Friday, March 1, 2013

9 monthsary. End of Long Distance Marriage =)

Salam dear readers!

Harini genap lah 9 bulan usia rumah tangga kami.




Dan hari ini juga bermula episod baru kami suami isteri. Episod baru? Well...sebelum ni kami kan PJJ, i.e. Perkahwinan Jarak Jauh @ Long Distance Marriage. Tapi start harini, kami bukan lagi on PJJ. Tapi dah duduk sebumbung.

Encik Suami dah pindah ke sini, ke Johor Bahru. Pagi tadi dia balik sini. Petang tadi start keje kat JB. Ya, permohonan Encik Suami untuk transfer ke JB dah diluluskan. Syukur alhamdulillah.

Alkisahnya, 3 hari lepas Encik Suami baru dapat tahu yang permohonan dia untuk transfer ke Johor Bahru diluluskan. Sebelum ni pernah ada kekosongan kat JB ni, dan Encik Suami dah mohon untuk ditukarkan. Tapi tak dapat. Kecewa toksah cakap la wife dia ni, kan. Frust!

Sebab apa, kat JB ni bukan selalu ada kekosaongan. So bila ada kekosongan, tapi permohonan untuk transfer tak dibenarkan, memang la kecewa tahap gaban. Masa tu fikir : ntah bila la lagi ada kosong nih. ntah bila la kami nak mulakan hidup berdua duduk bersama2 di bawah satu bumbung. ntah bila la nak berterusan PJJ macam ni. *nampak tak betapa stressnya aku masa tu? ;p

Pastu bulan lepas ada kekosongan lagi. Cepat2 dia apply lagi. Alhamdulillah lepas sebulan, dapat keputusan yang positif. Masa mula2 Encik Suami bagitau pasal tu, betapa gembira dan bersyukurnya aku masa tu. Terharu sangat2. Rasa macam nak nangis pun ada. :)

Sebelum ni Encik Suami dah jumpa bos, jumpa orang tu, jumpa orang ni. Untuk mintak transfer. Sampai dia cakap macam nak putus asa dah. *eh, mana boleh putus asa! ;p 

Tadi aku tanya Encik Suami, apa perasaan dia bila dapat transfer ni?

Him : Menjerit. 

Me : Menjerit? maksudnya? 


Rupa2nya dia memang menjerit siap melompat lagi bila kawan dia bagitau dia dapat transfer. Melompat depan orang ramai ok, kat tempat keje! Eh tak malu ke? Dia cakap, tak malu. Haha~ Aduhaiii.... ;D

Dan tadi aku cuti half day. Encik Suami masuk keje tengahari. Masa kami nak pegi keje tengahari tadi, rasa macam......ntah la ea camane nak explain. Bersiap sama2. Pastu pegi keje sama2 (sebab tadi aku hantar dia pegi keje, pastu terus masuk office). Terharu sangat. I dont know how to explain. Rasa macam hidup normal. Rasa macam ada suami. 

Eh? 

Bukan aku cakap sebelum ni takde suami. Tapi faham2 la kalau PJJ ni kan. Macam part time jer rasa jadi isteri tu. Pastu bila suami tak balik sini, rasa macam orang bujang jer. Hahahh~ ;p

Syukur alhamdulillah, sekarang kami dah duduk sebumbung. No more PJJ/LDM, no more ulang alik sana sini.


9 months ago. :)


Thanks for reading.



.

8 comments:

Nory Zoulkefle said...

bestnyer...mesti rasa macam baru kawen je kan....hehehe..

cik chinta said...

rezki kawin. dok mn d jb?

Nini Mohd said...

@Nory Zoulkefle
ahahaa~ tau takpe!
sbb selalu ni jumpa pun jarang2 jer, kan.
hehee~ ;D

Nini Mohd said...

@cik chinta
saya duk skudai. ;)

Haidasafera said...

tahniah nini...at lasat dpt tinggal serumah dgn suami skrg ni.

Cik Hazz said...

alhamdulillah.. ;)

Nini Mohd said...

@Haidasafera
mekasih. akhirnya, kan. dpt jgak duk sebumbung. ;)

Nini Mohd said...

@Cik Hazz
alhamdulillah... =)