Monday, February 28, 2011

Universal Studio Singapore PART 4 : Sci-Fi City & New York

Hello semua!

Setelah hampir dua minggu PART 3 di-post, baru la ni aku nak sambung cerita PART 4. huhuu~ Busy sangat kot seminggu dua nih. Broadband plak problem, tak dapat online. [x_o]

Ok dah, jom sambung jalan2 dan bersuka ria. 


SCI-FI CITY


Antara yang menarik kat Sci-Fi City ni ialah Battlestar Galactica CYCLON dan Battlestar Galactica HUMAN. Tapi masih belum di buka kepada umum. Yang aku dengar cite plak, dulu pernah bukak, tapi ditutup sementara sebab ada masalah teknikal. Tak tau la mana satu yang betul.

Kitorang ada bertanya kat pompuan yang jaga pintu depan Battlestar Galactica nih. Dia cakap kemungkinan roller coaster nih akan dibuka kepada umum dalam first half 2011. Cuma tunggu kelulusan jer. Tapi walaupun tak bukak, roller coaster nih tetap di-gerakkan. Mungkin untuk test kot. Pastu buat semua orang (yang berani nak try) saket hati dan rasa geram nak try benda nih kan?



Giler kentang. Berani mati kah aku nak try roller coaster nih?


Berpusing 360 darjah! Ohhoooo~ tak berani kot.


Tadaa~ ;p


Ade kerusi kat luar, untuk di-test. Tak boleh naik Battlestar Galactica nih, test seat dia pun jadi la kan. ;p


Berpura2 takot. 
Eleh, kalo naik betol2, takdenyer muka camni. Mesti muka pucat lesi macam hape. ;DD


Accelerator.


Nak naik benda nih! Tapi masa kitorang pegi, ada masalah teknikal pulak. Adoihh~



NEW YORK






Macam New York tak?


Kat New York pun ade breakdance. 


Yellow Cab. Co.


Welcome to New York! 


Charlie Chaplin. Tengok cara dia act pun aku dah tergelak. Memang betul2 menjadi. ;DD 


UNNECESSARY NOISE PROHIBITED. Harap paham. ;D


Klasik.


Kereta polis incik polis New York.


Sangat klasik ini kereta.




I’m loving their performance. 

BEST kannn..????



Uikkss..takde plak aku nampak show nih.
Huhuu~ soo cuteee.. ;)


Hey look! Its Betty Boops! So cute. Comel jer tengok keletah dia.
Putih melepak. Tapi terlalu kurus, tak sama macam Betty Boops yang betol.


Siapalah aku bila berdiri di sebelah Betty Boops yang cun + putih melepak nih. 
Terserlah kehitaman aku. xP
(Macam **tuttt** jer muka aku. Konon2 nak tiru Betty Boops.)


By the way, mana Marilyn Monroe? Tak meriah la pulak takde Marilyn.


Kat New York ni sempat tengok show Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg. Best la jugak.


Lepastu sampai balik kat Hollywood. Actually nak tengok rock and roll musical kat Pantages Hollywood Theater, tapi tak sempat la pulak. Bila keluar jer dari show Lights, Camera, Action!, rock and roll musical pun dah abes dah. Tu la show yang terakhir (pukul 6.15 petang). Wuwuuu~~ T_T





Pose sebelum mengakhiri perjalanan dalam USS.



Tiba2 terjumpa si comel nih. Ape nama dia aku pon tak tau lah. Woody Woodpecker’s wifey maybe?



Tak lengkap jalan2 kalo tak beli souvenir. Tapi aku tak beli banyak souvenir pun. Aku just habiskan voucher souvenir SG$5.00, then tambah sikit duit sendiri. Itu pun beli magnet yang lekat kat peti sejuk jer. Souvenir pun mahal giler. Giler kentang lah. Memang banyak yang berkenan di hati. Tapi tak termampu nak membeli belah banyak2.



Tips jalan2 :- 
  • Bawak duit cukup2 dan banyak2 untuk beli souvenir. Tapi tak perlu sampai membazir, sebab souvenir kat sini memang mahal giler.



Nak balik dah. Byebye.


Tips jalan2 :-
  • tak perlu mekap2. Sebab nanti sure bertompok2. Kite nak ber-adventure satu hari, sampai ke petang. Memang tak sesuai nak bermekap sebab nanti kita akan berpeluh2. Takde masa nak kontrol2 ayu. Jangan jadi macam aku nih. T_T

Berjalan2 bersuka ria bermain2 sampai ke petang. Lenguh kaki + penat badan toksah cakap lah. Dah la bawak beg berat. Semua benda ada dalam beg tu. Yang penting, air mineral 2 botol. Sebab cuaca panas dan memang haus setelah main game dan bersuka ria nih.


Tips jalan2 :-
  • Bawak air mineral yang cukup untuk atasi dehidrasi. 
  • Bawak topi sebab cuaca panas giler.

Oh ye, semua game dan show stop pukul 7p.m yer. Tapi suasana malam kat sini pun best jgak. Cantik dan meriah dengan lampu2nyer.

Banyak lagi la game/permainan yang tak mampu aku ceritakan kat sini. Ada jgak few game yang aku tak try. Ada yang tak sempat try pun. Yang paling best, of coz la kat Far Far Away ngan The Lost World. Ancient Egypt pon best jgak, sebab ada roller coaster Revenge of the Mummy.

Kalo nak rasa, pegi sendiri kat USS nih, ok. Tak bestnyer kalo baca/dengar cerita orang jer. Rasa sendiri lagi best. ;)

Aku pulak, rasa macam tak cukup jer bersuka ria kat USS nih. Rasa macam nak pegi lagi. Belum keluar dari USS tu, dalam fikiran aku dah terfikir : nak datang lagi la kat sini dengan Encik Kuneng. Hehee~ ;D

Tapi dengar cite, bulan Mac ni entrance fee mungkin akan naik lagi. Haa…so, pegi cepat2 ok.


*p/s : seronott~~ ^_^
*p/s lagi : yess..!!! akhirnye berjaya jugak aku update entri USS ni, setelah tertangguh selama sebulan lebih. Tahniah kepada diri sendiri. Harap semua berpuas hati. Kalo tak puas hati, sila berseronok secara live di USS. :)



Siri jalan2 :-


.

No comments: