Thursday, October 3, 2013

Musang King!

As-salam dear readers.



Akhirnya dapat jugak makan durian.


Tahu tak dah berbulan2 aku duk teringin nak makan durian? Dari sebelum pregnant, sampai la pregnant, sampai lepas pantang, sampai la sekarang ni. 

Masa pregnant, ada jugak beli durian. Sebab terliur sangat. Tapi aku tak makan la. Aku ni memang hantu durian. Kalau dah start makan, tak boleh stop. Awal2 preggy kan tak boleh makan durian. Takut memudaratkan kandungan. Encik Suami pun tak bagi aku makan. Wuwuwuu~ So durian yang beli tu Encik Suami jer makan. 

Pastu bile misscarriage, kena berpantang. Lagi laaaa tak boleh makan durian. Pastu tak beli2 durian. Sampai la beberapa hari lepas....aku beli durian ni. Beli durian musang king terus! Tapi beli yang dalam pack jerlah.

Beli yang dalam pack ni agak pricey la. Tapi puas hati sebab dapat tengok isi dia ok ke tak. Beli dua pack, Encik Suami makan tak habis pun 1 pack tu. Balance dia semua aku habiskan. 

Dah berbulan2 duk teringin, dari durian berlambak2 orang jual, sampai la dah nak habis musim durian ni. Baru dapat makan. Kena pulak durian yang sedap. Perghh....memang lemak berkrim. Puas hati ok!

Errr...tapi macam tak cukup la pulak. Nak kena ajak Encik Suami beli durian lagi nih. Beli durian biji tu udah ler. Tapi sekarang ni dah tak banyak la orang jual durian. huhuu~ 



* makan la durian selagi dapat makan. nanti kang ada waktu2 tertentu yang kena pantang, tak boleh makan durian nih. especially masa 2WW. betul tak? TTCians mesti faham. ;)



.

7 comments:

Zayla Abdullah said...

Hehe...kita bukan la antu durian ni, tapi kdg2 bila teringin tu, rasa nak makan sangat. Selalu mmg akan beli musang king yang pack camnila kat giant..

Nina Isofea said...

Betul2! Dlm 2ww mmg mguji kesabaran bab makan nih hehe

Mila Ahmad said...

mila xsuka sangat durian tapi warna dia tu mengugat sangat.

Zuraidah Butang said...

hehe pregnant ke tak pregnant ke tetap ngidam durian kan

Hanys Jehari said...

I suka durian time muuusim durian je. Dan durian yg i blh mkm durian kampung je.. Huhu.. Yg gugur je, terus makan. Hehe

Miss N said...

aduh.... menggoda nye durian tu..

nurul harnani said...

amboiii durian musang king x pernah rasa lagi..

ape tu 2 WW ekk?