Monday, March 19, 2012

Kursus Kahwin : Done.

Telah selesai menjalani kursus kahwin.

Aku ngan Encik Tunang pegi kursus hari Sabtu dan Ahad. Tapi bukan pegi kursus bersama-sama. Aku pegi kursus kat Johor Bahru, Encik Tunang plak pegi kursus kat Nilai.


Aku kursus kat Masjid Jamek Sultan Abu Bakar. Anjuran Pusat Bimbingan Keluarga A-Falah. Hari Sabtu, aku sampai kat situ pukul 8.25pagi. Pendaftaran start pukul 8.30pagi. Aku ingatkan dah ok la timing tu. Tapi masa aku sampai tu, dah ramai yang sampai & dah daftar. So kiranya aku ni lambat la. -.-'


Untuk hari ke-dua, ceramah start pukul 8 pagi. Tapi penganjur cakap kena ada kat situ pukul 7 pagi atau 7.30 pagi. I was like.....what???? Pukul berapa aku nak gerak dari rumah? Pukul berapa aku nak bangun? On weekend pulak tu. Blerghhhh~


Pukul 7.40pagi baru aku sampai kat situ. Aku ingatkan dah lambat. And you know what? Takde ape2 pun pukul 7.40pagi tu. Ramai peserta yang dah sampai. Tapi ceramah start around pukul 8.05pagi. Cehhh~ aku ingatkan diorang nak bagi taklimat lain sebelum start ceramah, thats why suruh kitorang datang awal.


Adoii nye pun~ bukan main aku nerves sebab ingatkan dah lambat. -.-'


Ramai jugak perserta yang datang kursus nih. Dalam 130orang lebih. Lebih dari jangkaan penganjur. Sebab tu la breakfast pada hari pertama tu tak cukup, & penganjur kena order breakfast lagi untuk kitorang (termasuk aku).


Btw, bagus jugak pegi kursus kahwin ni. Banyak ilmu pengetahuan yang aku dapat kat kursus nih. Paling tak boleh blah, bila ada part lucah2 tu. Errkkk~ Bukan bagus sebab ada part camtu ea. Banyak lagi yang penceramah2 tu bagi ilmu kat kitorang. Tapi part yang mengandungi unsur2 hubungan suami isteri tu la yang paling ramai peserta teruja nak dengar. Amboiii~ ketawa bukan main lagi ea. Kalo tak, mengantok ajer.


Ada peneramah yang best, & tak buat kitorang mengantok. Ada penceramah yang aku rasa terlalu formal kot. Haa...time ni la boleh tengok ramai yang tido. Terutamanya lelaki!  Selamba jer diorang nih. Aku pun ngantok jugak. Tapi sayang pulak rasanya kalo tido time ceramah tu. Membazir jer bayar yuran mahal2 kalo terlepas apa yang penceramah cakap. Pegi kursus kahwin ni bukan setakat nak sijil jer, ok. Ilmu pengetahuan pun penting jugak. *ececeee~ kemain aku bagi ceramah kat sini pulakkk~ ;DD


Alhamdulillah, takde plak aku mengantuk sampai tersengguk2 sepanjang kursus 2 hari ni. Setakat menguap2 tu ade la. Hehee~

Aku rasa orang yang dah plan nak kahwin @ yang dah dekat nak kahwin jer yang sesuai pegi kursus kahwin. Kenapa? Bukan aku cakap orang yang belum nak kahwin dalam masa terdekat tak boleh ambik kursus kahwin. Tapi dari apa yang diorang bagi ceramah, rasa macam....errrr~ hanya sesuai untuk yang dah nak kahwin jer kot? & aku rasa boleh buat korang tak sabar2 nak kahwin. Muahahaa~ ;D

*ok, just kidding. ;p





Akhirnya...setelah 2 hari "terseksa" dalam dewan tu, dapat jugak sijil nih.





Aku rasa kursus kahwin ni kursus kahwin yang paling mahal kat Malaysia nih. Yuran kursus RM120. Kat negeri lain RM80 jer. T_T  Ke ada tempat lain yang lagi mahal?




.

2 comments:

pika pikah said...

hehe lg rsa nk kawen ke lps kursus? sy pegi kursus sebelum jumpa si dia. si dia pun hair kat kursus yg sama tp xdak niat nk kawin lg. couple pun belum. last, km kawan n bertunang, insyaAllah lg 2 bulan akan dinikahi. kalau jodoh tak ke mana kan? :)

sila jenguk my blog & join contest sy! :)

http://pikapikah.blogspot.com/

Unknown said...

mahal...tapi maybe sebab ade gambar siap tampal dekat sijil kot..... hihi...
I nye x de pun...