Monday, April 9, 2012

Beli jajan kat kilang. Lagi murah & jimat.

Hari Rabu lepas pegi kilang Apollo, kat kawasan perindustrian Larkin. Nak beli jajan untuk bagi kat tetamu masa wedding nanti. Sebelum ni takde masa and tak sempat nak pegi.


Harga kat kilang ni jauh lebih murah berbanding beli kat kedai @ pasar raya. Of coz la kan. Dah nama pun beli kat kilang. Ape lagi, terus aku memborong. Ade la 3 kotak lebih aku beli.



Blur plak~


Alamat kilang ni :

APOLLO FOOD HOLDINGS BERHAD (291471-M)
No. 70, JALAN LANGKASUKA, LARKIN INDUSTRIAL AREA
80350 JOHOR BAHRU, JOHOR




Ni la rupa kilang tu dari luar.




Ada lagi beberapa jenis makanan @ jajan yang belum beli, i.e. gula2, jelly e.t.c. Tapi takde kat kilang ni. So, kena beli kat pasaraya jer.


Haritu pernah pegi kat kilang jajan kat Batu Pahat. Masa on the way balik dari outstation ke Batu Pahat. Kilang tu kat Parit Bengkal kalo tak silap aku. Tapi kilang tu dah tak jual produk diorang kat kilang tu. Kata pak guard kat situ, dulu ada jual. Sekarang takde dah. Kecewa. Tak semua kilang makanan jual produk diorang kat kilang, kan.


Lepas bawak balik rumah, pening nak bahagikan barang yang aku beli ni. Sebab aku terus beli untuk dua2 majlis, i.e. untuk majlis kat Terengganu (rumah aku) & majlis kat JB (rumah Encik Tunang). Kena la buat kiraan matematik pulak. Tapi sekarang 1 kotak lebih dah bawak balik Terengganu. Hehee~


Ok bye~


.

No comments: