Saturday, May 4, 2013

Husband's birthday and our 6th anniversary

Helloo dear readers. 

Hari Jumaat Jumaat lepas (26.04.2013) adalah hari lahir Encik Suami. Dan hari Khamis tu (25.04.2013) adalah ulang tahun ke-6 kami. Ulang tahun cintan cintun la maksudnya. ;p 

Enamtahun. Cepat jer masa berlalu. Alhamdulillah...ulang tahun ke-6 ni dapat kami sambut sebagai kekasih halal. :)

So hari Khamis lepas balik keje, si isteri ni pergi mencari kek untuk buat surprise kat husband dia. Beli kek kat City Square tu jer. Pastu pegi pasar nak beli lauk untuk masak keesokan pagi. 

Haritu sepatutnya Encik Suami balik keje lebih kurang pukul 11.30malam. Keje shift. Tapi lambat pulak dia balik haritu. Lagi beberapa minit pukul 12malam baru dia sampai rumah. Tapi ok la, sebab dah nak masuk 26 April, kan. 



Surprise! 
Enam batang lilin = 6th anniversary. 


Selamat hari lahir suami ku. Semoga panjang umur, murah rezeki, be a good husband & cepat2 jadi daddy. Eh? ;p

Maaf, tiada gambar kami masa aku buat surprise nih. Hehee~ 

Tapi surprise yang aku buat, tak berapa nak surprise. Sebabnya....awal2 aku dah switch off lampu kat ruang tamu. Tapi bila Encik Suami masuk rumah, dia terus bukak lampu. Tak sempat aku nak keluar ngan kek. Adehh... >.< 



Kad. Beli jer. 
Tak sempat nak ber-seni ber-kreatif ber-kraf DIY kad sendiri. 
Next year maybe. InsyaAllah... :)


Hadiah untuk birthday boy? Biarlah rahsia. Ececee~ ;p 

The next day, paginya aku masak untuk Encik Suami. Sebenarnya blurr tak tahu nak masak apa. Senang cerita, masak jerlah lauk feveret dia. Malam sebelumnya kan aku ada pegi beli lauk kat pasar. Tapi sebab time tu dah pukul 9 lebih (malam), so gerai kat pasar tu banyak dah tutup. Termasuk la gerai yang jual sayur. Aku plan nak masak kailan ikan masin. One of husband's fav (fav aku juga). Tapi sebab gerai jual sayur dah tutup, tak dapat la nak beli sayur. 

So ini jerlah yang aku sempat masa pagi tu :- 



Sup ekor (our fav) dengan telur dadar jer. 
Sayur nan hado. -.-



Oh ya, ni first time masak sup ekor. Sedikit failed, sebab dagingnya belum benar2 empuk. Blerghh~ maaf. Lain kali kita masak lama2 kasi empuk yer. =)

Tapi for sure tak boleh masak sup camni pagi2 sebelum pegi keje. Sebab tak sempat nak masak lama2. 

Then lepas aku balik keje hari Jumaat tu, kami keluar berdatingan makan2 tengok wayang. Belanja birthday boy. Nanti aku sambung lagi yer.

Till then, thanks for reading. ;)


.

No comments: