Tuesday, August 18, 2015

Iklan Scam di Mudah.my?

Assalamualaikum dear readers.
 
Dua minggu lepas aku ada tengok iklan rumah sewa kat kat website Mudah.my. Rumah kat Taman Pulai Ria, Kangkar Pulai, Johor. Nak kata urgent nak pindah tu tak jugak. Tapi kalau boleh nak cari rumah yang dekat sikit la dengan area bandar. Dekat sikit nak pegi keje. Rumah sewa sekarang ni memang jauh.
 
Harga sewa rumah kat Taman Pulai Ria tu takde la murah sangat, dan tak mahal sangat. Tapi kalau tengok harga rumah kat JB sekarang ni, harga tu dah consider ok la tu. Tengok gambar yang tuan punya rumah post pun, rumah tu memang cantik. Automatik jatuh cinta gitu. Tapi rasanya harga sewa tu memang murah la kalau tengok pada interior rumah. Cuma mungkin lokasi rumah tu agak jauh sikit (tapi tak terlalu jauh kalau nak dibandingkan dengan rumah sewa aku sekarang ni).
 
 
 
Ni la iklan rumah sewa tu.
Tarikh iklan : 04.08.2015
 
 
So aku SMS nombor owner rumah tu, aku tanya dia, dah ada org sewa ke tak. Aku tunggu dalam 20minit camtu, tapi takde respon. So aku terus call jer. Aku tanya boleh tak nak pegi tengok rumah. Dia kata boleh. Aku bagitau dia, dalam masa sejam lagi aku sampai. Dia cakap ok.
 
So bertolak la kami suami isteri dari Kulai ke Kangkar Pulai. On the way tu aku call untuk mintak alamat. Dia tanya dah kat mana ni. So aku bagitahu la lokasi aku kat mana, dengan harapan dia dah boleh stand by pegi kat rumah sewa tu. Then dia terus bagi alamat rumah.
 
Sampai depan rumah, aku tengok ada 2 family depan rumah tu. Aku ingatkan tuan rumah. Rupa2nya diorang tengah tunggu tuan rumah sebab nak tengok rumah. Salah sorang perempuan tu cakap dia dah bank in deposit rumah tu kat tuan rumah. Aku macam pelik jugak. Tadi aku call tuan rumah, cara dia cakap macam takde org booking lagi rumah tu.
 
So aku call tuan rumah. Mana la tau perempuan tu saje cakap camtu, sebab nak aku give up rumah tu kan. Kat iklan tu nama tuan rumah tu Pn. Iera. Perbualan kami lebih kurang macam ni :
 
Aku : Salam kak. saya dah kat depan rumah ni. akak dah sampai sini ke?
Pn. Iera : Saya kat KL ni. 1haribulan (September) baru saya balik JB. kalau nak tengok rumah awak boleh tengok dari luar la.
Aku : *dah agak bengang dah. takkan tak faham orang call tadi cakap nak tengok rumah, maksudnya nak tengok keadaan DALAM rumah. aku datang all the way from Kulai. alih2 dia cakap takde kat sini. ehh2...sabar2...* rumah ni ada ada orang bayar deposit ke?
Pn. Iera : ........... takde lagi.
Aku : Tapi ada sorang perempuan depan rumah akak ni cakap dia dah bayar deposit kat akak?
Pn. Iera : ........... oh.... tapi saya belum check lagi. tak tahu betul ke dah bayar ke belum.
Aku : *sekali lagi rasa macam nak marah jer dengan jawapan dia. dah tu kenapa tak check dulu? macam tak serius jer bila ada orang dah bank in deposit* Habis tu macam mana ni, rumah ni available lagi ke tak?
Pn. Iera : Nanti saya confirm balik dengan orang tu. Lepas maghrib call saya balik.
Aku : OK.
 
 
Seriously, memang was2 giler cara tuan rumah tu cakap. Korang bayangkan eh, aku dari Kulai nak pegi tengok rumah. Dah sampai depan rumah, alih2 dia cakap dia kat KL. Kau ghasee? Nak marah ke tak?
 
