Sunday, March 10, 2013

Ini bukan sakit gigi.

Salam Ahad dear readers. 

Harini dah hari ke-4 selepas minor surgery

So far gusi dah tak sakit sangat. Kalau 7, 8 jam tak makan pain killer, baru terasa sakit. Semalam makan ubat pukul 4.30petang. Then malamnya tertidur tanpa makan ubat. Bila tersedar pukul 1.30 pagi tadi..........hemmppphhhhhh.....rasa sakit sampai nak hantuk2 kepala kat dinding. Cepat2 makan seekor ikan rebus kecik dan makan ubat.

Sejak semalam dah tak terasa sangat kalau telan air liur. Sebelum ni kan nak telan air liur pun rasa seksa sangat. 

Muka still bengkak. Mulut masih tak boleh nganga luas2. Tapi masih boleh bercakap dengan jelas. Still tak boleh ketap gigi. Gigi/mulut ni boleh nganga/bukak sikit jer, tahap nak masukkan berus gigi pun tak muat. Please imagine. So gosok gigi pun di bahagian luar sahaja.

Masih kena makan makanan yang cair2 gitu. Bubur, mashed potato cair. Blergghhhh~ boring. 

Bleeding since semalam dah takde. Alhamdulillah.

Oh ya. Pain killler yang klinik bagi dah habis. Kejap lagi kena keluar beli la gamaknya. Tapi akan ku paksa Encik Suami untuk pegi membelinya.


Dan gambar semalam ===>>>> 




Berat mata memandang...berat lagi bahu memikul. -.-'


Bengkak sampai ke bawah dagu. Dagu yang dah hampir jadi double chin kerana pertambahan lemak, semakin terserlah double chin-nya. -.-

Tapi harini bengkak dah berkurangan sikit berbanding semalam. Alhamdulillah.

Semalam pegi rumah kakak ipar. Semua orang duk ingat aku sakit gigi. Ini bukan sakit gigi, ok. Ini kesan dari minor surgery. Gusi dipotong, gigi dikeluarkan, gusi dijahit. Penat aku explain kat sorang2 yang bertanya. sigh.

Masalahhhhh.....esok dah start keje. Macam mana nak masuk keje ngan muka bengkak camni? Or worst, lusa kena attend kes kat Mahkamah. Aiyyoooo~


.

3 comments:

Unknown said...

Haiyarkkk! Sakitnyaaaaa...macam mana rasa gusi..tak boleh nak imagine rasa sakit tu.. cepat2 baik ye wahai gusi.. >.<

Nini Mohd said...

@Nieyxzha Hassan
kak, memang sakit.
sekarang ni pun masih sakit & kena bergantung pd pain killer.
tp x seteruk hari2 sebelum ni la. ;)

Nanie said...

suami nanie mengalami sakit yg sama.. allahurabbi