Sunday, May 29, 2011

Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides. Subplot kisah mermaid lagi menarik kot.

Akhirnya semalam dapat jugak tengok movie Pirates of The Caribbean 4 : On Stranger Tides. Dengan Encik Kuneng yang tercinta. *eleh, perlu ke part yang tercinta" tu? muahahaa~ 

Kalini ubah selera tengok wayang kat KSL City plak. Asyik tengok wayang kat City Square jer kan. Ni first time pegi KSL City. Oh parking kat KSL City agak sempit, tak nampak kereta dari arah lain, dan agak membahayakan. Tapi at least parking kat sini jauh lebihy murah dari City Square. 

Ok, back to the topic. Kitorang pilih untuk tengok Pirates 4 in 3D. Tapi takde la nampak 3D sangat nyer. Tak best pon. Maksud aku, we expect more la kan. Dah la mahal. Hemmppp~~ 







Ok, Pirates 4 best la jugak. Macam biasa la, best tengok gelagat Captain Jack Sparrow buah hati saya (ok, sila lempang aku laju2. ;DD )  yang sengal dan suka buat lawak bodoh tu. Kalini misi diorang - nak cari Fountain of Youth. Semua berebut nak panjang umur. Berjaya kah Jack Sparrow jumpa dan minum air dari telaga Fountain of Youth tu? Korang tengok lah sendiri. 

Dan dalam Pirates 4 nih, kite ada heroin baru yer - Penelope Cruz. Anak Blackbeard. Captain Jack Sparrow plak terpaksa jadik kuli atas kapal Queen Anne’s Revenge - Blackbeard. Kesian encik Sparrow kite nih. Oh, ayah Jackie (Jack Sparrow la) pun ada jugak dalam movie ni. Tapi kejap jerla. Appearance dia sejibik ngan Jack Sparrow. Dah la panggil Jack Sparrow ngan panggilan "Jackie". Memang tak boleh belahh~ Muahahaaa~ ;DD

Tapi dalam movie nih aku rasa yang paling menarik ialah kisah mermaid. Dalam movie2 Pirates of The Caribbean sebelum nih dah ada lanun, voodoo, burung kakaktua, monsters laut, octopus, dan macam2 la kot. Tak lengkap la kalo takde mermaid. 

Tapi mermaid dalam movie ni bukan mermaid yang biasa kita tengok dalam movie2 lain. Mermaid ni jenis yang ganas, jenis yang makan manusia, terutamanya kelasi2 kat laut, dan terutamanya kalo tiba musim mengawan. Mermaid2 dalam movie nih punyer lah cun. Tapi bila dah bertukar wajah, ganas nak mampos.



Jangan tertipu ngan ayat manis + suara lembut + muka cun mermaid nih. 
Kalo dah kena tarik masuk laut, nasib lah.


Mermaid yang cun + cantik tu tiba2 bertukar jadik ganas.
(Mermaid : Gemma Ward Tamara.)


Seekor (ke seorang?) mermaid kena tangkap untuk dapatkan air mata dia.
Syrena. 
Tapi Syrena ni lain la dari mermaid2 yang lain. 
Ada belas kasihan & ada hati dan perasaan.
(Mermaid : Astrid Berges-Frisbey)


Boleh bertukar jadik manusia 100% pulak. 
*Suka tengok Astrid Berges-Frisbey (French model kalo tak silap aku) nih. sangat cun + ayu + berwajah sangat lembut. Muka ala-ala innocent gitu.





Philips nih jatuh cinta plak ngan Syrena. 
Dan Syrena pulak? Suka tak ngan Philip? Nak aku cerita jgak ke? ;D
*ensem jugak Sam Caflin (Philip) nih. ;p


Mermaid2 yang dangerous.


Masa diorang nak cari pelakon untuk jadik mermaid nih, diorang buat iklan camni :

Beautiful Female Fit Models. Must be 5’7-5’8, Size 4 or 6 – NO BIGGER OR SMALLER. Age 18-25. Must have a lean dancer body. MUST have real breasts. Do not submit if you have implants. This is a show and tell of costumes with the director and the producers. Plan on an entire day of trying on clothes and being photographed.
Professional Dancers who are Swimmers. Females ONLY. Age 18-30. All ethnicities. YOU MUST have an extensive dance/swimming resume. We will be shooting in Hawaii.


"MUST have real breasts."?? Tak agak2. Dan yang penting, "Do not submit if you have implants." Muahahaaa~ 

Tapi nampak logik jugak la iklan yang diorang buat nih. Sebab badan mermaid kena lembut masa berenang. Sebab tu kat iklan ada "Must have a lean dancer body", dan "Professional Dancers who are Swimmers".

Yang "MUST have real breasts." tu plak?  Mermaid kang tak pakai baju, lindung breast ngan rambut jer. Motiff?? Lu pikir la sendiri. 


Syrena yang ayu + innocent.


Apa akhirnya yang terjadi pada Syrena dan Philips? Haaa...kena la tengok sendiri. Mula2 tu aku tak paham jugak apa ending dua orang nih. Sebab macam tak abis lagi ending tu. Tapi akhirnya aku paham la. Haha~ lembab btol.

Overall, best jugak Pirates 4 nih. Tapi spec 3D tu betul2 mengganggu penglihatan aku. Tak boleh tumpukan perhatian kat movie. Mengganggu penglihatan sebab tak nampak sangat 3D nyer. 

Dan aku rasa, sebab ada subplot mermaid tu yang buat movie nih makin menarik. Aku rasa, aku lagi berminat nak tau apa ending Syrena ngan Philip dari kisah Fountain of Youth tu. Hahaa~ Mesti ramai yang macam aku jugak, kan. 

Sampaikan berharap lepasni akan ada lagi Pirates 5 pulak, sebab nak tau sambungan kisah Syrena ngan Philip. Hahaa~ mongok tol. Movie ni kan trilogy jer. Ni pun dah terlebih satu episod jadik Pirates 4. Takkan nak melebih2 sampai jadik 5 episod plak. ;DD


Ok bye~


.

9 comments:

MOHD DIAH said...

best ke cter pirate kali ni?

Nini Mohd said...

aduhh~ punyer lah panjang aku review movie nih, blh plak kau tanye best ke tak.
best @ tak, semua aku dah cakap kat entri aku nih, ok. sila baca. ;D

.::: Princess MOMOY :::. said...

dah tgk 2 kali citer ni
satu momot tengok 3D
satu lagi yang biasa
mermaid tu cantik sgt =)
cuma tu la sexy @.@

Redbloodsnow said...

teruja plak akak baca review ko ni dik. ni yg rasa nk ke wyg ni..hehehe. btw, mermaid yg dangerous tuh suma hot² weh...aiyooo..hehe

Noriz said...

alamak, semua ciri2 iklan tu akak ada lah...terlambat lak nak apply...muahahah...perasan! dlm mimpi jek..huhu

Nini Mohd said...

momoy : wahh...sampai 2kali tuh. tau takpe, cantik tapi seksa sangat. tapi pandai pulak diorang cover2 seksa diorang tuh.

Nini Mohd said...

redbloodsnow : hehee~ cepat2 pegi tengok Pirates 4!
a'a, semua hot2 + cun2 tuh. ;)

Nini Mohd said...

kak noriz : laaa...nape lambat apply. melepas lah. muahahaa~
saya plak semua ciri2 5’7-5’8, Size 4 or 6, lean body, Professional Dancers tu saya takde. 1 syarat lain jer yg saya ada. paham2 la ape dia. hohoo~ ;DD

Noriz said...

i got ur point! muahahah, bagus la, jaga baik-baik tau...aset berharga tu!
btw, TQ for d legal advise, i really appreciate it :)