Thursday, December 13, 2012

Masuk Majalah

Huh? Masuk majalah?

Cerita dah lama.

Ni hasben aku yang masuk majalah. Bukan aku, bukan blog aku. ;p



Majalah Umpan. Keluaran November - Disember.
Biasa la, orang lelaki. Minat la mancing2 camni.


Actually ni bukan nak kecoh sebab masuk majalah. Sebab seciput jer pun muka Encik Suami kat situ. Kalau kecoh, dah lama aku duk pung pang kan. Kehkehh~ ;p

Cuma tak puas hati ngan pendapat Encik Suami.


Topik dia : Sejauh mana isteri, tunang, awek, 'marka' atau suami korang sudi berkongsi hobi memancing korang. Happy, tak kisah @ 'moncong' jer bila nak pegi mancing.


Encik Suami cakap :-





Amboihh~


Barang ape yang aku bawak tu yer sampai banyak camtu sekali?

Kalau ikut dia pegi mancing, aku bawak....laptop, makanan, minuman, jajan, dan makanan lagi....

Mana ada barang aku lagi banyak dari barang dia. Ish ishh...sampai hati kamu cakap macam tu yer. -.-


Actually Encik Suami pun tak tahu dia masuk majalah tu. Kawan dia yang bagitau. Lepas tu terus la dia beli. Then beberapa hari lepas tu, kakak aku yang duk kat Terengganu plak SMS. Dia baca majalah yang adik ipar dia beli. Takkan la dia plak yang beli majalah mancing?

Katanya dia tengok gambar & nama tu macam kenal jer.

Yang paling comel, anak dia Adam Badri yang umur 3tahun tu cakap "cu amad masuk majalah". (panggilan untuk Encik Suami : Pak Su, and Amad tu nama Encik Suami. budak tu selalu dengar family aku panggil amad, dia pun terikut2 panggil amad jugak. So, jadi la cu amad. -.-)

Aku dah terbayang muka comel Adam cakap pelat "cu amad masuk majalah". Hihii~ rindu sama itu budak!


.

2 comments:

ZE said...

Wahh..glemer husband nini...
Komen tu yg tak tahan..klakar...hahaha...

Nini Mohd said...

@ZE
hehee~
xla, gambar seciput jer pun.
itu la pasal.
kemain lg dia kenakan wife dia nih. ;D