Thursday, May 5, 2011

THOR yang macam best. Watching movie & shopping with him.

Semalam hari Rabu, dan aku dah lama tak ber-Wednesday movie-day. Dan semalam tetiba jer Encik Kuneng balik, sebab ada urusan kat sini. So, ape lagi. Ajak la dia pegi tengok movie. Actually memang plan nak tengok movie ni ngan dia. Nasib baik dia balik semalam. Sempat jugak mencuri masa tengok movie ni, walaupun sekejap jer dia balik. =) 

So, movie yang kitorang tengok = THOR. Sebab tengok iklan macm best. Macam la.

Tapi kitorang masuk agak lambat. 10 minit lambat kot. Sebab sibuk layan Encik Kuneng shopping. Hamboiii kemain. Dia pulak yang shopping. Biasa aku yang sibuk shopping. huahuaa~ ;D




Trailer. Macam best, kan.


Cerita ni (secara ringkasnyer), pasal Dewa Petir bernama Thor, dibuang ke bumi sebab mengingkari perintah Raja (ayah dia). Kuasa dia ditarik balik dan hammer dia pun hilang. Thor ni "powerful but arrogant".  Ayah dia buang dia ke bumi pun sebab nak ajar dia.

Visual effect (errr....visual effect ke??) movie ni memang best. Lagi best kalau kau tengok 3D. Tapi yang kitorang tengok tu yang biasa jerla, bukan 3D. 

Tapi jalan cerita dia tak berapa kuat la. Macam ada something yang kurang. Macam cerita2 lain. Biase jer cerita dia. Tak suspen dan tak mencabar minda aku pun. Cewahh..kemain nak mencabar minda pulakk~

Dan kebanyakan scene dah boleh agak apa yang akan berlaku. Contoh : dah takde kuasa bila dibuang ke bumi, jatuh cinta ngan manusia, adik dia yang jahat, ayah dia sedar balik, pastu dia insaf & berubah..macam2 la kot. Wah2..banyak pulak hint yang aku bagi. Muahahaa~

Kang tak best pulak korang nak tengok (bagi sape2 yang blom tengok). Suam2 kuku jerla movie nih. Tapi aku rasa tak rugi pun tengok. Lagipun kitorang tengok hari Rabu, tak mahal sangat.

Tapi kan...bila tengok ending dia, macam ada sambungan jer. Ada Thor 2 ke??



Chris Hemsworth (Thor) yang bermata biru dan ber-six pack.


Perghhh~ Chris Hemsworth  memang perghh....6pack tuh. Bila dia berdiri sebelah Natalie Portman (Jane), lagi la obvious dia sangat tinggi dan badan sangat besar. Terpikat tak terpikat takk??? Ok fine. Aku tak gedik, ok. Takleh gedik2, Encik Kuneng ada kat sebelah. Terkeluar "perghhh~" jer dari mulut aku bila tengok scene nih. Lepastu terus diam bila teringat Encik Kuneng ada kat sebelah. Muahahaa~ ;DD  *kidding







Lepas tengok movie, sambung jalan2 & shopping ngan Encik Kuneng.

Then Encik Kuneng belikan kek. Tapi satu slice jer. Aku fikir, mungkin dia beli sebab tak puas makan kek birthday & anniversary haritu. Tapi rupa2nya dia taknak makan pun & just belikan untuk aku. Alahhh...tak best la makan sorang2 *ngengade



Bila sampai rumah, kek ni dah tak nampak menyelerakan macam masa mula2 beli. =( 
Walaupun hanya satu slice, dua kali makan baru habis. 
Rasa bersalah kat badan yang makin mengembang nih. [x_O]




Ok bye~ 


.

1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum Nadh nk pomot, join contest Aku Ingin Berubah sahabat Nadh,,.

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D