Thursday, February 16, 2012

Nilai 3. Ayer Hitam. Untuk ke-sekian kalinyer.

Dua minggu lepas aku outstation. KAT SINI. So, weekend dan time cuti tu memang stay kat rumah kakak Encik Tunang. Jalan2 cari barang, jalan2 cari pasal. Hahaa~

Jumaat 03.02.2012 - Putrajaya, Bukit Bintang, Jln TAR
Sabtu 04.02.2012 - Nilai 3
Ahad 05.02.2012 - GM Klang, Jalan TAR
Isnin 06.02.2012 - Nilai 3
Selasa 07.02.2012 - Ayer Hitam, balik JB



So, as you all can see, 2 hari aku pegi Nilai 3. Tapi disebabkan hari Sabtu tu aku pegi Nilai 3 dah agak petang, & kedai2 kat sana pun tutup awal (around pukul 7pm, banyak kedai dah tutup), so banyak la barang yang aku tak sempat nak beli.


Jawabnyer, kena la pegi lagi hari Isnin tu.


Bungaaaa~


Antara barang yang sempat shopping :-
- crepe paper
- paper twist ribbon
- bunga maggar
- polisterin
- bekas kaca
- satin ribbon
- woven bag
- tassel
- pin (untuk rosset)
- felt cloth
- bunga
- rose petals
- uncang
- etc.


Banyak lagi kot barang yang aku beli. Ntah. Tadi baru aku sempat senaraikan barang2 yang aku dah beli kat Nilai 3 ni & kira total damage yang dah terbang dari purse. So, total damage ------>>>




 WOWW~
Tahniah kerana berjaya mengalirkan duit sebanyak itu. T_T




Tu semua barang aku beli untuk DIY tau. Ape kau ingat nak DIY tu jimat sangat?? T_T


Hari Selasa, pukul 9pagi bertolak balik ke JB. Lebih kurang tengahari, sampai kat Ayer Hitam. Kau expect ape kalau dah lalu kat Ayer Hitam? Mesti la aku singgah walaupun takde plan nak beli ape2 pun.


Walaupun takde plan nak beli apa2 & just nak cuci mata....boleh la pulak, kan?


Masuk PISB. Baru teringat. Bucu/sudut untuk bantal hantaran belum beli lagi. Kat Nilai 3 pun tak jumpa. Kalo ada pun, kaler gold jer. Aku nak kaler siler. Tapi kat PISB pun takde stok. Ada 3 set jer. Cukup untuk 3 bantal. Tak kisah lah. Aku beli jugak. Yang tak cukup tu nanti aku beli kat tempat lain plak.


Andddddd....paling tak boleh blah bila masuk kedai Ah Soon. Cawan yang aku beli sebagai sample kat ENTRI NI, yang bulan lepas harganya RM1.50 per piece. Sekarang dah turun harga RM1.00 per piece.



Ni cawan vintage tu.


So, aku grab beberapa pieces cawan vintage tu. Tak banyak pun. Just nak buat gift untuk VIP jer. Ok, nama jer untuk VIP. Tapi tak semestinya mahal, kan. ;p


Kalo ikutkan, nak jer aku beli 1000 lebih untuk buat doorgift untuk majlis sebelah lelaki. Tapi macam mana aku nak bawak balik? Nak sumbat dalam Myvi aku yang dah sedia penuh ngan barang2 yang beli kat Nilai 3 tu? Muat la pulak. Kalo Myvi tu kosong takde barang pun takkan muat lah 1000 lebih cawan nih. And tak tahu la ada stok ke tak sebanyak yang aku nak tu. T_T


Jar kat ENTRI SAMA pun dah turun harga dari RM1.20 ke RM1.00 per piece. Eh, apekes?


Total damage kat Ayer Hitam ------>>>




Boleh la...


Lepasni tak tahu la bila lagi ada peluang pegi Nilai 3. Sebab maybe aku dah takde outstation ke Putrajaya sampai aku kahwin. Maksud aku, outstation sorang2, bukan ngan boss. Sebab tu haritu aku borong jer semua yang belum beli lagi. Lain kali dah tak datang dah.


Ayer Hitam? Maybe ada peluang nak pegi lagi. Alahh...dekat jer pun ngan JB. Tak payah tunggu out station baru nak singgah Ayer Hitam tu. Cuma kos minyak + tol lah yang bertambah.


Eh, kenapa aku duk bersungut sangat nak ke Nilai 3 & Ayer Hitam nih. Bukannya ape. Kat JB ni susah nak cari tempat yang jual macam2 jenis barang kahwin yang murah2. Kahwin's? Bright Sail? Dios? Yer, memang ada kat sini. Tapi lagi mudah nak membeli belah kat Nilai 3 atau Ayer Hitam, semua barang ada. Betul tak?


Ok bye~


5 comments:

choclairissa@intan marliana said...

teringat dulu zmn nk kawen..setiap bln tu mesti ade pegi nilai 3..kdg2 siap baru pegi esok pegi lagi sekali..huhuh~~ damage2 :)

Nini Mohd said...

hehee~
macam ada jer barang yg nak beli kan? i mcm tu la. setiap kali outstation ke Putrajaya @ KL, mesti singgah Ayer Hitam.
1 hari pun rasa macam tak cukup pusing2 beli barang kat sana. ;)

kay_are said...

1st time kat sini! banyak nye duit terbang!! sekelip mata je.. tapi dapat ape yang di inginkan kre ok r tu kan?

Aniss Hayy said...

bestnya shopping2 =)
tapi ada certain barang kat ayer hitam price tak reasonable la.. boleh dpt 2 kali ganda murah kat nilai. maybe org ayer hitam target customer from singapore kot..

Nini Mohd said...

a'a, tak semua brg kat Ayer Hitam tu murah.
blh dpt berganda murah kat Nilai 3.
kena pandai pilih la.
tp ada jugak brg yg murah kat Ayer Hitam, tp mahal kat Nilai 3. ;)