Monday, March 7, 2011

Bila blogger tak reti jaga manners dalam ber-blog

Meh nak cite. Tapi aku pon tak tau nak start camane cite nih. 

Aku tak paham la dengan sesetengah blogger nih. Ape yang diorang dapat ngan kutuk2 orang dalam blog dia? Puas hati? Kepuasan yang tak terhingga? Ntah. 

Contoh 1 : suka kutuk cara orang lain berpakaian. Memang la sakit mata bila tengok orang pakai camtu. Lebih2 lagi kalau kita bukan jenis yang suka pakai camtu. Pendek kata, memang bertentangan dengan prinsip hidup kita. Tapi macam tu ke caranya nak menyampaikan perasaan tak senang hati kita? Asal tengok jer orang camtu, terus dia buat entri kutuk kaw2 punye. Ingatlah, tak semua orang sempurna, termasuk kita yang mengutuk dia. Kita duk kutuk2 dia pun, nanti ada orang cakap : "eleh, macam la kau tu bagus sangat. tak payah la duk kutuk2 orang macam kau tu sopan sangat"




Bagi aku, kalo tak senang mata tengok orang camtu, tegur jer cara baik. Tak perlu jadi ustazah pon kalo nak nasihat orang. Dan tak perlu rasa segan kalo kita betul2 ikhlas nak tegur orang. Sampai ke apa yang nak disampaikan kalo kita duk kutuk2 jer dia dalam blog kita? Tapi kalo taknak orang cakap "jangan jadi ustazah", lebih baik biarkan jer si luncai terjun dengan labu2nya. Itu adalah lebih baik dari duk mengutuk2 orang dengan ayat tak sopan dalam blog kita. Ape bezanya kita dengan dia kalo kita duk kutuk2 dia camtu?

Contoh 2 : suka kutuk entri orang lain. Ape kesah orang tu nak post ape pon? Pendek kata (seperti yang selalu aku baca kat mana2 blog), "kalau tak suka ngan blog ni, sila klik [x]" 

Betol jugak kan ape yang diorang cakap? Kalo tak suke, buat ape lah kau baca blog tu. Cepat la blah dari blog tu, dari mata kau terus menerus berbulu tengok entri kat blog tu. Kita ber-blog ni ada macam2 cara, macam2 ragam. Dia dengan cara dia, kita dengan cara kita. Ada blogger yang blog pasal tutorial (macam2 tutorial), ada yang blog pasal gossip artis, ada yang blog pasal berita terkini. Ada blogger yang suka update pasal kehidupan dia, dia pegi mana, buat ape, pegi shopping, pegi makan2. Pastu upload gambar2 kehidupan seharian dia. Ada yang blog pasal pakwe makwe dia. Macam2 lah. Macam blog aku ni lah, merepek pasal kehidupan seharian aku jer.
Bagi aku, kalo blog dia, biar la dia. Kalo kita suka, kita baca. Kalo tak suka, tak payah baca. Tak payah singgah lepastu pon takpe. Memang la kita hidup bermasyarakat nih kena jugak jaga tepi kain orang. Tak boleh la biar "suka hati dia jer apa dia nak buat". Jaga tepi kain orang kat sini maksudnye kena tegur menegur, nasihat menasihati. Bukannye kutuk mengutuk.

 


Kalo yer pun tak suke, tak payah la kutuk2 blog orang lain. Kalo rasa nak tegur, tegur cara baik. Tak perlu lah wujudkan entri kutuk2 blogger tu. Macam yang aku cakap tadi, ada macam2 ragam orang ber-blog. Ada macam tu, ada macam ni. Ada suka blogger yang suka tolong naikkan blogger lain, ada jugak blogger yang suka kutuk2 blogger lain dalam blog dia. Kita duk kutuk2 entri & blog orang, kita ingat orang lain suka ke ngan entri kita yang asyik duk mengutuk2 dan mengata2 orang camtu?

Contoh 3 : kutuk2 gambar dalam entri blogger lain. Nape nak saket mata kalo orang tu letak gambar yang kau tak suke? Mungkin gambar tu sebagai contoh jer. Yerlah, tak semua orang akan faham dengan apa yang nak disampaikan oleh blogger tu. Jadi, dia letak gambar sebagai contoh, dan mungkin sebagai hiasan semata2. Dan mungkin untuk melengkapkan lagi entri tu, supaya pembaca semua tak perlu lagi susah payah nak Google sendiri gambar yang dimaksudkan. Apa gunanye baca entri tu kalo entri tu tak lengkap? Tak payah la kita nak kutuk2 gambar2 yang ada kat blog dia. Kalo rasa benda tu salah, tegur cara baik. Kalo taknak tegur, cepat2 klik [x]

Contoh 4 : blogger edit gambar pun nak kutuk. Aduh. Biar ler dia. Kalo dia hitam dan nak edit gambar untuk nampak putih pun, tu hak dia. Kalo tak suka dan rasa tak elok dia buat camtu, cuba la tegur dia. Contoh ayat yang boleh kita sampaikan : "tak elok la edit gambar melampau camni. menipu dan hipokrit namanya nih. Nanti orang terkejut tengok rupa awak yang sebenar". Ok, dah panjang plak contoh ayat nih. 


