Wednesday, January 5, 2011

The Tourist (tourist la sangat)

Wednesday-movie-day is back!

So harini tengok movie lagi. Ingatkan tadi taknak tengok movie. Sebab penat sangat. Dah beberapa hari tak cukup tido. Saje nak pegi survey2 movie apa yang ada tadi. Tapi kalo dah survey, of coz la terliur nak tengok. Sebenarnya dari minggu lepas lagi dah plan nak tengok Tron Legacy this week. Tapi alih2 sampai kat kaunter, teringin plak nak tengok The Tourist.




owh. my Johnny Deep!
*ceh "my" plak. tak boleh blah. ;D



Perghh~ cite ni memang best. Gandingan Johnny Deep dan Angelina Jolie memang mantap. Aku memang suka tengok Johnny Deep berlakon. Lakonan dia tak pernah gagal (bagi aku la, tak tau la apa pendapat korang). Tersangat best, dan mesti ketawa tengok gelagat dia, sebabnye walau seserius mana pun filem tu, mesti ada lawak skit. Lawak ngan cara lakonan dia kot.

Dan Angelina Jolie? Takde la minat sangat kat dia. Suka jgak la kat dia sebab dia hot. Memang tak dinafikan dia sangat hot. Tapi dalam movie ni dia ter-sangat kurus. Kurus sangat pun tak canti, ok. Tapi respek juga ngan dia ni. Dah ramai anak pun body boleh mantop camtu. Tabik spring ah sama lu!

Well...bagi aku movie ni agak menyentuh jiwa kewanitaan aku *cewah. Yerlah. Sanggup ke seorang perempuan ditinggalkan oleh seorang kekasih sampai bertahun2 tak jumpa. Pastu perempuan tu plak sangat menyintai kekasihnya sampai sanggup jugak tunggu bertahun2 dan hidup sorang2. Mana pakwe dia pegi? Sampai tak boleh nak tunjuk muka kat girlfriend dia. Yang datang kat girlfriend, hanya kad dan bunga. Huihh..memang terseksa. Takmo la jadi camtu. Ishkk~

Tapi dinasihatkan, jangan terlalu mudah jatuh cinta pada orang lain (yang baru kenal beberapa hari) macam si girlfriend dalam movie ni. Tapi kan, kalo mana2 perempuan berada dalam situasi camtu, mesti hati cepat goyah sebab tak dihiraukan oleh kekasih sendiri. ;p

Btw, tourist la sangat. Aku dah agak dari awal dah. muahahaa~ Alexander Pearce memang terer dan banyak akal. Movie ni pun banyak teka teki. Tapi tak mudah nak tipu aku ok. Walaupun ada jugak tertipu (masa ada lelaki yang tersengih kat kaunter hotel lepas Elise & Frank checkin.aku ingat, dia la Alexander Pearce), tapi semua tu tak dapat melawan kehebatan naluri aku. *cewahh~ ;p

Sape2 yang belum tengok lagi, cepat2 pegi beli tiket wayang sekarang jugak! Tak rugi tengok ok.


SEKIAN!



*p/s : mana nak dapat rokok camtu ek? Nak bagi kat someone la. boleh hilangkan ketagihan merokok ke?


.

2 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

yuyu dah tengok. cite ni memang best.. jonny deep sayang yuyu kan yang berlakon. heheh..

rokok lcd tu, xde kat mesia g kot.. cipta jomm.. hahah... selamat laki mase depan yuyu tak smoking ^^

Kitty Nini said...

hehee~
yuyu pun minat johnny deep ea. boleh geng la kite.
tu la, nasib baik lelaki masa depan yuyu tu bukan smoker. susah tau perokok nih nak stop smoking. huh.