Hari Jumaat dua minggu lepas. 26.04.2013. Me and hubs keluar tengok wayang. Isteri birthday boy belanja birthday boy tengok wayang. ;D
Memandangkan kami dah tersilap tarikh pasal movie Iron Man bulan lepas (tu la gelojoh sangat), so kami decide nak tengok movie Iron Man 3 la kali ni. So lepas office hour, Encik Suami datang & kami terus ke tingkat 5 City Square tu untuk beli tiket.
Ya Allah...ramainya manusia yang beratur nak beli tiket. Itu belum kira yang dah beli tiket & tengah tunggu time masuk jer. Pening kepala aku duk kat situ. Mula2 tu confuse jugak. Ada apa kat sini sampai ramai sangat orang nih?
Pastu kitorang syak yang diorang tu semua nak tengok Iron Man 3. Hah....memang betul pun. Sebab semua slot almost FULL. Kalau ada seat pun tinggal seat depan jer. Last2 kitorang beli tiket yang pukul 9.55 malam jer. Itu pun tinggal berapa seat jer yang belakang2.
Hebat juga fenomena Tony Stark nih.
Lepas beli tiket, kitorang pegi makan dulu. Pagi tu aku dah masak sup ekor. Tapi malam pun teringin lagi nak makan sup. Adehh....so Encik Suami kena la cari tempat makan yang ada jual sup. Eh, ni birthday sape sebenarnye nih. haha ;p
Ikan bakar.
Kitorang makan kat gerai jer.
Gerai2 pun, janji sedap & dapat penuhi keinginan nak makan sup.
Eh dah macam orang mengidam pulak. ;p
Walaupun tak banyak lauk, tapi rasa kenyang sampai tak larat nak habiskan. Sampaikan kena rilek2 dulu, makan slow2. Baru dapat habiskan. Yerlah, kalau tak, membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. ;)
Dah kenyang perut, jom la kita tengok wayang pulak.
Well hello Tony Stark. ;)
Bagi aku, movie ni best giler. Teruja iols tengok Tony Stark ngan IronMan2 beliau. Lagi tersentuh tengok kasih sayang Tony Stark kat makwe dia. ^_^
Boleh bagi 4.5 bintang.
Tapi kenapa ada yang cakap Iron Man 3 ni tak best jer. Kecewa la, hampa la, apa la.
Lain orang, lain pendapat. Lain orang, lain expectation. Gituu....
Thanks for reading. ;)
Boleh bagi 4.5 bintang.
Tapi kenapa ada yang cakap Iron Man 3 ni tak best jer. Kecewa la, hampa la, apa la.
Lain orang, lain pendapat. Lain orang, lain expectation. Gituu....
Thanks for reading. ;)
.
Tweet
No comments:
Post a Comment