Saturday, March 26, 2011

Saman RM100 juta. Boleh kaya ke?

Bangun pagi tadi cepat2 pegi beli surat khabar. Sebab semalam tak sempat tengok berita kat tv, sebab balik lambat., sebab berjalan2 cuci mata (dan cuci beg duit), sebab dah jadi aku agak kaya. Eh berapa banyak sebab daa~

Tapi berita dalam paper pun sama jer ngan berita yang aku dah baca kat Bernama online semalam. Bernama lagi pantas siarkan berita, kan. Kejadian waktu pagi, petangnye terus keluar berita.

Alkisahnye semalam kat Mahkamah Tinggi ada ramai wartawan duk ambik gambar kat kaunter filing tu. Bila ada wartawan ambik gambar camtu, mesti la ada something ngan kes tu atau mungkin kes berprofil tinggi? Actually semalam aku tak pegi mahkamah, tapi senior lawyer yang pegi. Dia la nampak kejadian tu. So, agak kecoh jugak la. Sampai kat office pun ada cerita yang macam2.


Sinar Harian
Sabtu, 26.03.2011. muka depan.
tajuk nak gempak jer, kan. lebey betol.





Ni berita yang kitorang baca kat Bernama petang semalam.



March 25, 2011 15:59 PM

Jurugambar Fail Saman Balas Tuntut RM100 Juta Daripada Bekas Peguam Sultan Johor

JOHOR BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Seorang jurugambar bebas istana pada Jumaat memfailkan saman balas dan menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap peguam yang pernah mengendalikan urusan berkaitan Sultan Johor dan kerabat diraja yang didakwa menyebar surat berunsur fitnah kepada jabatan kerajaan dan media tempatan bulan ini.

Mohamed Ali Ismail, 46, yang juga seorang kontraktor persendirian, mengemukakan saman itu terhadap Kamal Hisham Jaafar, 41, menerusi firma guaman Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir, yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Baharu pada 10 pagi Jumaat. 



Sebahagian jer. Selebihnya, boleh baca kat Bernama online



Tapi tajuk camtu buat orang confuse jer. Aku ingatkan jurugambar tu buat counter claim (meaning, tuntutan balas dalam tindakan undang2 yang sama). Tapi kalo buat counter claim, kenapa failkan saman berasingan pulak? Pastu baru la paham...dia failkan saman lain untuk saman lawyer tu.

Hmm...ada beberapa forum yang discuss mengenai kes ni. Ada yang cakap, kaya la jurugambar tu kalau menang kes tu. Ada yang cakap RM100 juta tu tujuh keturunan pun tak habis makan. Ada yang cakap...macam2 lagi la. 

Oh harus di ingat, tak semestinya kalau kita saman orang RM500 juta, dan kalau kita menang, akan dapat selebuk RM500 juta tu. Semua orang boleh failkan saman terhadap sape2 yang dia rasa patut di saman. Dan dengan jumlah berapa banyak juta2 lemon sekali pun. Tapi bergantung la pada apa yang dia mampu buktikan, tahap kerugian yang dia alami, bukti yang dia boleh kemukakan, bagaimana dia mampu tunjukkan kat mahkamah yang Defendan tersebut bertanggungan bagi apa yang dia dakwa tu, dan macam2 lagi la... 

Kalau tak dapat buktikan, tuntutan akan ditolak, satu sen pun tak dapat. Kos lawyer ribu riban plak kena tanggung. Kalau dapat buktikan, dan menang kes, tak semestinya dapat berjuta2 dan dapat semua yang di tuntut. So, tak patut lah cakap "wahh..kaya la dia kalau menang kes tu" ... "wahhh...duit RM100 juta empatpuluhempat keturunan pun tak habis makan"

Dan harus di ingat kes kat mahkamah takkan ambik masa yang singkat. Tak semudah tu nak dapatkan apa yang kita nak. Tak kira lah walau sebetul mana pun kita dan tuntutan kita. 

Cececee~ macam la terer sangat aku nih. 

Aku hanyalah junior lawyer yang sangat sangat junior dan sangat sangat sangat dan sangat sedikit pengalaman ibarat sekelumit...emmm.....sekelumit ape ek. Eh, whatever lah. 

Saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan. 

Ok bye!



* p/s : entri ni dah di-edit di mana gambar tersebut baru jer di masukkan. huhuu~ sori yer readers.


.

2 comments:

Unknown said...

oh sya mmg tak layak nak ajar sbb sya akauntan ...hehehhe...tapi mmg best keje lawyer ni kan... adventurous yet amazing.
btw, i follow u ;)

Nini Mohd said...

best kot. memang adventurous, tapi pening lebih la. stress memanjang.
owh, akauntan pun best ape. mcm saya ni, takde harapan langsung lah nak jadik akauntan. memang tak minat matematik. huhu~
btw, tq follow saya. ;)