Sunday, May 5, 2013

Selamat menunaikan tanggungjawab

Hai semua... 

Today is the day. Tinggal beberapa jam jer lagi. 

Selamat mengundi bagi yang dah mendaftar, selamat pulang ke kampung untuk perantau2, semoga selamat pegi selamat balik, selamat menempuh jalan jem untuk pengundi yang drive sendiri. *eh panjang pulak mukaddimah. 

Aku camane? Mengundi tak tahun ni? 

Well....sebelum ni aku pun tak decide lagi nak balik ke tak. Sebab aku pengundi berdaftar kat Terengganu. Daftar kat sana sebelum PRU tahun 2008. Dah pernah mengundi sekali masa aku tengah study kat UKM dulu. Sanggup balik kampung untuk mengundi tau. 

Then aku tak tukar la alamat untuk mengundi ni. So, nama still kat Terengganu. Aku sekarang keje kat JB.

Kalau aku nak balik, Encik Suami tak boleh temankan. Sebab Encik Suami keje. Kalau nak balik, memang kena drive. Tiket bas dah lama habis. In fact, masa hari tarikh pilihan raya diumumkan tu pun rasanya tiket bas terus terjual macam pisang goreng panas. 

Flight? AirAsia takde direct flight dari Johor Bharu ke Terengganu atau Kelantan. Firefly ada. Tapi tak berbaloi rasanya harga tiket. *dah laki aku keje AirAsia, kenapa pulak aku nak naik Firefly. gituu* 

Kalau nak balik ngan Air Asia, kena pegi KL dulu. Naik flight dari JB ke KL, pastu naik flight lagi dari KL ke Kota Bharu. Hmm hmmmmm..... 

Ok la camni, kalau nak balik drive sendiri, maybe kena ajak akak aku balik. Tapi masalahnya anak2 dia sekolah hari Isnin. Kalau hari Isnin tu cuti takpe la. Ada ura-ura, khabarnya hari Isnin tu mungkin akan cuti. Tapi sama ada cuti ke tak, malam Ahad tu baru akan diumumkan, kan. 

Pehtu bila aku nak bertolak balik dari Terengganu? 10 ke 12 jam drive woooooo.... Itu pun bergantung pada keadaan jalan - jem ke tak jam. Musim camni, harus la jalan jem. Kata la hari Isnin tu tak cuti, then Ahad malam tu aku masih kat kampung. Matikk la tak pegi keje esoknya tu. Dah la tak apply cuti hari Isnin. Adehhh... 

Pastu kalau nak selamat, nak mengelak dari jalan jem, dan untuk pastikan aku tak tertipu ngan khabar angin pasal cuti hari Isnin, aku kena bertolak terus lepas buang undi pagi tu. Pehhh... Penat ke tak penat. 

Haaa...camane, pening tak ngan dilema aku? Kahkahh..... ;D

Ok, takpe. Jangan pening2. 

Hari Isnin yang lepas, kereta aku accident. Remuk teruk. Masuk bengkel. Maka takde kereta la aku nak balik mengundi. Nak balik ngan bas? Jangan mimpi. Tiket dah lama habis. 

Ok, takpe (lagi). Semangat mengundi masih ada (walaupun sikit dan masih berbelah bahagi). Aku try check tiket flight dari JB - KL - Kota Bharu dan dari Kota Bharu - KL - JB. Tiket pegi balik. 

Menyedihkan. Tiket dah hampir habis. Kalau ada pun, waktu tak kena. Tak sempat nak transit. Then tiket balik dari Kota Bharu ke KL hari Ahad ni hanya ada waktu pagi jer. Paling lambat pukul 10.25pagi. Mana sempat nak buang undi kat Besut, pastu nak kejar ke Kota Bharu. Hari Isnin pulak, tiket flight memang dah sold out.

Alamatnya memang tak balik mengundi la aku tahun ni. Every vote count. Yes i know. Tapi kalau dah tak dapat balik, dengan macam2 rintangan, nak buat camane kan.

Takpe la, kita duduk depan TV sambil tunggu keputusan jerlah. 

Aku belum decide lagi nak mengundi kat mana lima tahun lagi. Sama ada masih mengundi kat kampung atau tukar alamat ke JB ni. Susah jugak kalau duk perantauan ni kan. Macam2 dilema dan rintangan kalau nak balik mengundi. -.-

Apa2 pun, selamat mengundi. Undi lah dengan bijak. Masa depan negara di tangan kita. *cewahh.



*perasan tak model2 wanita dalam manifesto ni semua bertudung labuh. ;) *



Ini kali lah ke, lain kali lah ke, kita tunggu dan lihat. Semoga pihak yang menang dan memerintah nanti dapat menunaikan janji masing2.

Thanks for reading. ;)



p/s : pilihanraya kali ni yang paling "hot" kot. ke cane?
p/s : BOLEH TAK TURUNKAN HARGA RUMAH KAT JOHOR NI??? 


.

1 comment:

cha said...

pilihanraya kali ni mcm lg meriah je kan. dh mcm nak raya pun ada haha