Friday, June 22, 2012

Wedding Review #1 : Majlis akad nikah

Mari mulakan review dengan majlis akad nikah.


Plan asal, akad nikah lepas Isyak. 01.06.2012.


MUA cakap start mekap pukul 6petang. Mula2 aku rasa macam..erkkk...awalnyer. Tapi bila pk balik, a'a mungkin ambik masa almost 2 jam jugak tu nak bersiap lagi. Lebih baik  bersiap awal & lebih baik siap awal dari terlambat. Yer tak?


So, pukul 5 lebih aku dah mandi & bersiap tunggu MUA. Sambil tolong2 family apa yang patut.


Dah pukul 6petang, MUA belum sampai. Lebih kurang pukul 6.30petang, MUA sms & bagitahu dia datang lambat sikit, sebab wallet husband dia hilang, kena buat report police, cancel kad bank etc. Masa tu aku tak fikir pun pasal kitorang akan terlambat ke tak. Ok la, aku tak marah pun. Jangan dia tak datang dah la kan.


Around pukul 7.30 malam baru akak MUA tu sampai & start mekap. Dekat pukul 9.15 malam baru siap mekap & bersiap. Kelam kabut la pegi masjid. Sebab masa tengah mekap tu pun abang aku dah call banyak kali dari masjid. Abang aku dah pegi masjid awal2 lagi. Tok Kadi tak boleh tunggu, sebab nak pegi tempat lain nikahkan pasangan lain plak.


Seriously, masa tu kelam kabut giler. Sampai masjid dah lambat. Aku pun jadi segan pulak nak mengadap Tok Kadi tu. Padahal bukan salah aku pun & bukan aku yang lambat.


Nak letak bantal nikah pun kelam kabut. Sebab bantal tu memang ada ngan kitorang, dalam kereta aku, bukan ngan pengantin lelaki. Pengantin lelaki dah datang awal kat masjid tu.


Duit mas kahwin pun tak sempat susun cantik2 atas bekas hantaran tu. Akak aku yang pegang & tunjuk kat tok kadi masa nak akad nikah. Photographer pun tak sempat nak snap gambar mas kahwin tu. So, takde la gambar mas kahwin yang siap tersusun atas dulang hantaran. Ok, memang sedih. Aku plan nak susun duit mas kahwin tu lepas siap akad nikah. Sebelum tu tak berani nak susun duit mas kahwin awal2 atas dulang hantaran sebab risau. Sebab duit mas kahwin tu bukan berpuluh2 ringgit. Kami kat Terengganu biasanya takde duit hantaran. Mas kahwin jer yang sama tinggi ngan hantaran.


Ok, berbalik pada tajuk.


The best part is, aku tak bawak gambar ukuran paspot. Masa tengah mekap baru teringat gambar tu tertinggal kat rumah sewa kat JB. Yer, memang tertinggal kat JOHOR BAHRU. Tapi aku cool jer, taknak kelam kabut @ menggelabah sebab takde gambar paspot. Lepas dah siap mekap, MUA ada ingatkan - dah bawak IC, gambar semua? Jangan ada yang tertinggal katanya. Aku cakap, ok. Tak bagitahu dia pun yang gambar takde. Aku bagitahu akak aku. Pastu aku rilex jer. Dalam hati - alahh..gambar jer pun. takkan tak boleh nikah sebab takde gambar, kan.


Heh, confident jer aku time tu. Nasib baik tekaan aku benar belaka *ecehh~


Nasib baik tok kadi ok & suruh bagi gambar esoknyer. Kehkehh...


Selesai akad nkah & baca doa, terus angkut barang & balik rumah. Sebab ada pasangan lain yang menunggu turn untuk akad nikah kat masjid sama. Bayangkan, nak bersalaman ngan family pun tak sempat. Sempat salam ngan family Encik Suami jer. Family aku semua dah masuk kereta masing2. Laa..kenapa la tak tunggu sekejap, nak ambik gambar nih. Sedeh tak? -.-


And tak sempatnyer nak touching2 bagai lepas akad nikah tu. Memang rasa sebak & terharu lepas saksi2 cakap "SAH". Tuhan jer yang tahu betapa bersyukurnya aku time tu. Tapi takde la sedih sampai nanges. Sebab masih terpinga2 kot. -.-


Pasangan yang baru bergelar suami isteri ni sempat la duk bergambar sekejap kat bahagian luar masjid tu.


Yang tak enak di-dengar, family pasangan yang nak nikah lepas kitorang dah merungut kat luar masjid. Sibuk duk bergambar katanya. Hek eleh...kenapa, masjid tu ada 1 bahagian jer ke yang boleh akad nikah? Masjid tu bukan main luas lagi tau, boleh jer diorang nak akad nikah kat mana pun. Lagipun, tok kadi yang nak nikahkan diorang pun belum sampai lagi. Ape hal? Ok, emosi plak.


Berbalik pada tajuk (lagi).





Saat itu. :')




Alhamdulillah dengan sekali lafaz, aku sah menjadi kekasih halal Encik Mohammad. :)





*p/s : gambar2 lain majlis akad nikah, next entry. ;)



.

5 comments:

choclairissa@intan marliana said...

canteknye hbq u..i pun kawen kt trg jgk..family kitorg mmg dh decide duit mas kahwin adalah duit hantaran :)

Nini Mohd said...

thanks intan marliana. HB tu DIY. bunga artificial jer. :)

Nini Mohd said...

a'a, org terengganu biasanya duit hantaran takde. ada duit mas kawen jer. :)

Fara said...

Salam.. beli kat mana eh bantal tu... berapa?

Fara said...

Salam... mana u beli bantal yang u guna masa tunang dan akad nikah? berapa satu?