Tuesday, October 8, 2013

Hari Raya Aidilfitri 2013

Selamat pagi!

Lagi entry yang dah lapuk. Nampaknya minggu ni akan update entry yang berkaitan raya jerlah yer. Hehee~

Raya puasa tahun ni beraya kat kampung Encik Suami kat Kota Tinggi, Johor. Sedih jugak la tak dapat beraya kat kampung sendiri. Tapi nak buat camane. Dah kawen macam ni la. Kena ikut turn. Lebih2 lagi kalau kawen ngan orang jauh. Huhuu~

Sehari sebelum raya, aku demam teruk. Menggigil2 seram sejuk. Kepala rasa berat, memang tak boleh bangun langsung. Serius, memang teruk sungguh aku rasa. Aku syak aku bentan. Maybe sebab lalui perjalanan jauh Terengganu - JB. Padahal masa bertolak dari Terengganu haritu dah hari ke-21 selepas aku keguguran.

Kami balik dari Terengganu tengahari 6 Ogos 2013, sampai rumah kat JB dah malam.Masa tu dah rasa tak sedap badan. Tapi malas nak makan Panadol. Teus tido jer.

Bangun pagi esoknya (masa Encik Suami nak pegi keje, hampir subuh), badan rasa tak sihat. Panas jer. Pastu paginya, makin lama makin panas. Lepastu sambung tido. Lepas aku terjaga, badan seram sejuk & menggigil2. Petangnya baru Encik Suami balik, & pegi cari klinik. Tapi sebab bulan puasa (dah petang) & maybe sebab sehari sebelum raya, banyak klinik dah tutup.

Masa tu memang kami nak bertolak balik ke Kota Tinggi. So kami terus balik Kota Tinggi & pegi Hospital Kota Tinggi jer. Dapat la ubat demam. And kena datang lagi pagi esoknya untuk ambik darah. Aku macam.....what? Kena datang pagi esok? Esok hari raya ok, doktor! Pagi pulak tu. Huuuu.....sedehh!

So haritu aku balik kampung Encik Suami dengan keadaan tak larat. Makan nasik pun 2 sudu jer. Itu pun paksa jugak telan, sebab nak makan ubat. Takde selera langsung. Lepastu memang tido jerlah keje aku. Takdenyer lah nak tolong kakak dia masak lauk raya ke, nak buat preparation raya ke ape. Huhuu~

Malamnya alhamdulillah dah rasa reda sikit demam tu. Mujarab jugak la ubat yang doktor bagi, walaupun hanya 1 ubat jer. & hanyalah ubat Panadol jer.

Next day, 08.08.2013. Raya pertama. Hati aku berbelah bagi sama ada nak pakai t-shirt jer ke @ nak pakai baju raya. Kan nak pegi hospital untuk ambik darah. Macam malas pulak nak pakai baju raya. Tapi Encik Suami cakap, pakai jerlah baju raya. So, pakai jerlah. Lagipun kalau tak pakai baju raya nanti takde pulak gambar raya. Yer tak?



Sempat bergambar sebelum ke hospital.
Masa ni masih tak sihat, tapi dah ok sikit.
Baju raya yang kosong, tak sempat bermanik bagai. Huu~


Ke hospital.



Berjam2 duk tunggu nak ambik darah & tunggu result. Sampai aku stress. Nasib baik keadaan aku dah ok sikit. Agaknya kalau hari pertama aku demam tu kena tunggu camni, maunya pitam terus kat situ. Haihh...

Bila aku tanya boleh tak nak datang ambik result test tu esok @ lusa, diorang cakap tak boleh. Dah simpan kat tempat lain la, nanti kena ambik test sekali lagi la. Bila aku tanya dah siap ke belum result tu, diorang cakap dah siap, tengah susun jer. Tapi lepastu dekat setengah duk tunggu, takde pun dia panggil nama. Orang lain yang datang awal dari kitorang pun belum dapat result lagi.