Cara bercakap, bertanya macam yer2. Takkan tak faham orang nak tengok rumah tu maksudnya nak tengok keadaan dalam rumah. Apa gunanya aku call bagitahu aku kat mana, aku on the way semua tu. Haiyyoooo....
 
Kalau takde kat JB, bagitahu jerla awal2 masa aku call tu. Dah tu, kalau takde kat JB, at least ada family members ke yang boleh tolong uruskan urusan sewa rumah tu. Apa motif post iklan rumah sewa, tapi tuan rumah duk KL. Pastu macam mana nak berurusan untuk rumah sewa tu? Dah la kat iklan tu tulis kemasukan bulan September. Tapi 1hb September baru dia balik JB. Macam mana tu?
 
Then cara dia bercakap pun macam fikir dulu baru cakap. Maksud aku, bila aku tanya, ambik masa untuk dia jawab.
 
Kalau fikir logic, semua macam was2. So lepas tu aku dah tak call dah dia. Lagipun kat Mudah.my ni banyak scammers, kan. Risau jugak kalau kena tipu. Pastu esoknya dah takde dah iklan tu kat Mudah.my.
 
Then semalam masa aku duk google2 pasal deco2 rumah, boleh pulak terjumpa gambar rumah sewa tu. Gambar original dari tuan punya gambar yang snap rumah tu!
 
 
Gitu kaauuu...moden glamour katanya. hahahaa~

 
 
 
 
 
 
So aku terus terjah ke blog tuan punya gambar.
 
 
 
 
 
 
Ya Allah..terkejut sungguh aku tengok.
 
 
 
Memang gambar tu la aku tengok dalam iklan mudah haritu. Sejibik! Rumah dalam blog ni rumah kakak kepada tuan punya blog, terletak di Kuantan. So maksudnya adakah iklan haritu adalah scam? Sungguh aku bersyukur sebab cancel niat nak sewa rumah tu dan tak contact dah tuan punya rumah tu. Bukan niat nak berburuk sangka. Tapi everything was suspicious! Harga sewa pun kalau tengok dari keadaan & interior rumah tu, memang too good to be true.
 
Aku tunjuk blog cik puan Kemn tu kat Encik Suami. Dia pun terkejut.
 
Terfikir jugak apa nasib perempuan yang cakap dah bank in deposit kat tuan rumah tu. Hmm...
 
Sebab tu la kena sentiasa berhati2 dengan semua jenis iklan kat internet ni. Tak kira la iklan nak sewakan rumah ke, iklan jual henfon ke, iklan jual baju ke. Lain la kalau penjual tu memang dah ada good reputation @ good review.
 
Andd kalau nak sewa rumah camni, better jumpa tuan rumah face to face, tengok dulu keadaan rumah. Jangan senang2 bank in deposit macam tu jer tanpa apa2 hitam putih @ tanpa jumpa dulu tuan rumah. Kat Mudah.my ni pun banyak dah kes penipuan. So kalau nak beli barang yang diiklankan pun better request COD (cash on delivery).
 
 
Thanks for reading. :)
 
 
 
*p/s : kepada tuan punya blog kemnrocky , ampunkan saya up screen capture blog awak kat sini yer. hee~
 
 
 
 
 
 
.

4 comments:

Hanys Jehari said...

Phew. Mcm2 peel org skrng

IMaH said...

banyak iklan dekat mudah tu letak gambar lain, tapi yg nak disewakan atau jual rumah lain. sebab imah pun tgh survey2 nak beli rumah. ada kawasan rumah yg pernah kita duduk & pergi so kita tau rupa rumah tu macam mana, tapi tengok diorang iklankan design layout rumah lain. kedudukan bilik & dapur pun lain. Mostly yang buat kerja ni agent sebab diorang main letak je contoh rumah. mmg kena hati2. Mujur awak xde buat bayaran apa2 lagi.

Nini Mohd said...

@Hanys Jehari tu la pasal. macam2 peel.

Nini Mohd said...

@IMaH tu la imah. memang kat Mudah tu banyak yang letak gambar rumah lain. tp yg ni mcm over sgt kot.
yg ni bukan ejen. then cara dia cakap pun memang suspicious sgt. semua kot suspicious.
nasib baik sy x buat apa2 bayaran.