak dia sebenarnya tak mesra sangat. Prateek pun layan ayah dia macam nak taknak jer. Sebab dia malu kot ngan sikap & perwatakan ayah dia yang langsung tak macam hero (cemerkap & kelakar nak mampos).


Prateek mahukan game yang si penjahat pulak yang selalu menang, sebab dah boring ngan game yang asyik hero jer yang menang. So, tercipta la watak Ra.One (penjahat yang tak pernah kalah), dan G.One (si hero).


Pada hari pelancaran game tu, Prateek try main game tu, dan berjaya survive sampai Level 2. Tapi tak sempat habiskan sampai Level 3. Kemudian watak dalam game tu boleh develop sendiri pulak, dan boleh keluar dari alam maya ke alam nyata, dan seterusnya mencari "Lucifer" (nama game Prateek) dalam alam nyata sebab nak hapuskan si "Lucifer". Katanya, "no one defeats Ra.One". Lebih kurang camtu la kan.


Berjaya kah si "Lucifer" ni menyelamatkan diri dari Ra.One? Kena la tengok sendiri. Nak cerita lebih2 kang tak suspen pulak korang nak tengok, kan. ;p


Bagi aku, movie ni best jugak. Ada part yang suspen, ada part yang sedih. Paling sedih, masa abu mayat Shekhar nak ditaburkan ke sungai. Anak Shekhar , si Prateek tu teringat balik camane dia layan ayah dia dulu. Pastu dia ambik segenggam abu mayat Shekhar & masukkan dalam kocek seluar, sambil nangis. Huwwwaaaaaaa~~ aku pulak yang rasa macam nak nanges. Ok, maybe aku terlalu sensitif. Eh tak, cuba la korang tengok sendiri. Baru korang paham maksud aku.


Kiranya ada nilai2 kekeluargaan & nilai2 kesedaran jugak la movie ni.


Actually watak Ra.One yang Shekhar pilih tu ada maksud. Ra.One tu dewa hindu (Ravaan). Dewa ke ape ntah. Ni antagonis punyer watak la. G.One pulak maksud dia "jiwa". Sebab tu diorang pilih nama "Ra.One" untuk penjahat, dan "G.One" untuk si hero. Macam tu la lebih kurang. Aku pun tak ingat dah apa yang diorang explain dalam movie tu. Klik SINI.






Lagu ni yang paling aku suka.



Actually dah lama dah aku dengar lagu ni kat radio. Tapi tak tau plak lagu ni dalam movie Ra.One. Dan aku tak tau pun pasal movie tu. Yang aku tau, DJ tu cakap lagu ni Shahrukh Khan feat Akon. Aku pelik jugak la. Suara Shahrukh Khan camni ke? Pastu aku try la cari video klip dia kat Youtube. Masa tu baru tau lagu ni dalam movie Ra.One.


Tapi yang paling penting, tau tak penyanyi sebenar lagu ni sape? Milik siapakah suara itu?







Its AKON!!




Woaahhhhhh~ sangat2 tabik spring kat Akon atas usaha dia untuk nyanyikan lagu ni. Bayangkan nak nyanyi lagu dalam bahasa yang kita tak pernah berkomunikasi dan tak tahu pun apa maksud dia. Ishh....respek lah.


Suka lah ngan lagu tu. Sebab sangat catchy dan meriah. So, masa tengok movie ni, memang excited lah tunggu SRK nyanyi lagu ni. Hihii~ (walaupun bukan SRK yang nyanyi).







Tapi kan......ada jugak manusia yang boleh tertido masa tengok movie nih! Sape? Manusia sebelah aku la. Huh. Ni nak marah nih. Dia jugak yang nak sangat tengok movie ni. Tapi boleh terlelap pulak. Nasib baik tertido kejap jer, then tersengguk-sengguk.



Katanya, ngantok sangat. Kesian Encik Tunang. Maybe penat sangat ke sana ke mari. Tapi bila aku suruh pegi basuh muka kat toilet, taknak pulak. Dah la lama betol nak tunggu movie ni habis. 2jam setengah tu. Pukul 4.30 baru habis movie ni.  Maybe dia taknak terlepas tengok every scene dalam movie ni. Eleh..kalo terlelap pun boleh terlepas jugak, kan. Huhuu~


Lepas tengok movie, pegi makan2 & hantar Encik Tunang kat Larkin. Pastu pegi balik kat City Square & masuk office.  Tengok, cuti pun masuk jugak office. Ni sebab ada keje urgent. Kalo tak, hampeh la aku nak masuk office.


Huwaaaa~ T_T 





.

2 comments:

zOeY zAu YaH said...

wahhh tgk citer industan tuuu hihi

mamaNoriz said...

alamak, best ek lagu tu...

suara si tua tu sehensem shah rukh khan kan...heheheh

tak tahu pun ada movie SRK baru ni...huhu, ketinggalan sungguh!