Friday, April 15, 2011

Selamat Tahun Baru! Nasi Beriani yang OH sangat lazat~

Pagi2 nih aku nak menjamu mata korang ngan Nasi Beriani. 















Mempersembahkan...

Capati. Nasi Beriani. Macam2 ada.
Silakan terliur. ;D



Perghhh~ camane tak gemok. Camane tak makin membiak lemak2 dalam badan yang dah sedia tembam nih. Melantak tak agak2. Dah la berlemak, banyak kolsterol, macam2 lagi lah. Whatever lah kan. Ni nak cite pasal semalam. 

Nasi Beriani ni makan untuk lunch. Disebabkan semalam Tahun Baru bagi kaum India (tahun baru ni ada MACAM-MACAM JENIS yer. tak tau la pulak aku), so big boss aku buat makan2 kat office. Tak tau la diorang ambik catering mana. Yang aku tau dan aku rasa, Nasi Beriani dia memang best dan lazat dan menyelerakan, sedap hingga menjilat sudu, dan bla bla bla. Hahaa~ 

Lauk2 pun lazat giler ok. Especially mutton. Pehh~ memang best. Bende alah yang warna hijau tu, aku ingatkan tauhu. Rupa2nya it is cheese! Hijau tu sebab ada spinach. Taktau la camane dia buat dan apa resepi dia, yang membuatkan cheese tu jadik keras dan jadik macam tauhu. Tapi yang penting best. Banyak ketul jugak aku makan tadi. Bila dah buurrppp kenyang, baru tau bende tu adalah cheese. 

Lepastu bila dah realize benda yang aku makan tu adalah keju.....aku terus rasa macam...eeeeeeeeeee........banyaknyer aku macam cheese. Ishhh...terus rasa macam uneasy. Yerlah, aku bukannya suka sangat makan keju. Makan sikit boleh la. Ishhh isshhhh....nak buat camane. Dah tertelan dah pun. 

Tadi ada jugak yang tambah nasik. Dah makanan best, semua orang macam tak cukup jer kalau makan sikit jer. Aku pun sebenarnya nak tambah gak. (pehh...tak cukup lagi ke ngan nasik ngan lauk yang banyak giler tu). Tapi bila fikirkan aku dah makan banyak, dan lauk2 dia semuanya jenis yang berlemak, berkolesterol tinggi dan hanya akan menambahkan lemak dalam badan aku nih, dan bila ingatkan konon-konon-janji pada Encik Kuneng untuk diet, terus cancel hasrat nak makan untuk second round. Konon2 dah nak start diet. 

Perghh...bila masa pulak aku ni fikirkan kolesterol dan lemak bila nak melantak? Dan boleh ke aku nak berdiet? Macam mission impossible jer. Muahahaaa~ ;DD 

By the way, harni ramai yang pakai baju Punjabi. Sebab semalam bos mintak pakai sari atau baju Punjabi sempena New Year nih. Tapi aku tak pakai pon. Sebab aku memang takde baju Punjabi. Lagipun semalam turn aku pegi Mahkamah. Takdenyer boleh pakai kalerfuuulllll pegi Mahkamah, kan. Hitam putih jer hidup aku. [x_O]

Ape2 pun, tenkiu sooo much la big boss sebab buat makan2 kat office semalam dan bagi peluang pada diriku untuk menternak lemak dan menggemokkan badan dan membuncitkan perut. * ishhh..memang kena diet nih. (alah kau nih, asyik cakap pasal diet jer. buatnyer tidakk~)
Dan selamat tahun baru kepada semua masyarakat India, terutamanya big boss, colleague, dan kawan2 sayeww~ Happy New Year!  :)




* p/s : dah lama tak makan Nasi Beriani. baru plan nak pegi cari Nasi Beriani, semalam tertunai jugak hajat nih. ;p


.

2 comments:

Noriz said...

uiskhh...geram je tengok....
eh, india pun ada tahun baru ek?

Nini Mohd said...

mesti la ade. macam kita jugak la. ada maal hijrah. chinese ada chinese new year. Indians pun ada new year jugak. tapi diorang tak sambut sekaligus. ikut kaum ke ikut kasta ntah. saya pun x berapa faham jugak. harini Malayalee yang sambut new year.