Monday, May 9, 2011

HOMETOWN DAY 3 : Nasi Lemak Sambal Lokan + Memancing

Sambungan dari ENTRI NI.


AMARAN : SILA BERSIAP SEDIA DENGAN ENTRI YANG PENUH DENGAN GAMBAR DAN PANJANG BERJELA2.


Sabtu, 05.02.2011.


Awal pagi dah bangun, tolong2 apa yang patut. Konon. Padahal tolong tengok jer. Encik Kuneng jer yang rajin nak tolong2. 



Tengah basuh lokan yang cari sehari sebelum tu.


Semua lokan tu kitorang masak. Perghh..banyak tu. Tapi habis tau. Sebab kitorang kan ramai. Kak Dah masak sambal lokan, makan ngan nasik lemak. Perghhh~ sungguh sedap hingga menjilat jari. Sampai aku tambah nasik. Sungguh ajaib bila aku breakfast nasik lemak dua pinggan. Dua periuk tau nasik lemak yang kitorang masak. Tetap habis. Tengahari pun makan nasik lemak ngan sambal lokan tu jugak.

Tapi lupa la pulak nak snap gambar nasik lemak sambal lokan tu. -.- 

Then kitorang pegi mancing. Actually Encik Kuneng yang nak sangat mancing. Pastu abah si Adam pun nak ikut jugak. Then husband Kak Dah pun nak ikut skali. Jom ler beramai2 pegi mancing. ^^ 



Mancing kat kuala. Kuala Besut.




Kak Dah & Kak Tie.



Kuala Besut.


Tiga beranak. 
Adam asyik duk baling batu jer. Kang kena jugak ayah dia.


Ni pun anak beranak jugak.


Si Adam ni sebok nak pegi kat abah dia yang tengah mancing.
Eh2, Adam ada tanda lahir kat bawah lengan. 


Nak kemana tu? Lajunyer dia jalan.


Berlari2 pulak. Malu ngan Cik Su dia lah tu. ;D



Pulau Perhentian?



Nelayan tengah jahit pukat kat tepi pantai. 



Adam nih taknak tengok kamera langsung. 
Malu lah konon.



Ibu dan anak.
Ni kakak aku yang kawen hampir dua tahun lepas KAT SINI


Nature. 


Anak2. Eh, anak2 sedara. 
Rambot aku tak boleh belah, sampai budak hensem tu terpaksa jenguk muka dia sket. Huahuaa~ ;D 
Adam pulak sibuk duk tengok Cik Su dia. 
Anak2 sedara berpegangan tangan. 
Oh, i'm loving this picture. :)


Syoknyer mancing, yer. :)


Encik Kuneng : Tak best la kat sini. Jom la tukar port mancing. 


Panas terik woiii. Hitam legam jadiknyer. 





Orang macing, dia pon sebok nak mancing jugakkk~
Sudahnyer, abah dia tak boleh mancing.
Tapi yang "best-nyer", henpon abah dia terjatuh kat celah2 batu ni & masuk dalam air laut kat celah2 tu.
Perghhhh~ rosak kot.





Umpan. Udang.


Ini bukan tasik.


Tukar port mancing lagik.
Tapi aku ngan Encik Kuneng jer yang pegi jauh.
Kak Dah dah blah pegi Jerteh. Kak Tie masih kat tepi "tasik" tu.

Encik Kuneng jauh tinggalkan saya yang sibuk duk snap2 nih. Wuwuwuuu~



Ombak. 


Nelayan tengah pasang pukat. 


Yuhuuuuuuuuuu....!!! 
Sampai hati awak tinggalkan sayewww kat tengah2 panas nih.
Kemain gigih lagi dia panjat batu2 besau tu.



Memang gigih. Tengah panas terik pun nak mancing jugak. 





Baru jer tukar port mancing kat sini, Kak Tie dah call. Katanya Adam dah nanges, lapar kot. Terpaksa la balik. Sebab akak aku naik kete aku. Encik Kuneng macam tak puas jer nak mancing. Ikan pun tak dapat. hohoo~


Jom la balik.


Ok jom.


Erk....tetiba muncul biawak nih. Terkojut eden! 



Lepas balik dari mancing kat kuala, kitorang pegi Jerteh pulak. Sebab nak bank in duit rumah sewa aku. Punyer lah jauh carik bank. Huh. Tapi sebelum tu singgah kat gerai satar dulu. Dah lama tak makan satar kat kampung nih.


Siap kena beratur lagi tuuu~


Sementara Encik Kuneng beratur beli satar, sempat jugak aku snap2.


Oh, satar kat sini sangat best tau. Banyak ikan. Tak macam kat JB nih. Murah pulak tu. Satu cucuk yang ada 4 ketul satar hanya berharga RM1. Best ke tak best? Perghhh~ tak tau nak cakap camane. Kalau kat JB nih, satu cucuk tu RM2. Dah la kurang ikan. Huh.

Lepas bank in sewa rumah, kitorang pegi jalan2 kat Jerteh tu. Takde la best pun. Tapi try jugak jalan2 sebab nak carik barang yang murah2. Singgah kat kedai (ape ntah nama dia, lupa lak). Pusing2, takde yang berkenan. Just cari tudung untuk akak jer. 


Candid.


Tengah pilih tudung untuk kakak.
Yang mana satu nih, awak?
Akhirnya, aku pilih yang warna orange + chocolate tu.


Baru jer snap 2 gambar ni,camera terus kong. Alamak, lupa nak cas bateri la. Wuwuwuwuuuu~~ T_T 

Akhirnya, guna henpon Encik Kuneng jer. Sebab henpon aku pon dah takde bateri. T_T

Lepas balik dari Jerteh, singgah lagi kat kuala, saje nak lepak2. Sambil2 tengok orang mancing kat situ.



 Perghh~ dah hitam legam. 
Baru jer berjemur tengah panas satu dua hari, dah jadik legam. T_T


 Encik Kuneng lagi la legam. ;D


Rambut dah tak dapat di kawal. Di tiup angin pantai yang sungguh ganas.
*sengal punyer ayat.



Kemain pose.



Dah lah, tu jer. Penat upload gambar banyak2 buat orang meluat muntah hijau. Muahahaaa~

Buersambung lagi di episod 4 *kemain ada episod2 bagai. ;D

Ok lah bye~



.

2 comments:

Noriz said...

wah bestnye kat kampung....bukan kemain lagi... kang lik JB kena diet la...hikhikhik

Nini Mohd said...

tu la pasal.
actually nih bulan 2, masa balik kampung raya cina haritu.
memang dah naik berkilo2 nih. -.-