Thursday, May 9, 2013

Baby boy

Salam hari Khamis. 

Hari Jumaat lepas, kami ke rumah abang ku. Kakak ipar bersalin 3 minggu lepas, tapi kitorang belum ada masa nak melawat anak sedara. 

Maka lepas aku habis keje, Encik Suami ambik dan merempit la kami ke Majidee.



14 days young baby boy.  
Lahir 3.2kg. Sekarang dah 4.4kg.


Nama nya......errr...nama dah ada. Tapi masa aku pegi ni abang aku belum daftar lagi. Busy sangat abang aku nih. Sampai takde masa nak ke JPN. Nanti nak daftar, confirm kena denda. Tapi sekarang tak tahu la dah daftar ke belum.

Baby asyik tido jer. Walaupun kami duk berbual bising2 tepi dia, elok jer dia tido. Ada jugak dia tergeliat, bukak mata. Tapi pastu sambung tido balik. Tak menangis. Seronok jaga baby yang tak banyak merengek, kan. 


Aloloo~ asyik menguap jer.


Akhirnya, aku riba baby ni. Tak kira la, walaupun dia tidur. Kena kacau jugak ngan ciksu dia nih. Hewheww~ 

Actually kekok jugak pegang baby ni. Sebab dah lama tak pegang baby kecik. Kali terakhir aku pegang baby kecik.....errrr....ntah la. Dah bertahun kot. Sampaikan aku pun dah lupa. Adehh...kalau kekok, camane nak ada anak sendiri nih. -.-

Aku agak terkejut masa dapat tahu kepala anak saudara aku ni luka semasa dilahirkan. Kisahnya, masa kat hospital, air ketuban belum pecah. So doktor (doktor pelatih) pecahkan air ketuban. Aku pun tak pasti alat apa yang dia pakai. Tapi alat yang tajam tu kena kat kepala baby sampai berdarah. 

Korang bayangkan, kulit kepala baby kan masih lembut dan lembik. Sobs~ kesian pulak aku kat baby nih.

Abang aku pulak jenis yang baik jer. Kalau korang, korang buat ape? Confirm mengamuk, kan. Atau lebih teruk, mungkin akan ambil tindakan kat hospital tu. Aku pulak yang geram dengar cerita tu. 

Tapi masa aku datang tengok baby ni, luka tu dah sembuh la.

Oh ya, kakak ipar aku bersalin kat salah satu hospital kerajaan kat JB ni. Bukan nak cakap hospital kerajaan tak bagus. Sama ada hospital kerajaan atau swasta, semua ada kebaikan dan keburukan. Dan kalau benda/kejadian tu dah nak jadi, tetap akan jadi jugak. Tapi...errr... pandai2 la korang nilaikan sendiri.

Thanks for reading.

 

.