Thursday, July 19, 2012

Excited.

Sangat excited masa mula2 beli ini --->>>


Beli semalam. 



Oh, resipi sangat banyak. 
Walaupun ada yang tersangat simple. -.-



Tapi sangat tak suka bila tengok resipi dia cami.



Tak suka bila sukatan dalam "ml", "liter", "gram". Tak boleh nak agak. Sebab takde penimbang. Masa nak beli tu tak boleh belek2 buku ni. Sebab berbalut ngan plastik. Tak tahu plak dia letak sukatan macam tu. Bila balik rumah & belek2...sedih ok. Tak suka sukatan resipi camtu. -.-
Aku lebih suka resipi macam ni --->>>




"Sudu", "cawan", "biji". 
Kan senang nak prepare bahan. 
Faham tak maksud aku?



Aku ni memang suka beli buku resipi. Dari dulu lagi. Tapi baru sekarang nak belajar masak. Dulu takde masa. Seriously. Orang tak pandai masak, kena la beli buku resipi. Kalo arwah mak ada lagi, boleh belajar ngan arwah. Sekarang kena belajar sendiri la.


Walaupun mood excited agak spoiled lepas tengok sukatan resipi camtu, tapi hati masih banyak hepi sebab dalam buku ni banyak sangat resipi. Siap resipi macam2 minuman lagi tau. Lauk pauk pun boleh tahan banyak jugak.


Lepas ni tak payah pening2 asyik fikir nak masak apa untuk sahur ngan berbuka, lebih2 lagi kalo Encik Suami balik puasa kat sini. Tak perlu asyik masak lauk yang sama. And dah boleh plan nak masak untuk raya nanti! Amboihh...puasa pun belum, dah nak fikir masak untuk raya pulak. ;p


Ok bye~


.

2 comments:

Rahmah said...

bnyak tu resipi...hbs puasa pun xsempat habis try resipi..hehe...gud luck..rajin2 memasak...

Nini Mohd said...

@Rahmah
tau xpe. memang tak habis nak try. hehee~ tq. ;)