Thursday, March 21, 2013

Ubat dan gastrik.

Salam dear readers. 

Harini dah masuk dua minggu selepas minor surgery for my wisdom teeth.

Progress : gigi/gusi dah tak sakit sangat. Tak macam haritu. Dah tak perlu bergantung pada ubat tahan sakit. Dah boleh makan nasi/lauk pauk. Dah boleh mengunyah. Tapi hanya boleh mengunyah dengan gigi geraham sebelah kanan. Masih seriau nak kunyah ngan gigi sebelah kiri. Kalau dua, tiga hari lepas, aku tak boleh mengunyah lama2 sangat. Nanti gusi sebelah kiri ni rasa sakit dan rasa macam nak bengkak. Sekarang dah ok sikit. 

Gusi dah tak sakit. Tapi kalau aku kacip gigi atas ngan gigi hujung yang bersebelahan ngan gigi bongsu yang kena operate haritu, still rasa sakit sikit. SIKIT jer ok. Tapi kenapa aku rasa gusi dekat ngan gigi hujung tu macam semacam jer ek...

Semacam macam ape? Ntah. Susah nak explain. Rasa macam x melekat kat gigi hujung. Erk.

Kalau gosok gigi, kena hati2. Gosok gigi pun kena guna berus gigi budak2. Kalau masa gosok gigi tu, kena kat gigi hujung, still berdarah. Tapi kalau tak gosok gigi hujung tu, nanti tak bersih pulak. Nanti sisa makanan/bakteria melekat, lagi la rasa sakit. Wuwuwuuu~ T_T 

Oh ya, aku stop makan ubat masa hari ke-11 kot. 

Selama 10 hari bergantung pada pain killer, kesannya......gastrik aku jadi makin teruk. 3,4 hari lepas, memang rasa macam perut ni dihiris2. Kadang2 malamnya dah makan. Pastu pukul 3,4pagi akan terjaga dari tidur sebab gastrik. Terpaksa la bangun makan something. Makan roti/kek atau minum air milo/horlicks. 

Kalau tak breakfast sebelum pegi keje, pukul 10 atau 11 pagi tu dah rasa sakit perut. Mula la melilau cari makanan atau at least something (roti/biskut) untuk dikunyah, ngan staff kat office tu. Kalau dah diorang takde makanan, aku mintak ngan boss jer. Wakakaaa~ ;D 

Sangat teruk. Sampaikan kena makan every 3-4 hour. Bayangkan, tengahari dah lunch, makan nasik (banyak2). Pukul 4, pukul 5 dah sakit perut balik dah.

Mungkin ubat tu tak sesuai ngan orang yang ada gastrik macam aku. Atau mungkin gastrik makin teruk sebab sepanjang makan pain killer selama 10hari tu, aku kurang makan. Sepatutnya sebelum makan pain killer tu, aku kena makan dulu. Makan kenyang2. Tapi kalau gusi dah bengkak, tak boleh kunyah & takde selera, camane nak makan banyak2, kan.




Ada orang bagitahu aku, maybe sebab perut aku dah biasa makan banyak. Pastu tetiba plak tak makan or kurang makan. Tapi asid masih dihasilkan dalam perut ni. Tu yang jadi gastrik. Hoihh...teori kau kan. Tapi ada betulnya juga. Sebab rasanya aku pernah terbaca somewhere.

Lepastu aku sentiasa pastikan perut tak kosong. Setiap beberapa jam sekali, memang kena makan la. Makan yang ringan2 jer, untuk pastikan perut tak kosong. Contoh macam roti atau biskut. 

Jadi..........musnah lah harapan ku untuk mula kurangkan makan dan berdiet. Haritu baru rasa excited sebab seluar dah rasa longgar (longgar SIKIT jer) lepas 10 hari tak boleh makan banyak dan asyik makan bubur selama hampir seminggu. Sobbs~

Sekarang alhamdulillah dah rasa ok. Dah takde rasa gastrik dah.




.

4 comments:

NinaAz said...

Nina alhamdulillah dah setahun lebih xkena gastrik. Kalau dulu sakitnya... muntah2. Kena inject bru ok

Nanie said...

get well soon syg.

asek sakit je die. xpe ujian Allah tu ^_^

cha said...

i pun ada gastrik jugak u. time kene tu ya allah sakitnya la. get well soon tau kesiannya. dhla sakit gigi tak hilang dtg plak gastrik haish

combi said...

xske cabut gg !! huuuu~ btw dear..jg mkn..jgn mkn pedas2..take care of ur health k ;)