Sunday, May 8, 2011

bertuah lah korang yang masih mempunyai ibu. Selamat Hari Ibu. ='(

Tiba2 jer aku rasa teringin nak makan sotong sumbat pulut.

Dan tiba2 jer aku teringatkan sotong sumbat pulut yang arwah mak masak. Dulu arwah mak aku suka masak macam2 masakan, termasuk lah sotong sumbat. Memang feveret aku lah kalau arwah yang masak. Kalau arwah masak, confirm meleleh2 air liur aku nak tunggu benda tu masak. *ok over tipu. 



Sotong sumbat pulut.
*ihsan Google.



Arwah mak aku memang pandai masak. Semua masakan arwah tau masak. Dan of coz semua yang arwah masak best2 belaka. Ni bukan aku sorang jer yang cakap. Semua orang cakap camtu. Orang2 kampung pun cakap camtu.


Dulu arwah mak ada bukak gerai pisang goreng. Dan pisang goreng arwah mak memang femes. Semua orang cakap sedap. Sampai ada yang cuba korek resipi arwah mak. Masa aku kecik2 dulu pun arwah ada jugak bukak gerai jual nasi lemak, nasi minyak, nasi berlauk dan kuih muih waktu pagi kat depan rumah. Memang laku jer. 


Kalau kat rumah, arwah mak jer yang masak. Arwah kurang suka kalau kakak2 aku yang masak. Sebab arwah agak cerewet bab2 masakan nih. Kalau ada kurang rasa sket, mesti kena complaint ngan arwah. Aku? Memang confirm la tak masak. Kakak2 aku jer yang tolong masak kat rumah. -.- 


Dan aku rasa sangat bertuah sebab ada mak yang pandai masak. Aku memang teringin nak belajar masak ngan arwah mak. Tapi...ntah la. Mungkin aku terlalu suka mengambil sikap berlengah2. Aku ingat hari esok masih ada. Rupa2nya hari esok takkan ada bersama arwah. Sungguh rugi tak dapat belajar ngan arwah mak.


Lepas arwah meninggal, dan pertama kali makan masakan kakak lepas arwah pergi, aku rasa...lain sangat. Tak sama ngan masakan arwah mak. Dan aku tau, aku takkan dapat lagi makan masakan arwah. ='( 


Lepas arwah mak meninggal, aku hilang selera makan. Hampir dua tahun kot aku takde selera makan. Sampai aku yang tembam jadi kurus keding (sekarang jer jadi gemok balik). Hilang selera makan bukan sebab tak dapat rasa masakan arwah. Tapi sebab fikiran terganggu.


Aku terkilan sebab tak dapat tatap wajah arwah dan cium arwah untuk kali terakhir. Nak mintak maaf lagi la tak sempat. Arwah meninggal masa aku baru naik bas dari Hentian Bas Kajang. Masa tu aku tengah belajar kat UKM. Bangun pagi tu, kakak aku kat kampung (Kak Ti) call bagitau arwah mak masuk ICU. Terus aku bergegas mintak kawan hantar ke hentian bas & terus balik pagi tu jugak. Malangnya baru sejam aku naik bas, lebih kurang pukul 9pagi, Kak Ti SMS (SMS ke call ntah, dah tak ingat. fikiran celaru masa tu), & bagitau mak aku dah takde. MasyaAllah..tuhan jer yang tahu perasaan aku masa tu. Memang sedih dan menangis2 jerlah dalam bas. Aku rasa macam lambat jer bas tu jalan.


Dah petang baru aku sampai kampung, dan terus ke kubur. Kajang ke Besut kan jauh. Almost 9 hours jugak la baru sampai kampung. Tapi bila dah sampai kat kubur, arwah mak dah selamat dikebumikan. Dan memang aku tak boleh terima hakikat, yang dalam kubur tu adalah arwah mak. ='( 




Hmmmm...tak tau la camane nak ceritakan kembali semua detik2 tu. Dulu memang lah aku sedih giler. Kat blog Friendster aku lah tempat aku luahkan semua tu. Boleh la baca kalo korang nak baca. Sekarang ni aku sendiri pun tak sanggup nak baca. Sedih giler. Taip entri ni pun sambil bercucuran air mata. ='( 




Arwah mak meninggal pun tiba2 jer. Sebab arwah takde la sakit serius. Arwah ada darah tinggi, gastrik, kencing manis. Tapi tak pernah la sampai masuk hospital. Apatah lagi masuk ICU. Arwah masuk ICU petang. Malamnyer dah ok dan pindah kat wad biasa. Lebih kurang subuh, tiba2 keadaan arwah makin teruk, dan akhirnya pukul 9pagi, arwah pegi untuk selama2nya. Arwah pergi dengan tak disangka2. Adik beradik aku semua tak sempat jumpa arwah untuk kali terakhir, sebab semua duk jauh. Kecuali Kak Ti dan Kak Yah yang berada di sisi arwah ketika itu.