Akhirnya, kami terus blah jer. Memang takde la nak menunggu lagi. Lagipun masa tu aku rasa dah ok dari hari sebelumnya. Encik Suami pun kena masuk keje petang tu. Kalau esoknya masih tak ok, baru la kami ke hospital lagi. Camtu la plannya. Huhuu~



2 kali dia cucuk, baru dapat ambik darah. Ni tempat pertama yang dicucuk. 
Tapi tak dapat keluarkan darah. Sakit ok kena cucuk kat sini. 
Sampai sekarang ada parut kecik kat sini. 
Tempat ke-2 yang kena cucuk tu lebam jugak la beberapa hari.



Raya ke-4. 
Beraya kat rumah abang kat Majidee.
Gerammmm jer kat anak saudara aku sorang nih. 
Bulat yang amat! Masa ni baru umur 2 bulan lebih.
Cepat jer besar & jadi bulat camni. 
Dulu aku melawat dia time dia umur 14 hari : KAT SINI.


Baby Aqeem budak baik. 
Tak banyak merengek. Tapi air liur asyik meleleh jer. Hehee~


Kek Lapis Sawarak.


Pastu pegi beraya kat rumah another kakak.


Berkain batik. Hihii~


You and me. eh ehh... ;p


Saje jer aku pakai semua merah. Tudung, baju & beg. Biar nampak menyerlah gitu. Hahahahh~

Pastu semua orang asyik tegur jer, "merah menyala", "wahh..dari jauh dah nampak". LOL  -.-' 

Dan raya ke-4 diakhiri dengan wayang. Tetiba jer nak tengok wayang. Boring duk rumah.


Wolverine! Sungguh tak mengecewakan. 
Tapi harga tiket........ya Allah!
(harga tiket RM36 untuk 2 keping, bukan sekeping yer)


Tapi serius, kerusi dan hall kat TGV Aeon Bukit Indah ni memang sangat selesa. Takde la nak tengok movie pun terlindung ngan kepala orang depan. Kerusi pun besar & selesa. Kiranya berbaloi la dengan apa yang kami bayar. Kalau bayar tiket mahal tapi hall macam hampeh, mau mengamok jugak nih. Haha~


Lauk raya?


Ini jer yang aku mampu masak untuk raya. 
Itu pun dah hari raya ke berapa baru aku masak. 
(Spaghetti bolognese pun termasuk sekali eh jadik lauk raya? ;p)


Itu jer yang aku mampu masak. Maklum lah, masih tak boleh buat keje berat2. Eh, masak pun tergolong dalam "keje berat" jugak ke? Bhahahah~

Oh yer, raya kalini la baru aku belajar masak kuah kacang. Senang jer rupanya nak masak kuah kacang ni. Cuma tak larat nak goreng, buang kulit, tampi kulit & tumbuk kacang lah. Adoihh....memang penat lah. Kalau nak senang & cepat, beli kacang yang dah siap hancur tu jer. Tapi terlalu hancur la pulak. Tak best lah kalau hancur sangat.

Niat hati aku memang nak masak juadah raya untuk suami. Nak masak macam2 lauk la kononnya. Tapi apakan daya.........huuu... Takpe la, tahun depan insyaAllah akan usaha masak juadah raya untuk suami. Dan insyaAllah kalau ada rezeki, boleh buat rumah terbuka jugak. ;)

Anyway, ni raya ke-2 kami sebagai suami isteri.

Tapi raya tahun ni takde la meriah sangat. Takde mood sangat nak sambut raya ngan keadaan yang baru kehilangan baby, keadaan yang baru lepas pantang, keadaan yang tak sihat. Tambah pulak beraya di perantauan...

Tapi syukur.....raya kalini dapat beraya dengan suami. Kalau raya tahun lepas, Encik Suami keje & hanya cuti start raya ke-3. Raya kalini, pagi raya pertama tu dapat bersama ngan suami, bersalam, mintak maaf. Alhamdulillah ...

Tahun depan raya kat kampung sendiri pulak. Hihii~ 


Thanks for reading.  ;)


.

3 comments:

Nina Isofea said...

Hihi xpe yg penting dpt braya dgn suami kan..tu yg paling bmakna

Hanys Jehari said...

Npe mahal sggt tiket tuu? Seram. Huhu

IMaH said...

Beraya dengan yang tersayang pun best. Takpe, next year raya balik rumah Nini pulak. Imah balik2 dua2 kampung time raya cuma bergilir raya pertama je rumah mana dulu. hehe