Saturday, January 5, 2013

Tayar kereta rosak lagi...

Dugaan...

Last two weeks, tayar kereta bocor. Ingatkan bocor jer. Bila Encik Suami tukar tayar tu, rupa-rupanya tayar tu dah pecah dan rosak. Bila masa tayar tu pecah pun ntah la. Sebab pagi tu Encik Suami ada bawak kereta pegi beli barang dekat2 rumah. Time tu masih ok. Tapi bila petang, dah bocor. 


Nasib baik time ni Encik Suami ada. 
Kalau aku sorang, camane la gamaknyer aku nak tukar tayar. -.-'


Dah rosak, merekah, takde bunga kat bahagian ni.


Zoom sikit. 
Dah terkeluar wayar/besi dia. 


 Tukar tayar. 
$$$ melayang~  T_T


Kitorang pegi kedai tayar ni. 
Kat area bandar JB. 
Kebetulan time tu nak pegi klinik kat bandar, tu yang jauh sampai ke bandar kitorang tukar tayar.


Sejak beberapa bulan ni, kereta tu memang bergegar teruk. Lebih2 lagi bila pecut laju. Bergegar macam kereta buruk dah. Aku ingatkan sebab dah lama pakai (padahal tak sampai 2 tahun lagi). Side mirror pun bergegar jugak. Side mirror kiri yang paling teruk bergegar. Aku fikir maybe sebab kena langgar masa tengah parking etc. Tapi lepas dah tukar tayar, terus semua rasa bergegar tu hilang. 

Then barulah kitorang faham, rupa2nya tayar tu selama ni memang dah rosak. Tayar tu memang sebelah kiri. Bayangkan selama 3 bulan aku bawak kereta dengan tayar rosak macam tu? Ke sana ke mari. Sampai ke Banting, Kuala Selangor, UNISEL kitorang drive. Pecut kat highway, etc.

Ya Allah....bila ingatkan balik benda ni, terus rasa seriau. Bahayanya nyawa kami masa tu. Syukur takde apa2. Alhamdulillah.... 

So korang kalau rasa ada something yang pelik ngan kereta tu, rasa lain macam ke, etc, eloklah cepat2 check. Kereta kita, kita yang bawak hari2, mesti kita boleh rasa kalau ada something wrong. Cuma tak tahu jer apa puncanya, kan. 

Tapi aku macam hairan bin ajaib jugak la. Sebab tayar yang sama baru jer tukar setahun lepas kot. Adakah tarayr tersebut tayar tiruan? Atau tayar 2nd? 

Tayar tu sebenarnya bocor dan pecah masa aku on the way balik JB dari Muar, setahun yang lepas. So aku masuk Machap, tukar tayar kat area Ayer Hitam. Tapi aku pegi kat kedai tayar Goodyear, bukan kedai apek tepi2 jalan camtu. Sekarang rosak lagi.

Adakah aku telah tertipu? Atau ada orang telah gunakan kereta aku itu dengan secara membuta tuli? Sebab kereta tu telah aku tinggalkan masa nak ke Krabi, untuk dipanaskan enjin, dan dengan harapan untuk dipanaskan enjin sahaja, bukan untuk dibawa ke sana ke mari. End up, aku tahu kereta tersebut telah digunakan juga ke sana ke mari (SAKET HATI). Lepas balik dari Krabi, terus aku rasa lain macam dah kereta aku tu. Ishkkkk~ tak puas hati betol.

Maybe next month atau next two months kena tukar tayar depan pulak. Sebab bunga dah botak. Apek kedai tayar tu cakap tayar depan boleh pakai untuk 6 bulan sahaja lagi. Yerlah, aku tengok pun dah serius bebenor kebotakan dia. -.-

.

3 comments:

Unknown said...

Tayar kereta seeloknya 3 bln sekali tukar posisi dia dari dpn keblkg dan sebaliknya baru balance n tayar tahan lama. alignment every 3 month tu kena tgk .kalau lari tu yg selalu rosak kan tayar. Bunga makan sebelah.Begitu juga cara kita parking.masa parking luruskan tayar coz org selalu lupa bab parking tu yg menyebabkan tayar n drive shaft cpt rosak .kalau gegar tu sbb alignment n balancing lari la tu yg menyebabkan tayar cpt kehausan.

Unknown said...

Tayar kereta seeloknya 3 bln sekali tukar posisi dia dari dpn keblkg dan sebaliknya baru balance n tayar tahan lama. alignment every 3 month tu kena tgk .kalau lari tu yg selalu rosak kan tayar. Bunga makan sebelah.Begitu juga cara kita parking.masa parking luruskan tayar coz org selalu lupa bab parking tu yg menyebabkan tayar n drive shaft cpt rosak .kalau gegar tu sbb alignment n balancing lari la tu yg menyebabkan tayar cpt kehausan.

Nini Mohd said...

@eita rozz
macam tu ea.
thanks for the info!
i ni tau bawak jer.
cukup kilometer, pegi servis.
camtu jerla. hihii~