Aku pulak tak tau pun arwah masuk ICU, sebab Kak Ti hanya call aku pada pagi tu. Mungkin Kak Ti ingat keadaan arwah dah ok, dan takde apa2. Dan mungkin dia taknak aku terganggu. Tapi aku agak tak puas hati dan sedih jugak la. Kenapa dia tak bagitau aku awal2. Kalau tak, mungkin aku sempat jumpa arwah untuk kali terakhir. Tapi aku redha. Setiap yang berlaku, mesti ada hikmah.




Lepas arwah meninggal, aku tak sanggup sebut "arwah mak". Kalo nak cakap apa2, aku cakap "mak" jer. Dah setahun lepastu, baru aku boleh sebut "arwah mak".



Tapi yang paling aku terkilan, sebab tak sempat nak balas jasa arwah mak aku dan senangkan hidup arwah. Aku ni jenis anak yang taat jugak la, dan pentingkan orang tua. Semua yang arwah mak aku tak suka, aku takkan buat. Walaupun arwah tak cakap direct, tapi aku faham2 sendiri la. Dan semua yang aku buat dalam hidup aku - termasuk belajar sampai masuk universiti - semuanya sebab arwah mak. Aku nak berjaya, nak keje yang best, nak dapat banyak duit, nak buat arwah gembira, bangga dengan aku dan hidup senang. Sebab kitorang hidup susah lepas arwah ayah jatuh sakit tak dapat bekerja, dan meninggal masa aku umur 13 tahun.


Masa aku belajar kat sekolah menengah dulu, selalu la jugak buat arwah mak bangga. Sebab aku dulu selalu jugak la jadi "best student" walaupun aku nih takde la pandai sangat. Pernah jugak la arwah mak naik pentas ngan aku masa majlis penyerahan sijil & hadiah untuk pelajar cemerlang. At least orang2 kampung tahu la jugak anak arwah mak nih pandai. Tau la kan, orang2 kampung memang suka gossip dan heboh2.


Lepas arwah mak meninggal, aku rasa macam apa yang aku buat selama ni takde makna dan sia2. Sebab satu2nya sebab untuk aku berjaya dah takde. ='(


Tapi nasib baik lah aku kuat semangat dan dapat habiskan pengajian aku kat U dulu. Walaupun agak teruk jugak la keadaan aku masa tu. Perasaan sedih tak dapat dibendung, dan selalu menangis sorang2. Masa nak exam pun tak dapat tumpukan perhatian pada study.



Aku ingat lagi masa arwah dan Kak Ti hantar aku untuk pendaftaran kat UKM dulu. Petang tu arwah dan Kak Ti dah nak balik ke kampung, dan nak pegi ke Hentian Bas Kajang. Tapi takde kenderaan nak keluar dari kolej kediaman aku. Bas takde. Nak naik teksi, takde duit. Aku sedih sangat bila Kak Ti cerita, diorang jalan kaki jer keluar dari kolej kediaman aku dan dari UKM tu. Jauhnyer kolej kediaman aku ngan pintu utama UKM. Arwah mak pulak tak berapa kuat nak jalan kaki. Yerlah, arwah dah umur lewat 50-an masa tu. Mana la larat nak jalan kaki jauh2. Kak Ti cakap, takde kereta pun yang sanggup berhenti dan tumpangkan diorang. Takde sifat kasihan langsung. Menangis jugak la aku masa dengar akak aku cerita. Tak sanggup aku nak bayangkan. 


Dan aku rasa bersalah sebab tak mampu nak buat apa2. Kenapa la aku bodoh sangat masa tu? Kenapa la aku tak mintak tolong sape2 hantarkan diorang? Aku rasa macam semua tu salah aku. Lepas tu aku nekad, takkan susahkan arwah mak lagi, dan aku akan buat mak hidup senang dan takkan biarkan arwah hidup susah lagi. 


Masa belajar kat UKM tu, aku tak pernah mintak duit kat arwah mak. Aku hanya bergantung pada duit pinjaman PTPTN jer. Kalau tak cukup, aku mintak ngan kakak2 dan abang2. Sebab aku tau, arwah pun takde duit jugak. Melainkan kalau arwah dah bank in, aku terima jerla, walaupun tak sanggup nak ambik. Pernah jugak masa aku nak naik bas balik ke UKM lepas cuti semester, arwah hulur duit RM5 kat aku. Untuk buat duit belanja. Yer, RM5 bukan RM50 apatah lagi RM500. Kata arwah, arwah takde duit dan itu jer yang dia mampu bagi. Tapi aku cakap : "takpe la mek, orang dah ada duit"


("mek" panggilan untuk mak, sebab aku orang Besut, macam orang Kelantan jugak la) 


Sebak giler aku masa tu. Sampai camtu skali arwah mak takde duit. Sebab tu aku taknak ambik duit tu. Lebih baik arwah simpan dari bagi kat aku. Walaupun time tu aku pun takde duit jugak. Yer, kitorang memang hidup susah. Sebab tu aku bersungguh2 taknak susahkan arwah mak dan nak senangkan hidup arwah. Itu la kali terakhir aku jumpa arwah mak. Lebih kurang sebulan sebelum arwah meninggal.




