Saturday, January 1, 2011

2011 sudah. Happy New Year!

semoga tahun 2011 ni menjadi tahun yang ceria (macam gambar ni) bagi aku


Sedar tak sedar, kita sudah berada di tahun 2011. Oh, sungguh cepat masa berlalu kan. Terasa seperi baru semalam tahun 2010 muncul dalam hidup aku. *eee..jiwang semacam jer.

Sana sini orang sibuk duk cakap pasal azam baru. Azam? Ape tu azam? Aku ni pernah ke ada azam?

Well...seingat aku, aku takde la nak tetapkan azam setiap kali tahun baru. Just ikut jerlah rentak diri sendiri. Mana yang mampu, aku buat. Dan setiap tahun, aku cuma berharap aku akan jadi manusia yang lebih baik dari tahun2 sebelum ni, dan aku juga berharap hidup aku akan jadi lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Yer, begitu lah *serius nih.

Aku cuma nak senaraikan hajat dan impian aku untuk tahun ni. Sebahagian sahaja. Ada yang tak boleh didedahkan kepada umum.
  • Nak turunkan berat badan (misi hampir mustahil)
  • Nak kurangkan membazir (macam2 benda)
  • Nak kurangkan shopping (huh.boleh ke?)
  • Nak disiplinkan diri sendiri (manusia susah nak berubah)
  • Nak lupakan semua kisah/benda yang boleh buatkan aku sedih :')
  • “Binatang kaki empat bulat” (kata Nabil dalam cite Sifu dan Tongga)
  • Simpan duit untuk masa depan

Semoga aku boleh menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ni, semoga hidup aku juga bertambah baik dari sebelum ni. Semoga dikurniakan kebahagiaan abadi dalam hidup aku *takmo sedih2 lagi. Dan semoga hidup aku lebih diberkati. Aminn...



HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!




*p/s : semoga saya lebih rajin ber-blogging. :)


.

No comments: