Wednesday, May 16, 2012

DIY Project : Wedding Invitation Card (JB)

Kad jemputan untuk resepsi kat JB.


Kad jemputan untuk resepsi JB ni ada 2 design. Ni design yang pertama :-







Al-kisahnya, aku dah siap design & tunjuk kat Encik Tunang untuk dia check spelling & details. Masa tu dia tak cakap plak tak berkenan ke ape ngan design tu. Then bila dia balik sini, baru dia cakap tak berkenan ngan design cover camtu. Dia suruh aku design sama macam kad resepsi Terengganu pulak. Adeh...masa tu aku dah print kad atas ni lebih kurang 30pcs.


Terpaksa la aku design balik kad lain. Bentuk & saiz pun aku dah tukar. Sebab tak jumpa sampul yang sama saiz kat atas nih.


So, design kedua kad Encik Tunang macam ni :-








Yang dah siap aku letak reben macam ni :-






Tapi tak semua aku letak reben. Just 60 pcs jer, i.e. kad untuk kawan2 & saudara mara aku kat sini. Tak larat lah nak tampal reben ni kat semua 850 kad kahwin tu. Sebab nak tampal reben macam ni SANGAT leceh! Berjam2 kot untuk tampal reben2 ni. Rasanya ikat reben & tampal reben kat kad resepsi Terengganu haritu pun takde la leceh macam ni. Serius.



Kos untuk buat kad ni (lebih kurang) ===>>>>


Kad jemputan resepsi JB

Kertas Ivory card 220gsm (RM20/100pcs) : RM20 x 4 + RM5 = RM85
Dakwat printer *lebih kurang* [(RM82 x 4 = RM328) + (RM40) = RM368
Reben (RM1roll) = RM1.50
Sampul (RM1.00/25pcs) : RM1.00 x 34paket = RM34.00
Total RM488.50 / 850pcs
Lebih kurang RM0.57 sekeping.



Semua sekali 850 keping kad. Nak termuntah aku buat semua ni. Terutamanya part ikat & tampal reben tu. Alhamdulillah semua dah settle.




.

4 comments:

~ a for ana ~ said...

santekkkk....

Miss Ika said...

Dear, u beli kad ivory tu kat mana eh?
Ivory paper tu kan dia tak kilat2 kan? Huhu

Emylia Yusoff said...

Sis ivory paper beli ktne

Nini Mohd said...

@Emylia Yusoff
beli kat kedai alat tulis jer awak. kat kedai Leong Yew Stationers kat Jalan Tan Hiok Nee, JB.