Putehnyer. Kau edit ke ape? Kau kan ber-kulit gelap.
*Ishh...tak lah. Lighting jer nih. plus mekap 14 inci. Sebab tu nampak fair and lovely.


Perlu ke kita buat entri untuk kutuk tindakan blogger lain edit gambar dan letak kat blog? Apa yang awak dapat dengan menge-post entri camtu?  

Contoh 5 : cara blogger snap gambar pun nak kutuk jgak. Nape sakit mata sangat kalo blogger tu ambik gambar dalam toilet ke, ambik gambar bajet cun ker, ambik gambar posing over melebih2 ker? Sungguh aku tak paham. 


Cun kan gambar ni.

Bagi aku, kalo apa yang blogger lain buat tu tak kacau hidup aku, biar ler dia. Bukannye berdosa pun yang dia buat tu. Kita jer yang sakit mata berbulu bijik mata tengok cara dia ambik gambar, kan.

Contoh 6 : panas hati pulak kalo ada blogger lain bagi comment yang meluahkan perasaan tak senang hati. Betol jgak comment tu. Ok lah. Itu hak semua orang lah nak betulkan balik apa yang blogger lain comment. Tapi tak fikir ke kenapa orang bagi comment camtu. Bagi aku, bila ada orang bagi comment, nasihat, kata2 or whatever, jangan cepat melatah. Cuba kita renung2kan dan fikir balik ape yang orang tu cakap. Dia cakap camtu mesti bersebab. Jangan selalu fikir, kita jer yang betul. Salah jugak pemikiran camtu.


Banyak lagi la contoh yang aku tak tau camane nak taip dan explain kat sini. 

Sebenarnye aku pon setuju jugak dengan sesetengah benda yang blogger camtu nak sampaikan. Cuma cara diorang jer yang tak sesuai, tak sopan dan tak...macam2 la kot. Untuk aku tegur blogger camni, tak la kot. Sape la aku ni untuk tegur dia, kan. Huahuaa~ Dah ada blogger lain yang tegur, tapi blogger camtu cepat melatah plak. Siap buat entri khas la pulakkk~ Itu la yang jadi bila kita rasa, kita jer yang betul.

Rupa dah sopan. Dah menutup aurat. Tapi sayang..apa gunanya nampak macam sopan kalau manners tak jaga dan penulisan banyak ayat yang tak sopan? Langsung tak mencerminkan apa yang patut di cerminkan. Dari ayat2 dan perkataan kita tu, nampak sangat hati kita tak bersih .


 Comel dan sopan jer kan. ;)


Walau penampilan kita se-sopan mana pun dan walau kita tak buat benda2 yang kita duk kutuk2 tu, itu tak memberikan kita apa2 hak untuk kutuk orang. Walaupun kita tak sebut pun nama orang yang kita kutuk tu, still aku rasa entri camtu tak...emm...tak ape ek. Tak bertamadun kot. Ke tak berilmu pengetahuan? Whatever la kan.


Waduh waduhh~ 

Ok, ni la first time aku comment blog orang (first ke?). Macam yang aku cakap tadi, aku bukannye jenis yang suka kutuk2 orang dan blog orang lain. Kalo aku suke, aku baca. Kalo menarik, aku tingalkan comment. Walaupun sebenarnye aku lebih suke jadik silent reader Kalo aku tak suke atau rasa blog tu ter-over, mengediks, rasa meluat menyampah berbulu bijik mata tengok blog dia, aku takde la nak kutuk dia. Kutuk dalam hati ade la kan. Tapi takde la sampai buat entri semata2 nak kutuk orang tu dan blog dia. 

Entri ni pun aku buat sebab aku rasa macam entri2 sesetengah blogger tu macam...ishhh....tak patot tak sopan takde manners lah post entri camtu. Bukan satu. Tapi hampir kesemua entri cenggitu. 

Sudah2 la tu. 


It's true.

 Ok, takde kena mengena. 
*tapi betol. ;)


Ingat lah, kalau kita tak suka blog orang, mungkin seribu orang lagi tak suka ngan entri dan blog kita.



Semua orang yang bermasalah ke atau kita sorang yang ada masalah ngan semua orang?

Ok bye!



*p/s : panjang la pulak entri nih. 


.

No comments: