Friday, March 8, 2013

Minor surgery.

Haiiiiiiii........... 

Ingat lg tak entry aku bulan lepas pasal appointment kat klinik pakar pergigian?  YANG NI

Yesterday is the day. Minor surgery untuk keluarkan gigi bongsu sebelah kiri. Bukan CABUT biasa ok. Tapi kena buat minor surgery. Kena potong sikit tulang gusi untuk keluarkan gigi bongsu tu. Sebab gigi bongsu tu takde ruang nak tumbuh, terlindung ngan tulang gusi. Thats why haritu aku sakit gusi sampai bernanah dan bengkak sebelah muka. Sobs~ T_T 

Semalam punya la nervous nak pegi klinik. Bila masuk bilik bedah tu, lagi nervous bila tengok peralatan2 bedah dah ready. Bertambah2 nervous bila doktor bagi surat persetujuan untuk sign. Aku baca sepintas lalu. Gulp~ 

Sungguh, aku sebenarnya takut untuk buat surgery ni. Berpuluh2 kali aku fikir nak proceed ke tak. Takut sangat bila imagine pasal "surgery" tu. Aku pantang sikit bab2 gigi ni. Seriau wehh. Aku ni dah la tak tahan sakit. 

Tapi kalau tak proceed, aku takut nanti sakit gusi tu berulang lagi. Well...benda ni depends pada orang kot. Staff aku pernah sakit macam aku jugak. Doktor tetapkan tarikh untuk operation. Tapi dia tak pegi. Pastu gusi dia sakit lagi. Masa tu bila pegi kat klinik lagi, memang kena marah ngan doktor la. Last2, memang kena operate jugak. 

Tapi my boss plak, pernah nak kena operate untuk buang gigi bongsu. Tapi dia tak pegi. Dah 6 tahun, gigi & gusi dia ok jer. Huhuu~ Tapi aku taknak la ambik risiko untuk sakit gusi kali ke-2. Dah serik dah sakit berdenyut2 sampai tak boleh tido malam. So, terpaksa la aku tabahkan hati dan beranikan diri melalui minor surgery ni. -.-'

Semalam lebih kurang 3, 4 orang jugak doktor (atau dengan pembantu2 diorang) duk operate gusi aku. Tapi yang buatnya doktor perempuan. 

Pengalaman? Perasaan? 

Mula2 diorang explain nak buat camane. Actually bulan lepas doktor dah explain. Kalini doktor just ulang sikit dan tanya aku faham tak & ada apa2 soalan tak. Aku tanya : tulang gusi memang kena potong ea?

Soalan sebab nervous. Sebab masih berharap tak payah potong tulang gusi tu. Tapi kalau tak potong, camane nak cabut. Sebab gigi bongsu tu tumbuh sikit jer. Nak cabut biasa memang tak boleh la. -.- 

Rasanya 2 ke 3 tempat kat gusi aku ni doktor suntik untuk bius. Suntik bius pun dah sakit ok! 

Lepas beberapa minit, bermula la pengalaman yang ngeri tu. 

Tulang gusi aku dipotong, gigi aku di-drill2, gigi aku ditarik2. Terasa macam mulut aku ni dirobek2. Serius, aku terfikir masa tu : habis lah mulut aku terkoyak. Hahaa~ boleh pikir camtu? ;p 

Masa diorang potong tulang gusi, memang tak rasa. Tapi masa drill tu la yang ngeri. Berkali2 pulak tu dia drill. Ngilu sungguh! Mungkin drill sebab nak wujudkan lekuk untuk tarik gigi tu. Masa diorang tarik tu pun agak terasa. Masa kena jahit pun terasa tau. Ya Allah...seriau sungguh bila ingatkan balik. 

Lebih kurang 40 minit, baru la setel. Doktor tunjuk gigi bongsu yang dah kena cabut tu. Mak aihhh...besau nya. Patut la susah sangat nak cabut. Sebab dia memang tumbuh sikit jer. Kat bawah gusi tu besar lagi giginya. 

Pastu doktor ada tanya nak simpan ke tak. Aku cakap taknak. Tapi lepastu macam menyesal pulak tak ambik. Nak buat apa? Saje, nak buat kenangan. Hahahh~ ;p 

Then lepas hilang kesan bius tu.........memang merana lah aku. Lepastu memang kena bergantung kat pain killer jer. 

Oh ya, klinik ada bagi ubat. Tapi ubat tahan sakit jer. ===>>>>


Pain killer.


Heran jugak, kenapa tak bagi ubat untuk surut bengkak @ untuk sembuhkan luka. Atau mungkin aku kena beli ubat sendiri? -.- 


Jeli gamat. 
Orang cakap bagus untuk sembuhkan luka dan bengkak. 
Aku beli kat Langkawi haritu.
Memang sengaja beli sebagai persediaan untuk minor surgery ni.


Lepas operation tu muka aku sebelah kiri ni memang bengkak la. Bangun pagi tadi, makin bengkak. Berkilat2 pipi aku yang sebelah ni. Bengkak sampai terik. huhuu~ 

Sekarang ni nak kacip gigi pun tak boleh. Mulut boleh tutup, cuma gusi ni yang bengkak. Sakit sampai rasa tak sedap badan & nak demam.

Makan? Dari semalam aku just makan bubur jer. Bubur kosong. Risau jugak tak cukup zat. Tapi nak makan bubur tu pun seksa tau. Susah nak masuk dalam mulut, susah nak telan. Oh, nak telan air liur pun terasa & seksa. Lagi kan pulak nak telan bubur. T_T

Nak bercakap pun susah. Semalam nak berkomunikasi ngan Encik Suami, just taip kat henfon dan tunjuk kat dia. Pastu bagi isyarat tangan jer. Huhuu~

Sekarang tengah MC. Doktor bagi 3hari MC start dari semalam. Sebab esok (Sabtu) aku sepatutnya keje. Doktor siap pesan, duk rumah jer, rehat & jangan buat keje berat. Bunyi macam serius jer kena operate, kan.

Tapi memang betul jgak apa yang doktor tu pesan. Sebab kalau rehat & tidur, memang tak terasa sangat sakit gusi ni.

Tapi.....esok ada kenduri tahlil kat kampung Encik Suami. Encik Suami ajak aku balik. Camane la aku nak pegi sana ngan muka bengkak sebelah camni. Dah la aku ni kena sentiasa rehat & tidur, untuk kurangkan rasa sakit. Sobs~ T_T 

Next week ada appointment lagi kat klinik tu, untuk bukak jahitan. Moga cepat2 la bengkak ni surut & gusi aku sembuh. Sobs sobbssss...... T_T




P/S : sampai sekarang ni masih ada darah kalau aku ludah air liur ni. kenapa yer. -.-
P/S : ini baru sakit operate gusi. kalau sakit bersalin camane la yer. -.-



.

13 comments:

DLatum said...

Woahhh cool experiences. Rasanya its normal ada darah lg kt airliur after 2 days. Tp kalau drh tu byk sgt and x stop berhari2, better buat follow up ngan doktor lg.

Sakit beranak confirm2 ah berkali2 ganda. Ngeh3 but i heard somewhere that sakit gigi is the 2nd most painful pain after giving birth.

cha said...

aaa ngeri. i selalu pg buat scaling je. minor surgery camni tak penah lg. camne nak tau gigi tu tumbuh eh? sakit eh? sakit sgt sgt? get well soon you :)

Nini Mohd said...

@DLatum
cool? huhuu~ dah serik dah.
moga2 lepasni tak perlu la kena melalui pengalaman mcm ni lg. seriau. -.-
yeke, normal ea. risau jugak sbb masih ada darah.
really? 2nd most painful ea. tp sakit gigi ni memang terseksa la. huhuu~

Nini Mohd said...

@cha
uishh...bab sakit tu toksah ckp la.
masa operate tu x terasa sgt (even though ada rasa sikit).
tp lepas kesan bius tu dah hilang....abes lah.
skrg ni pun masih sakit lg.
hanya mampu bergantung pada pain killer. kalau lambat mkn painkiller, memang terasa berdenyut2. sobss~ T_T
mula2 gigi tu nak tumbuh, ada rasa gatal2 kat gusi hujung tu.
kalau gigi tu tumbuh normal, ok jer i rasa. kalau ada problem, baru la sakit mcm i ni. huhuu~

Norhidayah Rasin said...

Scary bace entry awk ni..huhu.get well soon :)

Uji Hussein said...

Sakit bersalin?Huiiii!!!Tak tau nak cerita.Follow dah ni.

Nini Mohd said...

@Norhidayah Rasin
thanks dear. ;)

Nini Mohd said...

@Scarlett O'Hara
hehee~ sakit bersalin berganda2 la dari sakit gigi, kan. tp blom ada rezeki lg utk merasai sakit tu. ;)

Unknown said...

Aduhaiii..baca saat kena drill, jahit pon dah scary..macam mana la kalau kena sendiri..tak boleh bayang kan...waaa..sakit gigi sakit ke 3..selepas sakit bersalin -.-

Nini Mohd said...

@Nieyxzha Hassan
hehee~
itu la kak.
bak kata pepatah, berat mata memandang berat lg bahu memikul.
ngeri rasanya bila ingatkan balik saat2 gigi kena drill & kena tarik tu. -.-

Miss Yaty said...

Salam..tmpg lalu..Nk tnye tmpt dktr buang gigi bongsu tu akan jd blubang ke? Sb sy lepas buat MOS gak..da msk mgu kedua gusi sy blubang..lpas mkn sy kena slalu kumur kuat2 sb tkot sisa mknan tlekat..awk hadapi mslh sama x?

Miss Yaty said...

Salam..tmpg lalu..Nk tnye tmpt dktr buang gigi bongsu tu akan jd blubang ke? Sb sy lepas buat MOS gak..da msk mgu kedua gusi sy blubang..lpas mkn sy kena slalu kumur kuat2 sb tkot sisa mknan tlekat..awk hadapi mslh sama x?

Nini Mohd said...

@Miss Yaty
W'salam.
a'a, memang camtu.
kalau 2 minggu, masih belum sembuh luka tu.
memang macam berlubang.
dlm sebulan jugak baru luka tu betul2 sembuh.
tp takpe, kan dah jahit. & jahitan pun dah bukak, kan.
cuma kena jaga & jgn mengunyah ngan bahagian gigi yg dekat ngan jahitan tu la. ;)