Arwah meninggal hari ke-8 bulan puasa. Raya tahun tu dah tak bermakna. Sejak kecik, arwah yang jahitkan baju raya untuk aku dan Kak Ti. Setiap kali raya, memang sedih lah kalau fikir bab baju raya. Raya tahun tu kawan2 hadiahkan aku baju raya. Mungkin sebab diorang tahu pasal arwah mak yang jahitkan baju raya setiap tahun, dan mungkin diorang nak kurangkan rasa sedih aku nih. Terima kasih kawan2.Memang terharu aku ngan korang semua. Aku hargai kebaikan korang. Tapi hakikatnya, tuhan jer yang tahu perasaan aku.


Lepas arwah meninggal, pernah jugak aku takde baju raya langsung. Takde mood langsung nak beli baju raya. Dan pernah jugak aku tak beli baju raya sebab takde duit. Masa tu aku msih tengah study @ baru start chambering kot. Aku fikir - buat ape lah nak beli baju raya. Bukannya nak beraya pun.



Masa aku belajar kat sekolah menengah dulu (tingkatan 6 kot), aku siap tulis impian hidup aku dan tampal kat dinding dalam bilik aku. Bertahun2 jugak la benda tu kat dinding. Lebih kurang macam ni : 

1. A successful STPM 
2. Universiti - course : Law
3. Kerja - peguam / pendakwaraya / legal advisor / etc 
4. Balas jasa ibu.



Malangnya baru sampai kat nombor 2,  arwah dah pergi untuk selama2nya. Dan sekarang dah sampai kat nombor 3. Nombor 4 tak mungkin dapat aku tunaikan


Bersyukurlah sape2 yang masih mempunyai ibu. Hargai lah ibu korang, hargai lah setiap detik yang korang ada. Jangan berlengah2 kalau nak buat apa2. Sebab hari esok mungkin ada, tapi tak mustahil jika hari esok korang takkan lagi bersama ngan orang yang korang sayang. =') 



Selamat Hari Ibu. 




Al-Fatihah untuk arwah mak, Saudah Binti Adam. Dan arwah ayah, Mohamed @ Mohd Zin Bin Salleh.




p/s : bercucuran air mata taip entri ni  ='(



.

10 comments:

TYNTHA LANA said...

alfatihah..nini.. mesti Allah bgi awak bnyk benda kan sbg gantinya ^_^ urmm..jgn sedeh2 ^_^

~tima kasih singgh page lana. hehe, pasal belangkas tu, memg ia mknn..tpi nini tau x, lau tesilp siang belngks tu, asid dlm bdn dia leh wat org yg makan tu mabuk?pastu lau silp cra, leh K.O terus,huhu.

GamUHU said...

Nak sotong sumbat pulut. nyum! nyum!

Nini Mohd said...

Tyntha Lana : thanks. :)

yup, kena pandai siang. kalo tak, toksik dia tu boleh memabukkan, dan boleh akibatkan maut.

MOHD DIAH said...

sedeh cter u..

ermm..i pon da xde parents da..same2 la sedekahkan al-fatihah utk dorg
yg da berssusah payah besarkan kite slame ni..

mmg trase gak la org len wish2 hari ibu sane sini..rase nk nanges pon ade
pew yg i hrp..1 ari nti i akn dpt jmp dorg utk kali ke 2..

MOHD DIAH said...

sedeh cter u ni..

i pon cm u gak..da xde parents da :(
trase gak ble org wish sne sini.. kite lak hnyableh terkenangkan dorg je..

pe2 pon kite sedekahkn al-fatihah utk dorg..i hrp i akn dpt bersame dorg 1 ari nti..harap2 la

Alyaa said...

seriously sedih sgt. :(

Nini Mohd said...

mohd diah : tu la. i sendiri pun nanges sambil taip entri nih.
sama2 la kita sedekahkan al-fatihah untuk diorang.

Nini Mohd said...

alyaa : memang sedih. ='(

Noriz said...

oh my....ya Allah, sedihnya...
huwaaaaa....mesti bbrp ari terkenang cite ni...uhukkk..
sama2la kite doakan kesejahteraan utk arwah yer...semoga ditempatkan dikalangan yg beriman.

Pls, kuatkan semangat k...
esok akak vot di FB :)

Nini Mohd said...

thanks kak noriz. :|