Sunday, April 10, 2011

nanges baca entri Cik Epal. T_T

Selamat petang. 

Sedang menonton cite Nona, TV3. Oh bestnyer tengok orang kawen. Canteknyer baju pengantin pink tu. Tabik spring kat Shuib sebab sanggup pakai baju melayu kaler pink! Dan canteknyer Siti Sarah berpakaian pengantin, walaupun perut dia muncit hingga menimbulkan isu dan gossip yag bukan2. Pemikiran singkat masyarakat kita.

Sebut pasal kawen, rasa ralat sebab semalam tak dapat pegi majlis kawen seorang kawan kat Felda Nitar, Mersing. Teringin sangat nak tengok dia bersanding. Nak jugak tengok camane majlis dia yang aku rasa agak last minute. Dan nak jugak berkongsi kegembiraan dengan kawan yang telah bertemu dengan cinta baru setelah beberapa bulan putus cinta, dan akhirnya bertunang dan berkahwin selepas beberapa bulan kenal dengan cinta baru tersebut (eh, betul ke tak fakta aku nih. kalo salah, jangan marah ea Reen. ;p ). Alangkah indahnya jodoh pertemuan yang telah ditentukan Allah SWT.

Tapi takde sape yang dapat temankan aku pegi sana. Nak pegi sorang2, tak tau jalan. Kalo dekat, boleh gak aku redah. Jauh gak Mersing tuh dari JB nih. Aku cuba SMS seorang kawan. Dia pun tak dapat pegi. Dia cakap : 

"Mmg jauh..bhya ko nk gi sorang jln dia jln kg,kiri kanan kwsn hutan skit..jln mersing"


Oh zalimnya orang yang suruh saya "pandai2 la pegi cari sendiri". T_T 


Sori kawan, sebab tak dapat pegi majlis kau.



Okeh, straight to the title. Semalam baca entri Cik Epal. Tiba2 jer rasa menyentuh hati sampai berguguran ayer mata. Sedih sangat. Tersentuh hati sangat2. Wuuwuuwwuuuuu~~ T_T 

Sampai sekarang pun kalo belek2 balik entri Cik Epal tu, still rasa sebak. Memang tersentuh. Rasa macam "terkena". Tak tau camane nak explain. Adakah aku berada dalam situasi yang sama? Susah nak cakap. 

Ape2 pun, Cik Epal memang terbaek. Memang boleh jadi pakar motivasi dah. Walaupun gonjeng. Hahaa~ Eh, gonjeng tu ape? Sampai sekarang aku tak tau gonjeng tu ape. xP




Semalam takde mood nak update blog. Hahaa~ itu la yang jadi kalo ber-blogging ikut mood. Semalam just online Facebook yang macam tuttttt.....blogwalking, baca blog orang, walaupun tak comment. Dan semalam dihabiskan dengan berehat sepuas2nya, bukan secukup2nya. Ada beza ea "puas" dengan "cukup". Berehat untuk melayan mood yang macam tuuttttttt....dan untuk memulihkan panda eye yang sangat teruk kat mata nih.



Moh ler menatap muka haku yang ber-panda eye nih. 


Nah hambek kau. Muka buruk giler tanpa make-up dan tanpa big eye lens. Sebab tu malas nak pandang camera. Sebab kalo pandang camera, mata nampak macam mata ikan buruk. T_T
Panda eye dah berkurangan berbanding 2 hari lepas. 
Kalo 2hari lepas, memang teruk giler dna sangat obvious. Sampaikan ada yang tegur.
Panda eye hasil tak cukup tido seminggu nih. 
Aku rela tak cukup tido dan ber-panda eye demi "sesuatu", yang akhirnya tak berbaloi dan tak mendatangkan hasil. T_T
*ini bukan gambar emo atau moody atau tengah sedih. ini gambar perempuan yang malu nak menatap camera.










Last but not least....


HOPE. 
two more weeks. 
thank you for everything.






Sekian entri merepek ntah pape.. Bye! 




* p/s : hujung minggu yang tersangat BORINGGGGG...!!!!




.

2 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

dah nak tutup dalam masa beberapa minit je lagi... cepat joinn ^^

lepas yuyu buat entry untuk Join tu (yuyu pun nak joi gak), yuyu terus tutup :)

Nini Mohd said...

dah join. dah post link kat entri GA Yuyu tu. ntah diterima lagi ke tak la yer. [X_o]