Monday, July 2, 2012

Sebulan.

Semalam, 01.07.2012. Sedar tak sedar, genap sebulan kitorang bergelar suami isteri. Alhamdulillah, bersyukur sangat2 dengan kehidupan yang dianugerahkan Allah. Bersyukur kerana dikurniakan seorang suami untuk jadi teman, kekasih, tempat berteduh dan tempah mengadu kasih.


Sebulan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru semalam akad nikah. Eh, boley camtu? Hahahh~ ;p 


Buat masa ni masih dalam proses untuk menyesuaikan diri ngan kehidupan suami isteri. Dah belajar masak, sebab dulu memang aku langsung tak tahu masak. Sekarang memang excited nak try macam2 menu untuk suami. Aku ni nak kata rajin, memang tak la. Tapi kalo dah start rajin, memang melampau pulak rajinnyer. *serius, tak tipu. 


Tengah belajar merajinkan diri. Sebab time sebelum kawen dulu, memang pemalas. Tengah belajar terima dia sebagai suami, bukan sebagai kekasih macam dulu. Layanan kepada kekasih tak sama macam layanan pada suami. Harap maklum. ;p 


Eh bukanlah bermaksud aku masih tak boleh terima dia sebagai suami. Cuma cara cakap, layanan dulu dan sekarang kan dah lain. So, kena la belajar hormatkan suami. Betul tak?





01.07.2012. 
Sempat lagi paksa Encik Suami ambik gambar sebelum dia pegi keje. hewheww~




Minggu lepas Encik Suami balik JB. Duk sini 4 hari. Pastu hari Jumaat lepas keje, aku plak ikut dia balik Selangor. Spend weekend kat sana. Boring duk umah sorang2, ikut la dia balik. Walaupun kat sana pun dia keje, bukannya boleh pegi jalan2 berjoli sana sini ngan aku, tapi at least berada di sisi suami, takde la boring sangat (cewah ayat tak boleh blah-nak muntah. hahahh~). 


So, dapat la bersama ngan Encik Suami untuk wish "happy 1stmonthsary". Oh, sangat ber-nilai sentimental bila dapat wish depan2, kat telinga dia (ok, sila muntah sekarang).


Pastu time nak balik JB, sedey. Ishh ishhh...tak habis2 tacing.


Ok bye. 



* Semoga Allah memberkati dan memudahkan perjalanan hidup kami. Amin...   




.

6 comments:

InaYusoff said...

amin..
:)

Hanys Jehari said...

Haha.. Rasa skejap je kn sebuln. Time i sebuln rs mcm eh yg dah sebulan kita nikah..

Hunny Kitty said...

semoga kekal sampai syurga...

~ a for ana ~ said...

review plisssssssssss....
hehehe...congrats dear!

~ a for ana ~ said...

review plisssssssssss....
hehehe...congrats dear!

Nini Mohd said...

InaYusoff : amin.. ;)

Hanys Jehari : kann??rasa macam baru semalam kawen. hehee~

Hunny Kitty : amin..thank you. ;)

a for ana : tengah kumpul gambar & update sikit2 ni. :)