Wednesday, January 18, 2012

Setahun.

Harini 18hb Januari. Dah genap setahun si puteh beroda empat tu di-deliver-kan kat aku. 


Dah setahun aku bawak si puteh tu ke hulu ke hilir. Eh silap. Si puteh ni yang bawak aku. Kalo takde si puteh ni, terseksa sungguh hidup aku. Sebab aku memang sentiasa out station. Memang sangat2 perlukan transport.


Alhamdulillah, hasil dari titik peluh sendiri, mampu jugak beli & bayar ansuran bulanan si puteh ni. Bersyukur sangat2 segala penat lelah selama belajar & bekerja ni ada hasilnya. Walaupun takde la mahal sangat, & ape la sangat si puteh ni berbanding kereta2 mahal lain, kan. Huhuu~ 
So, dah setahun aku bawak si puteh ni, macam2 pengalaman dah aku hadapi.



First time tayar pancit. 28.04.2011. Masa balik dari mahkamah, nak pegi makan ngan Encik Tunang, KAT SINI. Nasib baik Encik Tunang ada. Kalo pancit time aku drive sorang2, camane ntah akau nak handle. Nak tukar tayar sendiri? Hampeh la.


 Encik Tunang tukar tayar tengah panas.
Aku tolong payungkan. 
Last2, aku yang demam. Erkk.. 




Kali ke-2 tayar pancit. 22.06.2011. Bukan setakat pancit. Siap pecah lagi, ok.


Masa tu on the way balik dari Mahkamah kat Muar. Kilometer 98 kot. Tengah speeding kat highway, tetiba jer dengar macam bunyi pelik. Masa tu dah boleh agak dah. Mesti tayar pancit. 


Lambat jugak nak berhentikan kete. Yerlah, tengah speeding. Masa tu plak ada construction kat lorong kiri. Takkan la nak berhentikan kereta kat lorong kanan & block jalan, kan. Giler kau. Nak berhenti kat tengah2 highway??


Masa berhentikan kete tu, aku tengok tayar ada berasap sket. Bau hangit. Ok, nervous giler. Terus ambik segitiga yang digunakan untuk kecemasan tu. Ape ntah nama dia. Nak letak kat belakang kereta. First time nak bukak benda alah tu. Nak bukak pun tak reti, terhegeh2! 


Masa tu dah cuak dah. Cuak sebab aku sorang2 jer time tu. Macam mana ni? Nak tukar tayar sendiri? Memang takkkk laaaaa.


Nak call PLUS? Nombor pun tak tahu. Huwaaaa~ 


Takpe2, aku still bertenang lagi. 


Baru jer nak call Encik Tunang, dah nampak kereta peronda PLUS dari jauh. Yeehhhooooo!!! Tak perlu susah payah pening2 dah. Alhamdulillah tak perlu call & tunggu lama. Kiranya bernasib baik jugak la aku time tu. 


Diorang terus tolong tukarkan tayar kete tu. Hihii~ 






Terima kasih pakcik2 PLUS sekalian. ;D



Diorang cakap, tayar dah rosak, dah pecah. Dah tak boleh pakai. So, kena la tukar tayar lain. Terpaksa la aku masuk Simpang Renggam cari kedai tayar. Almost 2ratus duit terbang. Arghhhh~ pakai kereta memang kena prepare duit untuk emergency camni. T_T


Kalo korang perasan, tayar yang pecah tu tayar yang sama yang pancit sebelum tu. So, aku ber-teori, mungkin tayar tu kalo dah sekali pancit & dah pernah tampal, tayar tu dah tak bagus dah untuk pakai. Kan? Err..ni teori aku la.





And...macam yang abang ipar aku cakap : kalo tak calar, buka kereta namanya


Dalam setahun ni, dah 3 kali kereta aku tercalar. 


Kali pertama, 17.05.2011. Masa tengah tunggu Encik Tunang balik keje. Bergesel ngan BAS. Ok, ni memang salah aku jugak la. Parking kereta suka2 hati. Yerlah, aku ingat sekejap jer. Tapi lambat la pulak Encik Tunang nih keluar. 


Tapi bas tu pun salah jugak. Buta ke ape?? Tak, dia tak buta. Sebab dia cakap dia memang nampak ada kereta kat situ. So....???? Tak boleh pastikan bas kau lepas betul2 ke? Kau sengaja langgar eh? Kau ingat takde orang dalam kereta? Sampai aku rasa kereta aku bergegar kuat yang amat, kena gesel ngan bas dia. 


Pastu taknak mengaku. Walaupun ada kesan calar jugak kat bas dia, siap calar tu kaler putih lagi, dia boleh cakap calar tu dah lama. Then bila aku sentuh kat kesan calar putih tu, kesan putih tu boleh hilang. Dah tentu la kesan calar putih tu cat kereta aku! Bod***.


Aku memang marah giler la time tu. Nasib baik la ada sorang abang nih tolong tenangkan kitorang & nasihatkan driver bas tu untuk settle & bayar jer. Errr...dia cakap camtu lepas tengok name card aku. Boleh camtu? ;p 


So, masa tu jugak bawak kereta pegi bengkel. Agak teruk jugak la calar kereta aku tu. Kena spray ke camane ntah diorang buat. Aku bayar separuh, driver bas tu bayar separuh. Dah la time tu aku nak pegi Mahkamah Rayuan kat Putrajaya, then balik JB. Kereta plak tak boleh siap terus. Sebab tak sempat kering. Tengahari esoknyer baru boleh ambik. Urgghhhhh..!!!! 


So, terpaksa la pegi Mahkamah Rayuan ngan motor jer. Haa...kau hadoo??? Ada lawyer pegi Mahkamah Rayuan ngan motor? Muahahaaa~ *Encik Tunang yang bawak motor tu, bukan aku ok. ;p




Kali ke-2 kereta bergesel. 08.06.2011.


BA** betol la kereta wira cina kurang hajar tu! Dah la bawak macam pelesit. Dah langgar aku, taknak mengaku pulak. Helloooo??? Tempat parking indoor kot. Nak pecut buat ape? Bukannya jalan raya. 


pffff!!! fcuk lah!



Sampai sekarang macam ni lah kereta aku. 
Tak pegi spray pun. Malas. 



Kali ke-3 kereta ter-calar. Tak ingat dah bila. Tapi bukan aku yang bawak. Bengangnyerrr....!!!!! Sabor jerlahhhh.. T_T








Owh..baru renew insurans + road tax. 




Semalam baru jer nak tebus smile points ni. 
Dengan hepinyer dan senang harinyer pegi Esso, sebab nak claim minyak free RM45. 
Tapi kecewa. Tak dapat claim sebab kad belum register. 
Laa....aku tak hantar ke borang tu masa mula2 buat kad nih??? 
Apedaaa.... 






*p/s : tak sampai setahun lagi, lesen P akan tamat. yeehhhoooo~~



.

No comments: