Friday, February 10, 2012

Terengganu with love~

*AMARAN : ENTRI PANJANG BERJELA2.
SILA TETAPKAN HATI SEBELUM BACA
& SILA TAHAN PERASAAN NAK MUNTAH-SEBAB-SCROLL LAMA SANGAT.  ;P *




Last 3 weeks balik kampung ngan Encik Tunang. Balik kampung kalini dengan misi yang wajib disempurnakan! Yer, WAJIB. Kalo tak settle, susah lah hidup aku sebagai B2B. Maklumlah, duk jauh, majlis nanti plak kat kampung. Susah tau tak nak buat preparation. Semua aku buat sendiri. 99%. Sangat susah. T_T


Teringin jugak nak cuti2 Malaysia kat Terengganu tu. Apakan daya, memang takde masa nak cuti2 Malaysia. Masa yang ada hanya diperuntukkan untuk hal2 kawen. Aku plak sebenarnye dah lama berhajat nak pegi Pulau Perhentian ngan Encik Tunang.


Tapi time balik kampung tu, masih lagi dalam musim tengkujuh. Kalo musim camni, perkhidmatan bot ke Pulau Perhentian dihentikan. Jarang la ada bot kat sana. Kedai2 & chalet kat sana pun semua tutup. Sampai bulan Mac kot kalo tak silap aku. Lepastu diorang bukak macam biasa.


Takpe la, takde rezeki kami. Maybe boleh pegi ber-honeymoon kat sana nanti? Hehee~ ;p Masa tu dah takde halangan, maklumlah dah halal. Tak payah takot timbul finah ke ape, kan. Hehee~


Ok, enough. Meh la tengok entri bergambar yang panjang berjela-jela ni.


Khamis, 19.01.2012.

Bertolak balik ke kampung lepas settle kes kat Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Kat SINI.



Jumaat, 20.01.2012.


Pegi Pasar Tani kat Kuala Besut. Dekat jer ngan umah aku. Pasar Tani ni macam pasar pagi la kot. Tapi orang kat sini panggil pasar tani.


Sebenarnya pegi Pasar Tani tu just nak beli breakfast + ikan & ayam untuk masak tengahari. End up beli beberapa helai baju. Tak tertahan godaan baju2 polka dot tu tau. Aku ni bukan boleh tengok polkadot2 camtu. Harga pun boleh tahan murah. 


Dan...macam biasa la. Kalo balik kampung, mesti kena beli & makanan yang tak dapat kat tempat lain.


Kuih lompat tikam.
Hahaa..pernah dengar tak nama kuih ni?



Tapi kuih lompat tikam yang aku beli ni tak best la. Seriously. Susah nak jumpa yang betul2 best.



Sabtu, 21.02.2012.


Hari yang ditunggu2!! Nak tahu kenapa? Sebab dah fix appointment untuk ambik measurement untuk baju sanding & baju bertandang!!! Yehhooooo~


Ok, memang excited.


Aku tempah ngan tailor biasa jer. Kat Kuala Terengganu.


On the way ke Kuala Terengganu.
MANGKUK. Hahaa~ kau adeee??? ;p



Kitorang pegi kat butik (actually bukan butik pun) akak tu ngan my sister. Yerlah, aku mana la tahu jalan kat sana. Nasib baik ada my sister & his husband. Akak aku nih memang duk kat Kuala Terengganu. Kebetulan husband dia memang tahu area butik akak tu. So, senang keje aku ngan Encik Tunang nak cari butik akak tu kat mana.



Try fitting baju.
Tapi ni bukan baju aku, ok.
Just try sebab akak tu nak tahu saiz aku jer.




OMG, baju camni memang cantek.
Tapi bila pakai, aku yang dah sedia chubby ni nampak bertambah2 GEMOOOOK.
Sedihhhhhh...... T_T




Masa pegi ambik measurement &  try baju2 kat situ, memang rasa excited. Baru ada feel nak kawen. Hahaa~ ;p


Lepas ambik measurement baju & discuss2 ngan akak tu, kitorang pegi jalan2 plak. Kat Pasar Payang. Actually bukan jalan2 pun. Pegi sana sebab nak cari baju tidur jenis kelawar. Ada orang kirim ngan aku.


