Monday, February 4, 2013

Honeymoon @ Krabi (Day 4) : see you soon Krabi ;)

Good morning!

Ni last review pasal hanimun kat Krabi nih. Akhirnya, selesai jugak entri yang berlambak2 nih kan. Tak habis2 dengan episod2nyer. ;p

Rabu, 19.09.2012

Plan kami harini, jalan2 ronda2 kat Ao Nang sebelum bertolak ke airport. And.... nak makan pancake! Sebab hari sebelumnya tak makan pancake pun. Kan dah plan nak makan pancake setiap hari kat sini. Hewheww~

Bangun pagi, breakfast dulu. Nak bangun pun malas jer kan. Sebab dah hari terakhir la katakan. ;p Lagipun masa bangun pagi tu kat luar hujan. So, bermalas-malasan la kami nak keluar. Lepas kemas2 barang, baru pegi breakfast.


Breakfast husband. 


Mine.


Tambahan kepada breakfast husband. ;p 


Masa tengah breakfast pun still hujan. So kitorang rilek2 dulu sambil tunggu hujan reda. Around pukul 9.30 pagi camtu baru boleh keluar jalan2.


Akhirnya! 
Jumpa jugak tempat ni. 


Sebelum datang Krabi, aku memang dah aim nak bergambar kat sini. Cuma tak confident jer sama ada boleh jumpa ke tak. Sebab tak tahu kat mana tempat ni. Then masa naik van masa mula2 datang dan masa pegi jungle tour, nampak la tempat ni. Ape lagi, terus la aku hafal dan ingat jalan tu.

So hari terakhir ni, kitorang tawakal jer. Berpandukan ingatan aku yang tak seberapa. Alhamdulillah jumpa jugak. hehee~


Tempat ni depan Siam Zeal Pearls dan Krabi Souvenir Shop. 
Pandai2 la korang cari nanti. ;p


Encik Suami kemain suruh snap biar nampak skuter tu. 
Nak jugak skuter tu masuk sekali. ;p 


And kami singgah ke sini. 


Aku tak tahu apa nama tempat ni. Ada patung Buddha. Tempat ni pun aku perasan masa dalam van pegi jungle tour. Terus aku masukkan dalam list tempat2 untuk dilawat. ;)


Ni signboard kat depan tempat tu.
Tak berapa jauh dari tempat V Krabi tadi.


Kami teruskan perjalanan. 


Lepas melawat dua tempat tadi, kami patah balik ke Pantai Ao Nang. Sebab nak pegi cari pancake. Masa tu dah mula hujan rintik2. Kami rilek lagi atas moto, sebab hujan rintik2 jer pun.


Nampak ni tepi jalan.


Ananda Pools ni pun aku pernah tengok masa dalam van haritu. Tapi aku tak faham kenapa ada pool tepi jalan raya? Terfikir jugak, ni public pool ke atau pool persendirian ke ape? Kenapa mesti buat tepi jalan. Rupa2nya ini hanyalah pool contoh. Ananda Pools tu nama syarikat yang buat pools kot. Tu ha ada harga pools. 399,000 Thai Bhat kau harga dia?

Kalau convert ke RM, lebih kurang RM39,900.00 lah harga dia. Fuyohh...

Masa lalu kat sini ngan Encik Suami, aku ada cakap kat dia kenapa ada pool tepi jalan nih. Encik Suami cakap "tu bukan pool betul. Cermin jer tu".

Aku cakap : Eh yeke? Pool betul la tu.

So untuk meleraikan kekusutan kami, Encik Suami rela patah balik dan singgah kat tepi pool tu. Nampak la air yang kena hujan rintik2. Hahaa~ kelakar betul kalau ingat balik. ;p

Then masa kami nak teruskan perjalanan ke Pantai Ao Nang, hujan makin menjadi2. Nak kata lebat tu tak la. Rintik2 yang agak lebat. Err....harap2 faham la yer. So, kami berhenti tepi jalan dan pakai baju hujan.


Encik Suami buat lawak. Hahahh~ 
Memang tergelak jer aku tengok gambar nih. ;p


Teruskan perjalanan dengan hujan rintik2.


Korang perasan tak? 
Erkk. Main campur jer kan. 
So kalau dah nampak simbol macam ni, sah2 la orang muslim kat sini tak perlu beli ikan/ayam/daging kat van ni kan.


Sampai kat deretan kedai kat Pantai Ao Nang. 
Ni deretan kedai yang sama yang kami pegi masa hari ke-2.


Sampai kat Pantai Ao Nang, kecewa sebab gerai pancake masih belum buka. Gerai2 lain ada la yang dah buka.



Gerai pancake makcik Yaminlah pun masih belum buka. 
Huwaaa.... 


Masa ni dah pukul 10.15 pagi. Masih belum buka lagi ke.... sobbss~ T_T

Tapi Encik Suami tak putus asa. Dia masih teruskan usaha mencari gerai pancake kat tempat lain. Hehee~ Nasib baik dia nak melayan. Kalo tak, memang takde la nak merasa pancake di hari terakhir kat sini. Thanks hubby! ;)



Sempat lagi singgah bergambar ngan tuk-tuk nih. 
Tengah strees pun sempat lagi. Hahahh~ 
Eh, sama merah tak aku ngan tuk-tuk nih? ;p


Oh ya, sepanjang 4 hari 3 malam kat sini, kami tak sempat nak merasa naik tuk-tuk ni. Maklumlah, dah sewa moto. Takpe, insyaAllah next time pegi lagi, harus la kami naik tuk-tuk ni. ;)

Anddddd.......pusing punya pusing..........akhirnya kami jumpa jugak satu gerai pancake yang dah mula buka. Wowweeee~ hepi tak terkata. Sebab hajat nak makan pancake sebelum balik Malaysia tercapai juga. ;p


Ja Mai Pancake. 
Gerai ni kat depan McDonald.  
Terus aku order 3 pancake. Kasi tapau! ;p


Thai McD. 
Sempat lagi. ;p 


Seberang jalan depan McDonald. 
Kat sini agak banyak restoran makanan India.


Masa kitorang jalan2 malam sebelumnya kat kawasan ni, sempat berbual ngan sorang pekerja restoran India yang tugasnya duk panggil2 orang kat depan restoran tu. Bila nampak kami, dia boleh plak tegur kami dalam bahasa melayu. Tahu jer kami ni orang Malaysia, kan. ;)

Bila borak2, dia cakap dia pernah keje kat Kuala Lumpur selama setahun. Kagum sekejap. Keje setahun kat Malaysia, dah boleh cakap bahasa kita? Cuba kalau kita yang pegi negara asing selama setahun. Agak2 boleh tak faham dan bercakap dalam bahasa diorang? Haha~



Menunggu pancake kami. 


Mari kita tengok cara2 diorang buat pancake.
Ni banana pancake ok.


Tebar2 tepung, letak kat kuali. 
Letak beberapa keping pisang yang dipotong2. 
Lipat (eh, lipat ke?) lapisan pancake tu. 
Letak coklat atas pancake. 
Makan panas2. Wallahh~ 
Haharr~ sukehati aku jer kan buat step camgitu. ;p 


Egg pancake & Nutella pancake. Yumms~


Dah dapat pancake yang diidamkan, meh la kita balik ke hotel untuk check out. Balik ke hotel dengan hati yang senang. Hewheww~ ;p


On the way balik ke hotel. 
Besar sungguh ombak kat Pantai Ao Nang nih. 
*sorry, blur pulak gambar. -.-


Ambik beg & check out.


Sempat coretkan sepatah dua kata kat guest book nih. hihii~ 


Bergambar kenangan untuk kali terakhir kat villa kami. 
Sobss~ T_T 


Ni shuttle van resort ni. 
Tapi kami tak pernah naik. Sebab dah sewa moto.



