Tuesday, December 27, 2011

Pencarian Bunga Biru Berakhir..

*tajuk tak boleh blah~ 




Bunga biru oh bunga biru... 


Dah berminggu-minggu, dah berbulan2 aku duk mencari bunga berwarna biru. Tak kira la bunga ros ke bunga carnation ke, bunga ape ke. Tapi prefer bunga ros la. Dah lama duk mencari, akhirnya jumpa jugak.



Bunga ros biru. 




Bunga ni aku beli kat Romantika, Plaza Angsana, rasanya hampir 3 minggu lepas kot. Seminggu lepas tu aku pegi lagi kat Romantika untuk cari barang...eh, dah habes dah bunga nih. Pheww~ nasib baik aku terus beli haritu. -.-'


Tau tak aku duk mencari bunga ni sampai ke Nilai 3 (hampir semua kedai), Ayer Hitam, dan hampir semua kedai bunga yang aku masuk, mesti aku cari. Tapi takde yang aku berkenan. Bunga kaler biru memang susah nak cari. Kalau ada pun, kaler biru yang bukan aku nak. Dan mostly mahal giler. Aku dah la nak beli banyak. Not within my budget la kan.


Akhirnya, jumpa kat Plaza Angsana jer. Sebelum ni pun aku selalu masuk Romantika tu untuk tengok stok bunga yang baru, in case diorang dah ada stok bunga biru ni. Tapi hampa jer.. 


So, haritu masa nampak bunga nih, memang excited giler lah. Terus jerit dalam hati OMG, OMG, OMG!! Nak bunga nih!! *ok fine, over pulakk~


Terus ambik bakul dan isi banyak2 tangkai. Hehee~ 


Sebenarnya kaler ni pun bukan lah 100% macam yang aku nak. Actually aku nak turquoise blue, yang ini pulak baby blue, tapi baby blue dia agak kusam. Hmmm....takpe la, dari takde langsung kan. Lagipun aku dah malas nak fikir pasal bunga ni lagi. Copek lah. Banyak lagi barang yang aku kena beli & banyak lagi perkara yang perlu disetelkan. Kan?


Bunga ni murah jer, so takde la cantik sangat. Harganya RM2.50 setangkai. Ada 5 kuntum bunga. Tapi tangkai dia tak panjang sangat la. Aku belum try lagi nak buat project yang pakai bunga ni. Entah jadi ke tak. Tawakal jerlah.

Ape2 pun, alhamdulillah dah jumpa salah satu dari zillions barang yang perlu dicari. -.-'


Aku nak buat ape ea ngan bunga ni? Bunga ni sebenarnya untuk digubah & letak kat tepi DIY pelamin aku nanti. Hehee..suke banget nih~ ;)




Ok bye~ 



.

1 comment:

iizla said...

buat gubahan bunga sendiri, respekla!! sy dulu main tempah je.uhuk uhuk..