Pagi semalam ada appointment untuk bukak jahitan kat gusi aku ni. Ini susulan dari minor surgery minggu lepas.
Semalam, gusi masih sakit (sakit sikit jer), bengkak sikit, dan mulut tak boleh nganga luas sangat. Bukaan nganga tu hanya boleh muat 2 jari jer. Itu pun paksa2 nganga.
So aku dah risau nak pegi HSA semalam. Yerlah, kalau mulut tak boleh nganga luas2, camane nak bukak jahitan? Camane doktor nak masukkan gunting & alat2 dia dalam mulut aku untuk bukak jahitan ni. Haishh...risau betul aku time tu. Risau takut sakit, takut doktor tu tekan/tolak bahagian mulut aku kuat2 untuk bukak jahitan tu. Dah la tengah sakit. Ngeri ok!
Tapi sebenarnya....takde la doktor tu paksa2 sangat untuk bukak mulut ni. Aku nganga setakat yang termampu. Pastu diorang ada tolak sikit jer bahagian dinding mulut aku untuk senangkan keje doktor potong benang jahitan tu.
Sakit tak bukak jahitan? Errr....ada rasa sakit sikit. Tapi sikit jerlah. Sekejap jer pun doktor cabut jahitan tu. Tak sampai 5 minit. Ada rasa macam benda terputus sikit. Benang jahitan tu la yang terputus. Pastu doktor pun baik jer. Siap cakap "maaf ea, kena tarik sikit". Sopan2 doktor kat sini. Hihii~
Nasib baik sekejap jer proses nak bukak jahitan tu. Kalo tak, lagi la aku merana. -.-
So tengahari semalam aku mula makan nasi. Mula2 try jer dulu. Sebab dah hampir seminggu duk makan bubur jer. Sampai aku rasa macam muak dah.
Alhamdulillah, nikmat rasanya dapat makan nasi. Nikmat rasanya dapat mengunyah. Walaupun hanya mampu mengunyah perlahan2 dan sikit2. Tapi tak boleh mengunyah lama2. Terus gusi ni rasa sakit dan rasa macam nak bengkak. -.-
Bila dah bukak jahitan ni, rasa kurang dah sakit tu. Sebelum ni bukan gusi jer yang sakit, tapi dinding pipi sebelah dalam ni pun rasa pedih. Aku rasa mungkin sebab kena hujung benang jahitan tu. Sungguh pedih. -_-
Tapi rasanya bila jahitan dah dibuka ni, lagi kena jaga. Risau jugak. Takut luka terbukak ke ape. Ishh....ngeri.
Sekarang ni masih rasa sakit. Gigi hujung yang bersebelahan ngan gigi yang dicabut tu yang sakit. Maybe sebab gigi tu kena ngan gusi yang luka tu. Pastu bila aku gosok gigi & kena ngan gigi tu, confirm berdarah. Sakeeetttt. Tapi nak tak nak, tetap kena gosok. Kalau tak, sisa2 makanan lagi melekat & lagi sakit gigi ni. Wuwuwuww~ T_T
Wahai gusi, cepat2 la kamu sembuh. -.-
Tapi rasanya bila jahitan dah dibuka ni, lagi kena jaga. Risau jugak. Takut luka terbukak ke ape. Ishh....ngeri.
Sekarang ni masih rasa sakit. Gigi hujung yang bersebelahan ngan gigi yang dicabut tu yang sakit. Maybe sebab gigi tu kena ngan gusi yang luka tu. Pastu bila aku gosok gigi & kena ngan gigi tu, confirm berdarah. Sakeeetttt. Tapi nak tak nak, tetap kena gosok. Kalau tak, sisa2 makanan lagi melekat & lagi sakit gigi ni. Wuwuwuww~ T_T
Ini rupa jahitan yang belum dibuka.
Yang dalam bulatan tu la kesan gusi dibedah. Panjangnya kesan bedah tu. Patut la muka aku bengkak giler. Ini gambar 3 hari lepas. 12.03.2013. Maaf, gambar agak kabur. Takde lampu nak suluh. Lagipun mulutku tak boleh nganga luas2. hukhuk.. -_-
Wahai gusi, cepat2 la kamu sembuh. -.-
.
Tweet
6 comments:
lm jg kn nk baik?
same kes sama suami nanie.. allahurabbi. tgk die pun da x larat, lagikan org yg menanggung.
get well soon syg
aishhh ngilunyer dgr bab jahit2 ni...
@cik chinta
lama jugak.
ni dah hari ke-9, still tak sembuh lg. ada rasa sakit sikit kat bekas operate tu.
ntah bila nak sembuh. huhuu~
@nurul harnani
hasben nanie dah operate gusi ke?
tu la nanie, berat mata memandang, berat lg bahu memikul. -.-
btw, thanks. ;)
@Nory Zoulkefle
huhuu~ memang ngilu.
seriau bila rasa sakit kat tempat operate tu.
nk mengunyah pun rasa seriau.
Post a Comment