Good bye Supsangdao Resort. 
Sobss~ T_T


Oh ya, masa kami sampai kat hotel ni, van/teksi yang kami book untuk ke airport dah siap tunggu kami. Kami sampai pun dah lambat. Sibuk duk cari pancake, balik hotel pun dah lambat. Janji ngan dia, pukul 10.30 pagi. Tapi kami sampai hotel pukul 10.50 pagi. Hewheww~ nasib baik driver teksi tu baik. ;p


 It's pancake time! 
Dalam teksi aku dah makan dah pancake ni. 
Tak sempat tunggu sampai airport. hihii~


Sungguh yumsss~ ;)
Terus habiskan ketiga-tiga keping pancake tersebut dalam perjalanan ke airport. 
Pastu rasa tak cukup. Nak makan lagi. huhuu~  -.-


Krabi International Airport.



Sedih time nak balik ni. Rasa macam tak puas duk 4 hari kat sini. InsyaAllah, next time kami akan datang lagi ke sini. Dan kalau datang lagi, nak duk lama sket. Baru puas hati, dapat menjelajah ke banyak tempat.

See you soon Krabi. InsyaAllah kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. ;)

Untuk entri2 sebelum ni, klik sini : Bulan madu di Krabi 

Atau klik kat sini :-

Day 1 : The hotel
Day 1 : Krabi Night Market
Day 2 : Island hopping part 1
Day 2 : Island hopping part 2
Day 2 : Part 3
Day 3 : Hot Stream
Day 3 : Krabi Emerald Pool 
Day 3 : Tiger Cave Temple 
Day 3 : Elephant Trekking 
Day 3 : malam terakhir di Pantai Ao Nang


Do pm me kalau ada apa2 pertanyaan pasal Krabi ni. InsyaAllah kalau saya tahu & boleh tolong tu, saya tolong jawab la yer. ;)

Thanks for reading.



*P/S : Akhirnya, setel jugak review Krabi ni. 11 entry semua sekali. Kemain banyak lagi? ;p Next, review USS dengan Langkawi pulak. Review wedding? Err...errr...insyaAllah.... ;)


.

8 comments:

Orked said...

pergh..Sya bc smpai abes taw! hehe

mcm best kan pancake tu! xde ke org kt msia nih nk juaL. tgk cm sng jek dorg wat kan. huhu

BTW, Sya da foLLow nini. free,visit/foLLow Sya jugake ek~
sya-orked.blogspot.com

Nanie said...

suke la nini explain.. terasa teringin nk terbang ke sana..

Nini Mohd said...

@orked violet @ SYA
setakat ni x pernah lg jumpa org jual pancake macam ni kat malaysia ni.
tu la, nampak mcm senang.
mcm roti canai jgak.
tp dia lg rangup gitu. ;)

Nini Mohd said...

@nurul harnani
nanie..!!
ajak la hasben pegi sana.
krabi memang tersangat best! ;)

Unknown said...

salam..hye..nice blog..;) thanks bg bnyk info ke krabi..xx

Nini Mohd said...

@Haliq Diaz
w'salam. thanks. ;)
insyaAllah lepas ni ada lg entri Krabi. pasal tips & budget plak. hehee~ ;)

niea said...

salam Nini susah tak jalan-jalan kat Aonang tu ? takkan sesat ehh.. =P tak sabar nak tgu entry tips & budget..

Nini Mohd said...

@niea
w'salam.
depends pada tempat la dear.
kalau jalan2 kat area pantai ao nang tu jer, tak susah sangat & rasanya takkan sesat la.
tp kalau u pegi jauh2, jelajah tempat lain sendiri, kemungkinan utk sesat tu ada la kot.
contoh kalau u pegi sendiri ke Emerald Pool, Hot Stream, Tiger Cave Temple, Krabi Night Market, etc.
sbb tempat tu semua jauh2 & sign board pun x reti nak baca.
itu opinion i jerla. ;)