Saturday, January 1, 2011

pencapaian untuk tahun 2010 *ewahh

Apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2010 ni dan apa yang aku telah capai? Huii~ soalan kemain.

Aku pun tak boleh nak ingat semua. Kena recall balik.


06.04.2010
Setelah berhempas pulas menghadapai "kesengsaraan" selama 9 bulan, akhirnya tempoh Chambering aku tamat juga. Nak tau pasal Chambering, click SINI dan SINI.


07.05.2010
My Long-call day. Tarikh keramat aku diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Alhamdulillah..bersyukur sangat2, akhirnya cita2 dan impian aku sejak kecik tercapai jugak. Tapi tersangat sedih sebab tak dapat berkongsi kegembiraan itu dengan arwah mak. Insan yang menjadi pendorong aku untuk jadi manusia berjaya. :'(


06.06.2010
Peristiwa yang sangat tragis dalam hidup keluarga aku. Tak tau la nak cerita macam mana. Baca jer ENTRI ni. Aku sayang akak aku. Dia dah macam mak aku dah. Sebab sejak kecik, dia yang jaga aku kalo mak aku pegi keje. Dia kakak yang sulung. Wanita kurang upaya. Sampai hatinya dia diperlakukan sedemikian rupa. :'(


17.06.2010
Tiada gunanya status Peguam kalau tiada Practising Certificate a.k.a Sijil Amalan Guaman (PC). Tak boleh pegi Mahkamah, tak boleh menjadi pengamal undang2 secara sah, surat dan dokumen pun tak boleh sign. Tanggal 17.06.2010, setelah sebulan apply PC kat Majlis Peguam, baru dapat PC tu. Excited betul aku haritu.


09.10.2010
Akhirnya setelah tertangguh selama berbulan2, plan aku untuk ambik lesen kereta dapat juga dilaksanakan. Maklumlah, konon2 wanita berkerjaya, busy sampai takde masa nak masuk kelas memandu. Tanggal 09.10.2010, first driving class haku. hehe~


16.12.2010
Setelah dua bulan masuk kelas memandu, berhempas pulas belajar drive kereta, akhirnya pada 16.12.2010, aku telah mendapat Lesen P. Huihh...bangga kemain. Dari ZERO, stereng kereta pun tak pernah pegang, sampai la boleh drive sebijik kereta itu, dan akhirnya dapat lesen. Ujian undang2 dapat markah penuh, Ujian dengan JPJ pun ambik sekali jer. Sape tak hepi kan. Orang yang dah terer drive kete pun ambik sampai 4, 5 kali. Alhamdulillah aku tak perlu bazirkan duit untuk ambi test JPJ berkali2. Tahniah untuk diri sendiri! :)


Saya sudah semakin rajin ber-blogging
Entri untuk tahun 2009 hanya 45 entri. Tahun 2010 pula, meningkat dua kali ganda kepada 92 entri. Tahnah kepada diri sendiri! Hahaa~ kecoh jer kan. Blogger lain sampai beratus2 beribu2 enrti dalam setahun. Kau setakat 92, tak sampai pun 100 entri, tu pun nak kecoh?
Okay2, fine. Maklumlah aku nih selalu takde masa nak menaip entri, sebab tu aku rasa macam ada sedikit peningkatan bila entri bertambah. Huh, sedangkan masa untuk diri sendiri pun takde, ini kan plak nak ber-blogging kan. Kadang2 tu, idea memang datang membuak2 *ceh*, cuma masa (untuk meluahkan kat blog) jer yang takde.
Ok, aku harap lepas ni aku lagi rajin dan lagi ada masa untuk ber-blogging.


Berjaya memenuh impian dalam wishlist
Kebanyakan item dalam wishlist aku telah berjaya aku dapat, atas usaha diri sendiri. Walaupun tak semua, tapi Alhamdulillah... Bak kata pepatah : Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.


Tahun 2010 banyak mengajar aku untuk berdikari
Tak sangka aku setabah ni. Kalo dulu2, rasanya tak mungkin aku boleh buat semua ni. Sebab aku nih seorang yang tersangat pemalu dan penyegan (segan). Antaranya perubahan aku : boleh makan sorang2 kat food court, kat KFC, kat McD. Aku ulang, SEORANG DIRI. Kalo dulu, jangan harap la. Mesti nak ada teman. Dan aku juga dah boleh tengok wayang sorang2 dengan selambanyer. Boleh pegi ke sana ke mari seorang diri. Dan banyak lagi la, yang aku tak boleh dedahkan kat sini sebab privasi. hehee~ ;p
(sebenarnya aku memang seorang yang berdikari sejak dulu lagi, cuma tak setabah sekarang ni la).


Tahun 2010 banyak mengajar aku erti hidup
Yer, terlalu banyak yang aku pelajari sepanjang tahun 2010, dan semuanya memberikan aku pengalaman yang sangat berharga. Sangat mematangkan aku. Tak perlu aku sebut semua kat sini. Tapi yang paling penting : tak semua orang akan pedulikan kesusahan kita. Ada yang hanya mahu kita tolong time dia susah. Tapi diorang takkan fikirkan kesusahan kita. Yang diorang tahu, diorang nak senang. Oh, orang macam ni memang sangat pentingkan diri sendiri.


Hidup aku dah banyak berubah pada 2010 ni
Alhamdulillah, semuanya kurniaan rezeki dari Allah. Aku harap tahun2 akan datang pun hidup aku akan lebih baik dari sebelum ni.


Percintaan
No comment. *ek eleh.blah la. ;p


Ini jer la yang aku boleh ingat kot. Dan ada yang tak boleh didedahkan kepada umum. ;p



My wish. huuu~~ sedey :(
picture from : link



Okay, whatever.


Byebye 2010. Welcome 2011!




*p/s : kadang2 bila fikirkan semua yang jadi dalam hidup aku, perjalanan hidup aku, aku jadi sedih dan rasa hidup aku ni sangat sunyi. Hmmm...ntah la. Aku nih memang cepat feeling, cepat sedih. :[
: why? i dont know. maybe i need someone...someone that appreciates me.. :'[



.

2 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

besr sis nini dapat ape yang nak :(

yuyu, 30% je :(

sedeehhhhh

Kitty Nini said...

takpe. tak semua orang dapat semua yang diorang nak.
i pun banyak yang tak tercapai tahun ni.
tapi semua tu kita boleh jadikan dorongan untuk berusaha lebih lepasni.
yuyu dah buat yang termampu kan.
tahun ni cuba penuhi impian yuyu, ok. ;)