End up, macam2 yang kitorang beli. Masa round2 kat Pasar Payang tu, ada jual macam2 jenis souvenir. Comel2 ok, especially PENYU! Terengganu kan tempat penyu bertelur. Mesti la ada souvenir penyu, kan.



Yang hijau tu COMEL!




Sempat beli beberapa souvenir penyu untuk colleague. Hahaa~ macam pegi bercuti la plak siap beli souvenir untuk kawan2. Padahal balik kampung jer. ;D

Lempok durian!
& pisang salai.


Ok, lempok durian tu memang feveret aku. Suka giler weh.  Semua benda yang berkaitan ngan durian, memang aku suka lah. Pisang salai tu plak aku tak plan pun nak beli. Aku nak beli Lempok durian jer 3 batang tu. Tapi akak yang jual tu pujuk aku untuk try pisang salai tu. Ok la, aku beli.


Best jugak rasa pisang salai tu. Semua tu RM10 untuk 3 barang. Ok la kan.


Lepas pening kepala pusing2 kat Pasar Payang, terus balik ke rumah akak aku. Tapi lalu kat Kampung Cina, a.k.a Chinatown. Pulak tu time tu beberapa hari sebelum Chinese New Year. Memang bertambah2 meriah dan MERAH la Kampung Cina tu.



Ok, sebelum tu...this is my nephew.
Adam Badri.



Chinatown.






Golden dragon di hadapan Restoran Golden Dragon di tahun Dragon.
Apekahh?? ;p



Klasik.



Lepas hantar akak aku, kitorang terus balik umah aku plak. Tapi tak sah kalo tak beli keropok losong kat kampung hiliran yang femes ngan keropok losong tu! Dekat jer ngan umah akak aku.



Adnan Keropok Losong.



Tempat ni akak aku yang suggest. Best katanya. Masa aku balik kampung tahun lepas ngan Encik Tunang pun kitorang beli keropok losong kat sini jugak.





Ahad, 22.01.2012.


Pagi2 buta lagi Encik Tunang dah ajak pegi memancing. Sebenarnya dari hari Sabtu lagi Encik Tunang dah pesan. Nak pegi memancing pagi2 buta. Layankan jerlahhh~



 Indahnya permandangan.  



Aku plan nak pegi cari tempat sewa canopy, nak book meja makan beradab & sewa kerusi pelamin. Tapi rasa macam tak siht plak haritu. Jawabnyer, duk umah la petang tu.


Isnin, 23.01.2012.


Hari Isnin, ada lagi Pasar Tani dekat umah aku tu. Tapi disebabkan aku tak sihat, pening kepala jer memanjang, so tak dapat la pegi Pasar Tani. Ntah la kenapa. Mungkin sebab banyak angin dalam badan kot. Angin boleh naik kat kepala tau. Tahu ke tak? Serius nih. Ni doktor sendiri yang bagitau aku masa aku tak sihat haritu.


Ok, dah. Meh teruskan ngan cerita yang panjang berjela & ntah bila nak habis nih.


Dah petang sikit baru keluar pegi cari kanopi & meja beradab & kerusi pelamin. Walaupun tak sihat, tetap gagahkan diri. Ceh~


Sebelum keluar, sempat tu bergambar. Kitorang sebenarnya just nak snap gambar pakai baju I Terengganu yang kitorang beli kat Pasar Payang. haha~ excited plak.


Tapi si Adam Badri ni pun sibuk jugak nak bergambar sekali. Oh, lupa nak cakap. Akak aku balik hari Ahad malam tu. So, menyibuk la Adam ni ngan kitorang. Asyik kacau kitorang jer. Terutamanya Encik Tunang. Suka sangat dia ngan Encik Tunang. Selama duk kat kampung tu, Encik Tunang dah macam bapak dia dah. Hahaa~ ;D



Ada bakat nak jadi bapak orang tak?
Hahaa~ ;p



Aloloo~



Kitorang nak pose, tetiba jer Adam masuk skali.
Dia datang tersengih2 & terus pose jugak.
Orang tak ajak dia bergambar pon!
Hahaa~ cute!




Ok, meh posing lagi. Kalini without Adam.

V

V

V

V

V

V

V

V

V




Pose still sama! Hahahh~ ;D



Masa pegi kat tempat sewa kanopi, agak kecewa. Sebab tokey nyer takde. Just boleh tengok pakej2 yang ada jer. Tak boleh nak discuss lebih pasal harga. Kena datang esoknye la.


Misi untuk book meja makan beradab pun tak kesampaian. Sebab susah nak book meja beradab sahaja. Yerlah, sape nak buat kalo setakat meja beradab jer, kan. Kat tempat sewa kanopi tu pun diorang tak sediakan pakej untuk meja makan beradab.


Misi untuk book kerusi pelamin? Pun sama. Tak kesampaian sebab banyak bridal boutique yang tutup. Chinese New Year la katakan.  




Few bridal boutique yang aku try pegi.
Tapi ada yang tutup.



Selasa, 24.01.2012.


Still rasa tak sihat. Dah petang sikit, lepas makan ubat, baru rasa ok. Tu la, awal2 taknak makan ubat. Dah berhari2 tak sihat, baru nak makan ubat. -.-


So, bila dah rasa sihat & bertenaga, misi memburu kanopi + meja beradab + kerusi pelamin diteruskan.


Kitorang pegi lagi kat tempat sewa kanopi tu. Alhamdulillah tokey dia ada. Kanopi berjaya di-book. Alhamdulillah. Harga pun reasonable la. Memang within my budget.


Pastu pegi bridal boutique yang dekat2 ngan rumah aku tu. Nak sewa kerusi pengantin ngan book meja makan beradab plak. Tapi ada boutique yang tutup. Eh, baru aku tahu, banyak jugak boutique kat kawasan rumah aku tu. Tapi takde yang best.


Survey punye survey (eleh, macam banyak sangat boutique yang aku pegi). Akhirnya aku sewa kerusi kat satu butik ni. Meja makan beradab aku tak book. Sebab aku rasa harganya tak berbaloi kot.


Kesimpulannya, meja makan beradab tu kena la DIY sendiri. Erghhh~ tak tau la menjadi ke tak nanti. Dan yang penting, larat ke aku DIY semua??? T_T


So, aku sewa 2 kerusi kat boutique tu. Satu untuk pelamin. Satu lagi untuk meja makan beradab.


Ok, dah settle misi2 utama aku untuk balik kampung kalini. Lepas dah book semua tu & bayar deposit, merayap la kitorang sampai ke KB Mall, Kota Bharu.




Rabu, 24.01.2012.

 

Masa untuk balik ke JB! Rasa macam tak puas plak duk kat kampung. Sebab tak puas makan angin kot. Yerlah, sebab misi utama balik kampung, just untuk setelkan hal2 kawen jer. Takde masa nak makan angin. T_T


Sebenarnye plan nak bertolak balik JB lepas subuh. Sebab takot jalan jem. Tapi hampeh la kan. Boleh la plak bangun awal & bersiap cepat2. Baju & barang2 pun semua tak kemas lagi. Jawabnyer pkul 10.30 baru bertolak balik JB. Huhuu~ Nasib baek jalan tak jem.




Pakai baju I Terengganu lagi!
Hahaa~ excited jer Encik Tunang nih asyik nak pakai baju ni jer.
Mentang2 ler pegi Terengganu. ;p




On the way balik JB, singgah kat Kuala Berang beli keropok lekor. Owh, my feveret. Yess...aku memang suke keropok lekor & keropok losong. Beli masa panas2 lagi tu. Lagi la heaven makan...



 Bestttt~





Around pukul 7.30, sampai JB. Alhamdulillah selamat sampai. Walaupun agak penat. Errr...Encik Tunang yang drive, tapi aku yang penat lebih. Hahahh~ ;p


Alhamdulillah jugak, sebab misi2 utama aku balik kampung dah berjaya dilaksanakan. Lega sangat2 bila main things dah berjaya di selesaikan.




.

3 comments:

choclairissa@intan marliana said...

saye org terengganu komen..hehe mmg best paling trg (haha angkat bakul)..tp nk cari bridal utk baju yg up to date agak sukar..huhu :)

Nini Mohd said...

tu la.
mmg susah nk cari baju yg up to date. pelamin yg cantik2 pun susah nk jumpa. lagi kat kawasan yg dekat ngan kampung sy tu. haishh~ T_T_

Hunny Kitty said...

lawanya bajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu