Tuesday, March 29, 2011

Selepas 2 Bulan...dan Kisah Tangki Penuh

After 2 months on road. 
Kena service lagi. 
Kena sediakan fulus lagi. 
Free service bukan bermaksud SEMUA free of charge.


Tangki penuh. Kisah 2 hari lepas semalam. Pegi isi minyak kat Esso kat Jalan Yahya Awal. Dengan ayunyer aku melangkah ke kaunter pembayaran. Bagi kad kat apek kat kaunter tu.

"Apek, merah penuh ea" 

Pekerja (pakcik) kat situ menjalankan tugas untuk isi minyak. Aku pegi kat kereta, kat driver seat & berdiri kat sebelah pintu driver tanpa melihat pakcik tu buat keje. Aku cuma tengok meter liter & RM jer. Tapi  agak jauh dan tak jelas bagi aku yang rabun nih. Meter2 tu pun blurr jer. Bila dah penuh, & pakcik tu nak letak hose, baru aku pegi dekat pakcik tu.

Masa tu baru aku tengok pakcik tu pegang hose PURPLE! Bukan merah macam aku cakap kat apek kat kaunter tadi!


Errr~~ 

"Berapa pakcik?" 

"RM79" 

Pengsan~ 


Biasanyer kalo merah, satu tangki penuh RM60 @ RM65 jer, depends on berapa keringnya tangki tu. Wuwuwuuwuuwwuuuuuuu~~~  T_T



Dengan redha sambil #$^&*$@#*&%#$% dalam hati, aku berjalan la pegi bayar kat kaunter. Ok, memang redha, tapi redha dengan tak ikhlas. Macam tak redha la ni, kan?

Salah sape nih? Apek tu yang pekak ke? Atau pakcik tu yang dotdotdot? (tak sampai hati nak marah orang tua) 

Atau aku yang cuai tak tengok pakcik tu ambik hose mana? 

Marah sungguh hati aku nih! 


Ok bye~ 



* p/s : bukan kedekut untuk guna RON97 yang lebih bagus dari RON95. tapi cuba berjimat cermat.


.

No comments: